Dec 31, 2012

Piala Sumbangsih 2013 - Kelantan vs ATM 5 Januari 2013

Salam,,

Diam tak diam, setelah pelbagai rumors mengenai perpindahan pemain di perdendangkan, kini Liga Malaysia 2013  makin hampir kembali menghangatkan suasana bola sepak Malaysia. Seperti musim sebelumnya, musim Liga Malaysia tahun ini akan dimulakan dengan perebutan Piala Sumbangsih a.k.a Piala Sultan Hj Ahmad Shah.

Edisi 2013 ini bakal menemukan Kelantan vs ATM. Satu perlawanan ibarat ulangan pertemuan final Piala Malaysia 2012 yang lalu. Tak sabar rasanya ambo untuk melihat kerancakan Liga Malaysia musim 2013 ini. Lebih-lebih lagi dengan kelibat Johor FC yang ditransformasi menjadi Darul Takzim FC serta penyertaan tahun kedua pasukan Lions XII. Dengar rumors juga Lions XII untuk tahun 2013 ini bakal dibarisi pemain bawah 23 untuk persiapan sukan sea 2013 nanti.

”banner   Kisah Suka Duka 2 Beradik Memburu Impian

SECARA LANGSUNG PIALA SULTAN HJ AHMAD SHAH 2013

5 JANUARI 2013
STADIUM SHAH ALAM 
8:45 MALAM


Meskipun ada yang berkata, " Ahh ape barang layan Liga Malaysia", tetapi jika bukan rakyat Malaysia yang bagi sokongan, takkan orang sepanyol kot nak sokong pasukan liga Malaysia. 

#notaBuruk::Macam mana laa design jersi TRW musim 2013 nanti??

Photobucket

Dec 30, 2012

Kelab Mahal Tumpas


Salam,,

Hah, cuba teka kelab mana yang mahal tu? Bukan ambo nak panaskan line ke apa. Tapi sudah itu tajuk yang dikarang oleh Harian Metro. Harimau Selatan a.k.a Darul Takzim FC tumpas mengejut 1-2 kepada pasukan adik-beradik Johor pada saingan kejohanan pemanas badan Liga Malaysia, Kejohanan Empat Penjuru malam tadi. Tapi sebenarnya masih terlalu awal untuk menilai kekuatan sebenar pasukan yang baru di"renovate' ini.

Sebelum ini pernah terjadi kepada kelab, MPPJ Selangor yang mengeluarkan peruntukan yang amat besar untuk membentuk pasukan ala-ala Chelsea ataupun Manchester City tapi kekangan kewangan dan pudarnya komitmen pihak pengurusan, akhirnya kelab tersebut tarik diri dari Liga Malaysia ketika itu.

Harap kelab yang baru ini, pengurusan terutamanya betul- betul komited untuk memajukan sukan bola sepak  Johor khususnya dan Malaysia amnya.



#notaBuruk::Ambo lagi kagum dengan Johor FC sebelum ni.

Photobucket

Siapakah Tchuna Di Baju R. Van Persie?

Salam,,


Kalau di Malaysia sebelum ini timbul persoalan siapakah "Ajish Nasi Lemak 50 sen" di baju kapten pasukan The Red Warriors, Badri Radzi.

Tetapi malam ini, di England dan seantero dunia tertanya-tanya siapakah Tchuna di baju Robin Van Persie? Ini semua gara-gara, Van Persie meraikan gol cantik jaringannya ketika membantu Man U menang lagi ke atas West Brom 2-0 dan mesej seperti gambar dibawah disampaikan.




#notaBuruk::Kaki scorer laa die ni.

Photobucket

Dec 29, 2012

Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com?

Salam,,

MKSYAHIR.COM ini kalau tak silap, ambo pernah dengar nama ini semasa menyertai cabaran seo eyriqazz vs denaihati dan 2012 Tahunku Yang Kacak. Dalam cabaran itu mksyahir.com salah satu dari penajanya. Kini nama blog mksyahir.com kembali bergema di dunia bawah tempurung. Haha!!

Tapi kali ini untuk "Hyper Contest- Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com?". Dan bukan sebagai penaja tetapi penganjur pula..walamakk dah naik pangkat nampaknya haha!!Cayalah.

mksyahir.com, hyper contest 2012.


Ok, untuk kontest ini, penganjur meminta peserta memberi pendapat dan buah pandangan, tentang blog ini. Boleh dipuji ker?, nak dikutuk ker?, widget ok ker? atau apa-apa saja yang dirasakan perlu untuk penambahbaikan bloh beliau.

Wahh!! Ni lah kontest paling segan untuk ambo join. Maklumlah, blog yang hendak dikomen ni rank alexa dan trafik jauh lagi hebat dari ambo. Pagerank 3/10...3/10?? Gila kentang! Pengaruh dalam kalangan blogger pun sudah mantap.

Tapi berpegang pada prinsip, untuk menegur ke arah kebaikan tak perlu untuk kita jadi sempurna. Kalau semua nak tunggu sempurna, maka tak wujudlah ungkapan nasihat-menasihati kearah kebaikan..kan?.kan?

Mksyahir.com mula ber'blogging' pada bulan mac 2012 menerusi entri ini. Setelah ambo skodeng dan usha malu-malu kat blog mksyahir boleh dikatakan entri beliau bersahaja dan bila dah habis baca tu ada laa garis senyum terukir dibintang. [ni salah satu trademark mksyahir.com hahha]. So dari sudut penulisan entri bro memang ok dan patut dikekalkan.

Header blog mksyahir pula, ambo rasa mungkin mksyahir boleh fikirkan idea yang baru. Alah bukan payah pun, buat satu kontest " mksyahir mencari cinta header" dan pemenang dapat durian crepe, tentu ramai yang akan join. Nama blog "Apakah?" kalau pengaruh sudah luas, kekalkan je. Meskipun ada yang kata nama blog mainkan peranan tapi dengan "Apatah Apakah? " sudah ada market dan terbukti boleh pergi jauh..jalan jee.

Background! Pasal benda ni masing-masing punya kreativiti laa. Tapi kalau tanya pendapat ambo, warna yang cerah nampak lagi cool, bersih 2.0.. Oppss!! BERSIH??..dan suci lagi menyucikan. Kalau nak cuba dapatkan template baru pun ok gak. Ambo bukan apa, mksyahir.com ni sudah ada pengikut dan komuniti yang tersendiri, so kalau di'polish'kan lagi memang mantap!

Susunan widget, itu rasanya tak ada masalah sangat kot. Asalkan tak ada keluar pop-up window bukan-bukan yang nak kena ketik-ketik dulu baru dapat baca entri. Macam website live streaming. Kena kelik-ketik itu dan ini baru dapat tengok bola. Itu pun .........loading!Huh macam haram garam!

Itulah kot yang mampu ambo katakan tentang blog mksyahir.com secara jujurnya. Tapi ambo salute kat mksyahir ni sebab tak sampai setahun ber'blogging' sudah mampu tampil sebagai blogger yang berpengaruh dan dapat PR3. Tanpa entri kontroversi, mksyahir telah buktikan hanya dengan identiti sendiri blognya boleh pergi jauh.

"Hyper Contest-Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com" ini telah di sponsor oleh blogger-blogger awesome broframestone, hyebro.com, babyaimacomel.blogspot.com, mizruha.com, arjunapopkorn.blogspot.com, zestpurple.blogspot.com , fuh.my , yanty.my , belognanabyte.blogspot.com denaihati.comkhaiartzfar.blogspot.comciktom.com, phat.myqueachmad.com dan di adili oleh benashaari dan mksyahir


#notaBuruk;;Durian crepe! Tak sedap mana pun!!

Photobucket

Dec 28, 2012

Segmen : Aku dan Blog

Salam,,



Segmen Aku dan Blog dari empunya blog Paly.My sebenarnya sudah lama ambo tahu. Tapi baru kini datang idea untuk nukilkan entri untuk segmen ini. Terlebih dahulu terima kasih dari ambo kerana menjemput ambo untuk sama-sama meriahkan segmen Blog Paly ini.

Diri Ambo
Asal dari negeri Cik Siti Wan Kembang.
Masih belajar di UiTM dan sekarang bakal bertarung dengan peperiksaan akhir.
Awal 20-an.
Mungkin boleh follow ambo di twitter untuk kenal lebih lanjut..hehe!

Kenapa Buat Blog?
Satu saja sebab kenapa ambo buat blog ni. Semuanya gara-gara 'BOSAN' dan sunyi dok sorang diri ketika menetap di kolej semasa semester I dulu.Kebetulan sudah lama dok 'usha-usha' dunia blogging ni.

Lagi satu dengan adanya blog ini. bolehlah ambo coretkan segala macam apa yang ambo rasa menarik untuk dikongsi selagi tidak bercanggah dengan hukum-hakam agama dan undang-undang manusia hehe!!

Tarikh tutup segmen ini 11:59pm 28 Disember 2012, jadi masih sempat lagi ni hehe!!

#notaBuruk::Ape cerita banjir kat Pantai Timur sekarang ni agaknya.

Photobucket

Jumaat Yang Terakhir

Salam,

Semakin menghampiri penghujung tahun 2012 ni la macam-macam rasa bermain dan berlari-lari dalam pemikiran ambo ini. Meskipun hakikatnya hanya sekadar peralihan tahun, macam hari-hari yang selalu bersilih berganti.

Tetapi disebabkan sudah menjadi budaya dan trend bila habis sesuatu tahun, jadi ketibaan sesuatu tahun baru jadi seperti sesuatu yang mengujakan , mengusarkan, menyeronokkan, argghhhh apa sajalah.

Jadi tahun 2013 sudah nak dekat , segala janji dulu-dulu, kini hanya tinggal janji tak ditepati, azam baru yang disusun rapi dalam senarai AZAM BARU 2012 masih tak terusik, dan segala macam warna-warni yang tercatat sepanjang 2012 perlahan-lahan kembali mengusik, mengeletek, mencuit, mengganggu frekuensi pemikiran ambo.

Dan hari Jumaat ini merupakan Jumaat yang terakhir di 2012. Tahun depan baru jumpa..hihi!! Berakhirnya tahun 2012 bukan bermakna berakhirlah sebuah perjuangan. Namun kalender tahun baru 2013 masih perlu dijalani..In shaa Allah dan hidup perlu diteruskan, tetapi persoalannya hidup yang macam mana yang ingin dijalani?



#notaBuruk::Cukuplah Allah bagiku!

Photobucket

Dec 27, 2012

Exam Makin Dekat: Tip UlangKaji

Salam,,

Final Exam dah makin dekat. Makin dekat nak exam, makin kelam kabut. Makin dekat nak exam, makin bersepah nota-nota di sana-sini. Namun masih terlalu awal untuk berputus asa dan sebenarnya belum terlambat untuk catch-up kembali apa yang tertinggal.. Bittaufik Wannajah Fil Imtihan!!


#notaBuruk::Rasanya macam ada lagi yang akan sangkut semester ni..

Photobucket

Dec 26, 2012

Segmen Bebas Syarat: Entri Terbaik 2012 Untuk Di Review

Salam,,


Tahun 2012 sudah nak habis awok-awok semua. Sekejap masa berlalu. Diam tak diam sudah 2 tahun lebih ambo ber"blogging".

Sebelum tirai 2012 berlabuh, ambo ingin sertai satu lagi segmen " Entri Terbaik 2012 Untuk Di review" kelolaan blogger Jerit Pekik. Setelah diteliti, ada beberapa entri, pada penilaian peribadi ambo adalah terbaik. Bukan nak angkat bakul tapi entri tersebut ambo pilih kerana telah mendapat pageview yang tertinggi untuk blog picisan Bad Storyteller ini.


Entri ini mengisahkan tentang sejarah Ustaz Azhar Idrus belajar ilmu agama Islam dan kini beliau berjaya menjadi
seorang tokoh dakwah yang dikenali ramai dan cukup berpengaruh. Entri bertarikh 11 Februari 2012 ini sehingga sekarang masih menjadi entri paling popular di blog bad storyteller. Tak sangka ramai yang ingin tahu sejarah hidup UAI.


Entri ini juga mendapat pageview yang tinggi dan keyword Innocent of Muslim menjadi keyword paling banyak di cari dalam record blog ini untuk tahun 2012. Entri in ambo coretkan ketika kecoh satu dunia mengenai penerbitan filem yang menghina Rasulullah S.A.W dan seluruh umat Islam bangkit dengan senada suara membantah sikap biadah penerbit terbabit. Ini bukan pertama kali cubaan membangkitkan kemarahan Umat Islam dengan mencetuskan provokasi dengan memburuk-burukkan agama Islam. Nauzubillah.


Rasanya inilah entri yang paling sesuai mengambarkan liku-liku hidup ambo sebagai pelajar dan blogger. Entri ini adalah sebahagian dari penyertaan kontest SEO dari blogger Syaifuddin Alias. Secara peribadi, ambo rasa itulah entri yang paling sesuai untuk mengambarkan perjalanan 2012 ambo meskipun tak merangkumi semua perkara.


#notaBuruk::Hah!! 2012 dah abis??

Photobucket

Dec 25, 2012

Segmen Eyriqazz : Ada Apa Dengan Nama Blog

Salam,,




Ini kali kedua ambo join segmen dari Eyriqazz. Sebelum ini cuba contest Eyriqazz vs Denaihati. Memang tak mahir SEO tapi sekadar tambah ilmu pasal seo.

Kali ini segmen eyriqazz: Ada apa dengan nama blog. Kalau tak keberatan ambo ingin minta pendapat blogger otai ini tentang kualiti nama blog ambo ini. Panjang sangat ker?? Susah nak ingat ker?? atau macam mana pendapat bro??

Sebab apa nak sangat bro Eyriqazz datang komen? Saja nak tahu sejauh mana pandangan bro eyriqazz sebagai blogger yang sudah lama dengan selok belok dunia blog ini.

Akhir kata..Selamat Datang ke Dunia Bawah Tempurung bro!!hehehe!


#notaBuruk::Jumud sangatkah Bawah Tempurung ni??
Photobucket

Zizan Raja Lawak Difitnah Terlibat Demonstrasi AES di Sri Pentas TV3

Salam,,

zizan razak, zizan melodi tv3

Kerana sekeping gambar fitnah pun tersebar. Itulah yang terjadi kepada Zizan Raja Lawak yang difitnah terlibat dengan demonstrasi Bikerz yang membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh wartawan Majalah 3. 

Dalam paparan Majalah 3 sebelum ini, wartawan berkenaan telah mengelar penunggang motosikal berkuasa besar sebagai "Pelesit Jalanan" dengan menunggang secara merbahaya.

Majalah 3 Episod Lebuhraya 724 Maut



Namun dakwaan tersebut disangkal oleh individu yang mendakwa sebagai kawan baik kepada Zizan.  Berikut penjelasan yang diberikan :

PLEASE SHARE: TUDUHAN BUAT ARTIS DAN PELAWAK POPULAR ZIZAN RAZAK ADALAH FITNAH DAN DISALAH ERTI.

Kecoh!! | Zizan Raja Lawak Difitnah Sertai Kelab Bikerz Berdemonstrasi Didepan Sri Pentas TV3.

Zizan baru menjelaskan kepada saya sebentar tadi dan meminta bantuan agar kes beliau difitnah memegang kertas AES itu kerana selepas beliau mahu masuk ke Seri Pentas Tv3 untuk mengacara racangan siaran langsung MELODI dan beliau telah lambat kerana di Demonstrasi oleh orang yang merusuh kerana Mazidul Akmal dari 999 memfitnah penunggang motor berkuasa tinggi.

Zizan keluar dari kereta dan mahu masuk ke studio kerana kereta beliau tersangkut di tengah-tengah demonstrasi depan itu dan tidak mahu kelewatan. Sebagai seorang artis paling popular beliau di datangi dan diserbu oleh ahli demonstrasi yang mengenali beliau dan juga orang berebut untuk bergambar oleh orang yg membuat demotrasi dan tangan Zizan ketika dilihat dalam gambar amat banyak sekali barang dan ketika itu seorang ahli demontrasi itu telah memberi kertas yg Zizan tidak perasan apa itu dan terus mengangkat tangan dan masuk ke Studio tanpa mengetahui apa yg tertulis.

*dalam kenyataan bloger2 pembangkang mengatakan selepas melodi 1.45ptg dan itu adalah fitnah dan kejadian terjadi sebelum mahu mengacara Melodi.*Mengangkat kertas boikot AES itu adalah tidak benar kerana beliau hanya melambai tangan kerana mahu cepat ke studio dan Zizan tidak mempunyai pegawai keselamatan.

Zizan meminta supaya pihak kerajaan mahupun rakyat tidak memanipulasi gambar itu dan memintanya menyokong dan menganggap ini satu kejadian yang tidak diketahuinya dan kerana populariti beliau telah disalah guna.ThanksGambar Zizan sedang memegang kertas membantah AES mungkin telah diberikan kepada Zizan semasa kesibukan tersebut. ~ekleh

sumber: Kaki Sembang


#notaBuruk::Berpunca dari sekeping gambar pun boleh jadi fitnah..isyhhh!!

Photobucket

Tag : 25 Random Facts About Me

Salam,,

Beberapa hari yang lalu ambo telah di tag oleh seorang blogger yang mengajak ambo untuk kongsikan 25 perkara menarik, unik dan apa-apa sahaja yang fakta dan bukan auta tentang diri ambo.

Take a break dari buntu menyelesaikan assignment, jadi ambo kongsikan apa 25 random facts about ambo hahah..


"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

  1. Asal dari Pantai Timur...kelate!
  2. Masih menuntut di UiTM
  3. Sukakan aktiviti luar dan mencuba sesuatu yang baru.
  4. Malam berjaga, Siang membuta...Dah tunggang terbalik!!
  5. Tak terlalu obses dengan movie. Tapi bila dah layan memang melekat.
  6. Agak pemalas..Tapi kekadang rajin tak bertempat!
  7. Pengurusan masa yang teruk.
  8. Pantang Dicabar
  9. Tak sabar untuk memiliki lesen memandu kelas D
  10. Penyokong setia Harimau Malaya, The Red Warrior dan Manchester United.
  11. Agak malas dan lewat ke kelas.
  12.  Tak suka copy + paste assignment membabi buta.
  13. Berusaha keras mengembalikan mood sebagai seorang pelajar.
  14. Graduate dengan pointer 3.0 dan keatas..In Shaa Allah!
  15. Suka suasana waktu pagi tapi malas bangun pagi.Hah macam mana tu..haha!!
  16. Tak makan bodek. 
  17. Geli telinga ambo bila di puji...Tak suka dipuji.
  18. Pantang dikutuk belakang. Tak puas hati meh cerita dengan ambo depan-depan.
  19. Suka berdiplomasi dalam menyelesaikan permasalahan.
  20. Pantang kalau sembang kuat, tapi habuk pun tarakk!!
  21. Fobia dengan air. Tapi suka mandi haha!!
  22. Masih menanti bilalah nak dapat Buffered Earning??
  23. Obses dengan internet. Rasanya bukan ambo sorang je macam tu..haha
  24. Suka bersukan tapi banyak peluang dan ruang.
  25. Terbuka dalam menerima kritikan.
  26. Sukakan teknologi tapi belum ada rezeki untuk memilikinya..hahah sedih bunyiknya!!
  27. Ehhh dah lebih 25 laa bro hahaha banyak jugak fakta pasal diri ambo. 

Sepatutnya ambo kena tag 25 blogger yang lain. Tapi tak tahu nak tag siapa. Tak pe lah tag kembali Asmar Arafad sebagai memaklumkan cabaran yang dikemukakan beliau telah pun terjawab.


#notaBuruk::Uihh Final Exam makin hampir dahh weiyhh!!

Photobucket

Dec 24, 2012

Krisis Syria | Dibom Ketika Beratur Beli Makanan

Salam,,


Kekejaman di Syria masih belum berpenghujung saudara-saudari sekalian. Bilangan nyawa insan yang tidak berdosa terkorban makin meningkat. Kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Ada yang mengatakan isu di Syria ini sebagai cubaan menghapuskan penduduk Sunni ( ahli sunnah wal jamaah)..Nauzubillah!!

Ketika negara-negara Arab lain yang mengalami "Arab Spring" telah berjaya menumbangkan pemimpim mereka yang zalim. Namun rakyat Syria masih dibawah cengkaman pemerintahan kejam Bashar Al-Assad.

Terbaru pada 23 Disember 2012, sekumpulan penduduk yang sedang beratur untuk membeli roti dibom. Ramai mangsa yang cedera bergelimpangan. Tengoklah sendiri video dibawah:



#notaBuruk::Mana OIC??Mana negara Liga Arab??

Photobucket

Dec 22, 2012

Singapura Julang Piala AFF Suzuki 2012

Salam,,

Singapura benam cabaran Thailand dalam perlawanan akhir piala AFF Suzuki 2012- Kalau ikutkan hati, ambo tak nak ambil 'pot' sangat perlawanan akhir Piala AFF Suzuki malam ni. Tapi bosan punya pasal layan sajalah.

singapura juara aff 2012, thailand tewas aff 2012, aff 2012


Apapun tahniah kepada pasukan Lions yang menjulang kejuaraan Piala AFF untuk kali ke-4. Meskipun menggunakan kudrat kuda tua, Singapura masih mampu menyaingi Thailand. Mungkin kelebihan perlawanan pertama bermain atas padang tiruan dimanfaat sepenuhnya oleh Singapura.

Lain informasi mengenai Piala AFF 2012 yang menarik untuk di ketahui:

Teerasil Dangda - Penjaring terbanyak AFF 2012 dengan 5 gol.

top scorer aff 2012, teerasil dangda, thailand striker

Shahril Ishak (Singapura) - Pemain Paling Bernilai AFF 2012

most valuable player, aff 2012, shahril ishak, mvp aff 2012

Anugerah Fair-Play AFF Suzuki 2012 (Pasukan Malaysia)

harimau malaya, malaysia, fair-play aff 2012
Bagaimanapun, anugerah ni belum mampu menyembuhkan luka akibat ketidakadilan pengadil K-Pop itu.Huh!!

#notaBuruk: Singapura main kat liga Malaysia pun boleh jadi juara..Kira OK lah liga Malaysia!

Photobucket

Dec 21, 2012

[video] Allah Tidak Pernah Silap

Salam,,



Terharu melihat betapa anjing ini pun ada rasa kasih akan kanak-kanak istimewa itu. Kita selalu memandang haiwan terutamanya anjing sebagai sesuatu yang hina. Memang ia tergolong dalam kategori najis yang berat.


. . . . . . . 
. . . . . . .
. . . . . . . 

Tetapi cuma bandingkan kasih sayang yang di pamerkan haiwan ini. Dimanakah kita?


Entri ini ambo kopi & pasta dari laman YT.
Adakalanya apabila Allah memperlihatkan kepada kita kasih sayang binatang ini terhadap kanak-kanak istimewa tersebut, mungkin ia adalah satu sesi Allah memerli manusia berhati syaitan bahawa ada binatang yang lebih mulia dari syaitan berwajah manusia tersebut.

Ke mana agaknya nilai kemanusiaan kita hari ini? Maka selain Allah memperlihatkan kemuliaan binatang itu dalam menyantuni manusia, Allah mengherdik manusia yang yang bersikap lebih teruk dari binatang!

Firman Allah:

 "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam itu kebanyakannya terdiri daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi) tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai" - 
Al-'Araaf-179.


sumber

#notaBuruk::speechless

Photobucket

Nasib Kelab Liga Perdana Inggeris di Liga Juara-Juara Eropah

Salam,,


Undian Pusingan kedua 16 pasukan terbaik Uefa Champion League (UCL) 2012/2013 telah pun keluar. Mungkin dah ramai yang tahu. Tetapi persoalannya bagaimanakah nasib dua kelab dari Liga Perdana Inggeris kali ini?  Arsenal dan Manchester United.

uefa champion league, liga juara-juara eropah 2012/2013

Manchester United bakal berdepan cabaran kelab La Liga, Real Madrid. Ambo raso inilah perlawanan tumpuan ramai. Jose Mourinho bakal menghitung percaturan dengan Sir Alex Ferguson. Dua pengurus yang cukup berkaliber dengan rekod kejuaraan yang hebat. Manakala Cristiano Ronaldo bakal kembali bertandang ke Old Traford menentang bekas kelab lamanya itu. Wargghh!! mantap habis. Nantikan saja perlawanan itu.

Satu lagi kelab liga Inggeris, Arsenal. Sering kali terkandas di pertengahan saingan. Kali ini cabaran untuk Arsenal boleh tahan hebat, Bayern Muninch.

Musim-musim sebelum ini, kelab liga Inggeris sering mendominasi saingan UCL ini. Buktinya:

2011-2012: Chelsea juara menewaskan Bayern Munich

2010-2011: Manchester U ke final tapi tewas kepada Barca.

2009-2010: tiada wakil di separuh akhir. Man U dan Arsenal tewas di suku akhir

2008-2009: 3 wakil EPL di separuh akhir. Chelsea, Arsenal dan Man U (tewas di final kepada Bayern Munich). Liverpool terkandas di suku akhir.

2007-2008: Man U berentap dengan Chelsea di final (Man U menang). Liverpool kandas di separuh akhir (tewas kepada Chelsea), Arsenal kandas di suku akhir (tewas kepada Liverpool)



#notaBuruk::Teringin lama nak dapatkan jersi ManU.

Photobucket

Segmen Blogwalking Relax Cool

Salam,,


Serius sejak kebelakangan ini ambo agak suram dengan dunia blog. Mood semua ke laut. Sekejap tadi jumpa "segmen blogwalking relax cool" dari blog Menulis & Menconteng. Harap ini boleh jadi turning point untuk terus dengan blog.


Setiap kali ambo singgah di blog ni mesti ada saja penambahbaikan. Bukan nak bodek atau kipas laa. Ambo cakap berdasarkan fakta. Benda baik kita cakap baik sebagai reward, benda tak elok kita tegur untuk penambahbaikkan. Itulah lumrah hidup dan begitu jugalah dalam dunia blog ini.

Itulah antara kelebihan blogwalking. Bila ambo berkesempatan blogwalking, jumpa sesuatu yang menarik dan positif ambo bagi feedback yang positif.

Pernah sekali ambo ter'post' suatu gambar dalam entri ini di blog BadStoryteller ambo ini. Kemudian ada seorang blogger komen minta gambar itu di'remove' sebab sensitif. Jadi bila difikirkan kembali, ada benar bagai di komen. Jadi dengan segera ambo remove gambar tersebut. Terima kasih kepada yang sudi tegur itu.

Jadi nampak tak dekat mana pentingnya blogwalking. Bila blogwalking kita dapat mengenali sesuatu blog dan empunya blog dan dapat saling tegur-menegur untuk kebaikan bersama.

Oleh itu, teruskan blogwalking bila kesempatan.


#notaBuruk::kekok menaip pakai jari kelingking..

Photobucket

Dec 20, 2012

[video] Ciptaan Robot Mengayuh Basikal

Salam,,

Bidang robotik sememangnya satu bidang yang cukup menarik dan mencabar untuk diterokai. Untuk menghasilkan sebuah robot, selain dari skill dan ilmu mengenai programming, ia juga menuntut pengorbanan masa dan kesabaran.

Kebiasaannya yang ambo jumpa, pelajar yang terlibat dengan bidang robotik di UiTM ini memiliki kreativiti dan imaginasi yang tersendiri. Jadi boleh bayangkanlah betapa kreatifnya pencipta robot dari Jepun ini yang menghasilkan robot yang boleh mengayuh basikal dengan seimbang yang dikawal menerusi alat kawalan jauh.



#notaBuruk::pedih digigit "menatang" apa tah masih terasa.
Photobucket

Skuad Bola Sepak Sukan University Asean Menang Gangsa

Salam,,



Dunia Bawah Tempurung ambo agak suram sehari dua ini. Lepas saja Malaysia terkeluar dari saingan piala Aff tempoh hari terus ambo jadi 'down'..

Tapi sukan bola sepak Malaysia mendapat perkhabaran gembira, skuad bola sepak untuk kontingen Sukan Universiti Asean (AUG) 2012 yang berlangsung di Laos telah menang pingat gangsa. Ok lah tu.

Skuad yang dibimbing oleh jurulatih Azman Yussof menewaskan Myammar 3-2 dalam penentuan pingat gangsa. Rekod sebelum ini, AUG 2008 di Kuala Lumpur Malaysia menang pingat perak dan edisi AUG 2010 di Chiang Mai terkandas diperingkat kumpulan.

Syabas untuk barisan pemain dan jurulatih. Belajar pun belajar jugak tapi sukan tetap aktif. Bukan senang nak seimbangkan kedua-dua perkara tersebut.



#notaBuruk::Kalau Malaysia mara ke final Aff, sunyi jalan raya seluruh negara.Sume tengok bola.
Photobucket

Dec 17, 2012

Himpunan Doa' Untuk Pelajar

Salam,,

Minggu kuliah kini berbaki satu minggu sebelum peperiksaan akhir bermula. Ambo pasti ramai pelajar-pelajar universiti baik ipta atau ipts masing-masing sibuk dengan tugasan-tugasan akhir yang perlu di hantar sebelum semester ini berakhir.

Yang paling jelas dapat dilihat, mahasiswa-mahasiswi tekun menghadap nota-nota. Kata orang usaha itu tangga kejayaan. Tapi usaha itu lagi kena caranya jika disertakan dengan doa-doa memohon kepada  Allah s.w.t. agar dipermudahkan segala urusan.

Himpunan Doa' Untuk Pelajar::

Himpunan ini ambo dapat dari fb ustazDon. Harap dapat memberi manfaat kepada semua.

doa sebelum belajar, doa penerang hati

Secara personal ambo pun masih bertimbun tugasan yang perlu di'settel'kan. Meskipun wabak malas dalam diri semakin menular, tapi memikirkan pointer yang perlu di'up'kan kembali, digagahkan kudrat ini..

#notaBuruk::seronok alam belajar ni
Photobucket

Dec 14, 2012

Lukisan 3D Yang Mengelirukan Mata

Salam,,


Hilangkan seketika rasa kecewa pasukan bola Malaysia gagal ke akhir Piala Aff. Jom cuci mata dengan melihat lukisan 3-D yang memang superb. Sekali tengok objek itu memang nampak macam objek yang sebenar. Tetapi bila kertas itu di pusingkan 360 darjah jelas objek itu hanya sekadar lukisan.

Terlalu seni asil karya ini. Saksikan video berikut:



#notaBuruk::Mencari ketenangan dan menjiwai peranan.

Photobucket

Dec 13, 2012

Punca Harimau Malaya Kalah


Keputusan Separuh Akhir 2 Piala Aff Suzuki 2012
MALAYSIA  (1) 0 - 2 (3)  THAILAND

Salam,,

Cuba lagi Harimau Malaya..Itulah yang mampu ambo katakan. Hari ini bukan hari untuk Malaysia. 
Sebelum kejohanan lagi keyakinan agak pudar setelah melihatkan kepada prestasi semasa perlawanan persahabatan. Tapi persahabatan tak penting, ranking pun tak penting, kerana prestasi semasa kejohanan itu lagi penting. Tapi apa nak buat 2012 bukan milik Malaysia. 

Sedikit kronologi yang ambo ingin kongsikan:


  • Bermula dengan pemberian padang untuk berlatih macam sawah bendang dan tanpa bilik persalinan. 

  • Dinafikan hak untuk berlatih diatas padang stadium yang menjadi gelanggang perlawanan,.
  • Tindakan pengadil K-pop yang tak rasional melayang kad merah kepada Fadhli Saas. 

  • Sikap King Rajagopal yang terlalu kenal pemain-pemain beliau dan bla..bla..bla dan 1001 alasan lagi yang nak dirumuskan.
  • Dan jangan dilupakan juga secara keseluruhan permainan Malaysia malam ni terukkk.
Hakikatnya Piala Aff 2012 sudah terlepas dari genggaman Harimau Malaya. Tiada guna tunding jari sana sini. Bola sepak Malaysia belum berkubur. Ramai lagi pelapis muda dari skuad Harimau Muda yang dibimbing Ong Kim Swee yang sedang menanti masa untuk diketengahkan. 

Apa pula kisah dalam kem bola sepak selepas ini ? Sama-samalah nantikan.


#notaBuruk::Ambo bukan penganalisis sukan yang bagus.

Photobucket

Live Streaming Separuh Akhir 2 Piala AFF 2012 Malaysia vs Thailand

Salam,,



Live Streaming Separuh Akhir 2 Piala AFF Suzuki 2012-13 Disember 2012 | Satu tempat di pentas final Piala AFF Suzuki 2012 sudah diraih oleh Singapura. Bagaimana pula dengan satu lagi slot? Malam ini persoalan itu akan terjawab. 

Malaysia vs Thailand bagi perlawanan separuh akhir 2 Piala Aff Suzuki 2012 pada jam 7:00 pm (8:00 pm waktu Malaysia). Perlawanan tersebut bakal dilangsungkan di Suphachalasai stadium Bangkok, Thailand.

Ingin menonton secara live streaming? Berikut ambo kongsikan link:



Dengan kelebihan jaringan gol tempat lawan berpihak kepada Thailand, Harimau Malaya turun dengan misi mesti menang. Perkiraan mudah a.k.a syarat minimum untuk Malaysia melangkah ke Final Piala AFF Suzuki 2012:
  • Seri dengan menjaringkan 2 gol. Menjadikan aggregat MAS 3-3 THAI (Malaysia mara dengan kelebihan gol tempat lawan).
  • Menang sekurang-kurangnya 1 gol... MAS 1-0 THAI dan secara aggregat menjadikan MAS 2-1 THAI

suphachalasai stadium, venue semi final aff suzuki cup 2012
suphachalasai stadium bangkok
Dari bumi bertuah Malaysia, ambo mengharapkan skuad K.Rajagopal memberikan yang terbaik dan bersemangat di Bangkok malam nanti..itu yang penting. #selamanyaHarimauMalaya

#notaBuruk::diharap training dalam bendang menguatkan mental pemain Harimau Malaya

Photobucket