Sep 10, 2010

sekeping hati di bawa berlari


BILA HATI BERBICARA...

BICARANYA TANPA SUARA..



BILA HATI BERBICARA...

HANYA PERILAKU YANG MENTAFSIRKANNYA...


BILA HATI DISIRAMI IMAN DAN TAQWA...


INSAN ITU PASTI MULIA DAN MERDEKA...


TETAPI BILA HATI DIPALIT DOSA DAN DOSA...


DAMAINYA HILANG, KELUH-KESAH...



JIWA PULA MERONTA.

Sep 4, 2010

maassalaamah ya ramadhan , ahlan wasahlan ya syawal



assalamualaikum....suara dari dunia bawah tempurung kembali bergema huhuhu
time;6:35 a.m
mood;under control
lokasi;meja study..kolej jati

kira2 2 jam dari skang aku akn bertolak pulang ke kelate utk menyambut hari 'kemenangan' yakni hari raya 'aidilfitri n smbng terus dgn cuti mid-sem..
mmg xdpt dinafikn masa berjln terlalu pantas hinggakn ramadhan pun da nk abis..
w/pun masih ade lubang yg xtertmpal tetapi bleh dikatakan ramadhan taun ni xsesuam2 kuku berbnding taun2 sebelum nih...alhamdulillah.!!
harapan aku cuma satu diberi kesempatan menghirup udara di bumi-Mu Tuhan dan seterusnya berjmpa kmbali dgn ramadhan yg akan dtg..
satu lg..peluang cuti 2 miggu ni aku harap dpt dgunakn utk 'renovate' diri aku supaya xjadi mcm sblm ni ...malas,lewat ke kelas dan xfokus dlm kelas..
bleh dkatakan aku punya prestasi as a university student agak teruk...so,sekembalinya aku dari cuti sesuatu yg baru harapnya dpt aku tmpilkan...

Aug 7, 2010

Meneropong Dari Lubang Tempurung....

assalamualaikum w.b.t

Salam dari dunia bawah tempurung hihihi!!..aku bukan bad romance seperti mana yang diperkatakan oleh Lady Gaga. Sinbad mahupun bad-bad rempit macam Adnan sempit tapi aku adalah Bad Storyteller.

Kenapa Bad storyteller?? Saja letak nama tu. tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah pergi. Motif utama aku create blog ini aku sendiri pun tidak pasti. Tetapi biarlah blog ini boleh menjadi medan untuk aku kongsikan cerita ,pengalaman, apa-apa jua ilmu baru yang aku dapat.

Kongsi dengan siapa? Siapa-siapa sajalah yang tersesat ke dalam dunia bawah tempurung aku ini. Apa apapun biarlah masa dan waktu yang akan memberikan jawapan sebetulnya mengapa aku create blog ni. Saat jari-jemari aku rancak berlari-lari anak atas papan kekunci ni aku langsung tak ada mood nak face to face dgn buku-buku, nota-nota dan segala-galanya yang berkaitang dengan pengajian aku.

Ditambah pula dengan cuaca di Lembah Klang sekarang ni mendung bak kata orang kelate "jo-ong"..
Hari ini juga genap 5 minggu aku bermaustatin di Kolej Jati Uitm [kampus induk]. Masih tercari-cari mood betul-betul nak study yang sudah hilang 3 tahun yang lalu. Senang cakap habis saja SPM aku bekukan otak aku ni. Jadi sekarang ni masih tak cair-cair lagi...huhu.

Jadi dari dunia bawah tempurung(dBt) aku cuba untuk kongsikan sesuatu yang ber'makna' kononnyalah, untuk menjadi 'pencuci otak' sesiapa yang tersesat ataupun terjerumus ke dalam dunia aku ini. Kiranya sesiapa yang masuk dBt ni datang tak berjemput dan berambus tak dihantar..[kasar sangat ker??]. "pandai2lah korang nak hidup" kata org2 tua.

#KataAmbo:Ramadhan just around the corner..it's a time to renovate ourselves