Mar 22, 2013

[video] Malaysia Benam Cabaran Yemen 2-1

Salam,,

Keputusan Kelayakan Piala Asia 2015 Malaysia vs Yemen | Harimau Malaya mencatat kemenangan pertama dalam saingan kelayakan Piala Asia 2015 selepas membenam Yemen 2-1. Malaysia memperoleh jaringan menerusi penyerang Azamuddin Akil dan Khyril Muhaimin.

Kedudukan Malaysia dalam kumpulan D masih kekal ditangga ke-3, meskipun dua pasukan teratas, Bahrain dan Qatar belum bermain.

Satu kemenangan moral dan amat bermakna untuk Harimau Malaya dalam meneruskan kempen dalam kumpulan D ini. Ia juga sedikit sebanyak mengembalikan keyakinan penyokong untuk terus berada dibelakang skuad Malaysia.



Sementara itu pemain terbaik perlawanan (Man of The Match), ramai yang memilih Mahali Jasuli.


Aksi lincah dan gerakan merbahaya pemain ini mengucar-kacirnya pertahanan Yemen. Ini dibuktikan lagi menerusi komen dari jurulatih Yemen sendiri,
`Malaysia player number 2 is very dangerous.. he create so many dangerous move.. so i need to change the tactic to stop him` - Jurulatih Yemen
Namun tidak dilupakan juga, gerakan berbisa dari pemain Harimau Muda, Wan Zack Haikal, serta kecekapan penjaga gol, Apek.

Perjalanan Malaysia masih jauh. Selepas ini bakal menentang Bahrain satu lagi pasukan kental dari Timur Tengah. Jika corak permainan seperti malam ini ditampilkan tidak mustahil tentangan sengit Malaysia menentang Bahrain kelak.

#KataAmbo::Belum boleh menarik nafas lega.

Photobucket

6 comments:

  1. Mahali Jasuli memang terbaik..sentiasa cipta peluang..

    ReplyDelete
  2. Tanniah buat skuad Harimau Malaya. Walaupun diperingkat perlawanan persahabat agak mengusarkan.

    ReplyDelete
  3. mahali kalau main baik..memang brazil pun takut.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...