salam,,
Menakutkan. Itu gambaran yang ambo boleh katakan apabila melihat satu video yang menunjukkan khemah-khemah terbang di landa ribut ketika berlangsungnya Majlis 'Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Tanah Merah Kelantan ada 15 Mac 2013 yang lalu.
Kejadian tersebut berlaku ketika lagu 1Malaysia rancak dinyanyikan di pentas utama. Sebelum itu, ketika berlangsungnya majlis tersebut, PM turut menggariskan 7 'dosa' besar Pakatan Rakyat (PR) termasuk Pas di Kelantan.

Perdana Menteri menggariskan, antaranya dosa parti Pas ialah membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat perjuangan Pas sendiri.
"Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu dan tahaluf siyasi (kerjasama politik antara Pas, PKR dan DAP) merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat.
"Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut hari ini," katanya pada Majlis `Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah 1 di sini, hari ini.15 mac 2013.
sumber:Sinar Harian
#KataAmbo::Makin dekat PRU, makin ramai yang merapu.
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL