Apr 26, 2013

Video Terbaru Tazkirah Adam AF2 Di Kem Ibadah

salam,


Artis yang sebelum ini, ambo dengar sering bermasalah dan hilang dari dikesan pihak media kini tampil dengan imej yang jauh berbeza. Terkenal dengan gerak tari yang bertenaga sewaktu di pentas seni, Adam AF2 kini tampil dengan imej lebih islamik.


Alhamdulillah, makin ramai artis-artis yang memilih untuk mendalami ilmu agama. Terbaru ambo kongsikan video terbaru yang memaparkan Adam AF sedang menyampaikan ceramah di Kem Pemantapan Ibadah Muthmainnah di sebuah kem di Sungai Petani Kedah.

Dalam video itu, Adam berkongsikan sedikit pengalamannya dan menasihati para peserta kem yang terdiri dari pelajar sebuah sekolah agar lebih mendalami Islam. Ternyata kehadiran Adam menarik minat peserta kem untuk mengikuti ceramah yang disampaikannya.

 

Mungkin ramai yang tertanya-tanya ke mana Adam menghilang selama ini. Sebenarnya Adam kini merupakan seorang pengamal perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam NurSalam Al Maliki yang terletak di Sungai Petani Kedah.

Agak besar perubahan yang ditampilkan Adam, boleh dikatakan 360 darjah. Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya dan hidayah itu milik-Nya. Apabila Allah S.W.T menghendaki sesuatu perkara itu terjadi, maka akan jadilah ia. Dia Maha Berkuasa di atas segala-galanya. Semoga perubahan yang dibawa oleh Adam akan memberikan kita semua inspirasi untuk turut sama berubah ke arah yang lebih positif.



#KataAmbo::Bagaimana kita bermula itu tak penting.
Photobucket

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...