Mar 9, 2013

Keputusan Liga Super 2013 - Selangor Belasah Johor Darul Takzim

salam,,

Keputusan Penuh Liga Super 2013 ( 9 Mac 2013 ) Selangor vs Johor Darul Takzim | Perlawanan Liga Super tumpuan malam ini, semestinya antara Red Giant menentang Harimau Selatan. Ternyata reputasi skuad bintang yang dibarisi oleh JDT langsung tidak mengerunkan Selangor yang menang bergaya 4-1 di Stadium Shah Alam .


Gol-gol Selangor dijaringkan oleh S. Kunalan pada minit ke-4 sebelum Francis Forkey Doe menambah gol kedua untuk babak pertama. Di babak kedua, Selangor tersentap dengan kad merah kepada P.Charappan. 

Namun bermain dengan 10 orang tidak mendatangkan masalah kepada Selangor untuk terus meratah JDT dengan jaringan dari Mahali Jazuli dan Amri Yahyah. Gol saguhati JDT pula dijaringkan oleh Mat Yo. 

Kegembiraan berganda untuk penyokong Selangor malam ini selepas mendapat tiket percuma dari kerajaan negeri sempena ulang tahun ke-5 pemerintahan. Manakala, kedukaan berganda pula untuk Johor Darul Takzim yang sebelum ini menerima berita hukuman oleh FAM kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) iaitu TMJ.

Kedudukan Liga Super untuk setakat 9 Mac 2013

sumber: sokernet.com
#KataAmbo::Kerancakan berterusan.

Photobucket

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...