Oct 31, 2012

Segmen Upkan Follower dengan Mendadak

Salam,,

Salah satu cara untuk menarik trafik yang tinggi ke blog adalah dengan 'berjalan-jalan' dari satu blog ke satu blog yang lain..dalam kata lain Blogwalking (BW).

Dan BW itu bertambah berkesan jika ditinggalkan jejak supaya senang untuk orang lain membuat kunjungan balas. Dari situ follower pun meningkat dan trafik pun mencanak dan bertambah kenalan seterusnya dapat bertukat-tukar pendapat dan pandangan dalam dunia blog..InsyaAllah!

Itulah lumrah dunia blogger dan ambo rasa semua telah maklum akan hal tersebut...
Satu lagi cara untuk tambah follower dan trafik adalah dengan menyertai segmen "UPKAN FOLLOWER DENGAN MENDADAK".

Untuk makluman semua yang tersesat ke dunia bawah tempurung ambo ini, jumlah follower a.k.a Very Innocent Blogger (VIB duniaku) adalah sebagaimana berikut:

Terima kasih..terima kasih..dan terima kasih yang memeriahkan kotak follower ambo itu. Ambo mengsasarkan untuk mendapat 500++ follower sehingga hujung tahun ini.  Wah boleh tahanlah tahap kesukaran misi dan visi ambo.

Jadi bagaimana dengan anda?? Berminat untuk join klik banner segmen dibawah.


::Tag::

#notaBuruk::Masih berkelapangan untuk blogwalking sebelum tukar mood study.

Photobucket

2nd Anniversary Giveaway by QCEY

Salam,,

Satu perkara yang menarik dalam dunia blogger ini ialah bila kita join sesuatu contest/ giveaway/ segmen yang dianjurkan oleh seseorang blogger.

Selain berpeluang mendapat hadiah, ambo rasa melalui penglibatan sebegini dapat meluaskan rangkaian atau menambah kenalan di alam maya.

Tawaran Istimewa Maxis Fibre Internet 10 Mbps

Salam,,

Cuti hari raya korban dah habis sedara!!

maxis fibre internetAl-kisah semasa cuti yang lalu ambo tertonton iklan maxis yang mempromosikan maxis fibre internet.
Dengan kelajuan yang diperkatakan 10 mbps pada harga RM 148. Pada awalnya ambo sangsi akan keberkesanan dan kebenarannya. Yalah, mungkin ada apa-apa bayaran yang tersembunyikan..sapa tau??

Terasa teringin mencapai kata sepakat dengan teman-teman serumah untuk mencuba maxis fibre internet tapi apakan daya kontrak unifi masih berbaki.

Oct 21, 2012

Kelantan lengkapkan kejuaraan 'treble' 2012

Salam,,

Treble!!Tergamam ambo seketika menyaksikan kemenangan Kelantan menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2012 sebentar tadi. Ternyata satu kepuasan yang nyata bila melihat kejayaan 'treble' menjadi kenyataan setelah dipertontonkan dengan aksi yang terbaik dari kedua-dua pasukan, ATM dan Kelantan.


Tahniah untuk skuad Bojan Hodak. Tidak lupa juga sekalung tahniah untuk pasukan bimbingan B.Sathianathan yang memberikan saingan sengit. Ternyata ATM lawan yang betul-betul berkualiti.

            ATM   2                          3  KELANTAN
'49 Rizal Zambry                                   '44 Mat Yo
'62 Marlon Alex James                           '50 Mat Yo
                                                                  '96 Indera Putra     


JUARA PIALA FA 2012


JUARA LIGA SUPER 2012 


JUARA PIALA MALAYSIA 2012

Sekalung Tahniah Untuk Semua!!


#notaBuruk:: Sekadar meraikan kemeriahan bola sepak malaysia. Jangan ada provokasi. Gomo Kelate Gomo

Photobucket

Oct 20, 2012

Giveaway Buat Follower HASRULHASSAN.COM

salam,

Giveaway Buat Follower HASRULHASSAN.COM | Bila sembang pasal Kaspersky Internet Security ini, sebelum ini ambo pernah jual nombor aktivasi bagi produk ini. Jual pun dengan kengkawan dekat-dekat je.

Ambo sendiri pun guna Kaspersky untuk laptop ambo. Sebelum itu tak pernah dalam sejarah ambo sejak memiliki laptop di 'install' kan dengan internet security mahupun anti-virus. Masuk virus format..virus datang lagi, format lagi dan begitulah seterusnya.

Tapi sejak laptop lama rosak dengan Kaspersky pun sekali habis. So sekarang hanya berbekalkan dengan internet security percuma yang dapat semasa pembelian laptop dulu.

Terbaru blogger Hasrul Hassan nak bagi giveaway untuk follower blog beliau. Ambo pun ada peluang untuk mendapatkannya dan berpeluang kembali bersama kaspersky.

Giveaway terbaru dari HH ini khas untuk follower blog beliau dan berlangsung sehingga 20 oktober 2012..oppsss dah terlepas laa der!! Tapi katanya bila tarikh dah jadi 21 Oktober baru penyertaan terbatal.
Hadiah yang menanti pemenang adalah satu (1)  lesen kod aktivasi Kaspersky Internet Security 2013 (tempoh sah setahun). Untuk maklumat lanjut terus ke link blog beliau...HASRULHASSAN.COM.


#notaBuruk :: Belum ada lagi dalam sejarah ambo menang giveaway..huhuuhu

Photobucket

Live Streaming Kelantan vs ATM - Final Piala Malaysia 2012

Salam,,

Live streaming ATM vs Kelantan Piala Malaysia 2012 | Detik penentuan siapakah bakal menjulang Piala Malaysia edisi ke-86 bakal terjawab malam nanti.
Penyandang juara Piala Malaysia 2010, juara Liga super 2012 Kelantan bakal berdepan saingan sengit dari juara Liga perdana 2012 ATM dalam usaha mendakap kejuaraan ke-3 (treble) musim 2012 ini.


Ketiadaan dua tonggak utama Kelantan, M.Ghaddar dan NorFarhan pastinya merencatkan strategi Bojan Hodak bagi mengempur pertahanan pasukan ATM. Bagi pasukan yang diterajui B Sathianathan, mereka pastinya akan menggunakan kesempatan terbaik ini untuk menjulang kejuaraan Piala Malaysia pertama dalam sejarah pasukan ATM. Untuk rekod ATM pernah layak ke pentas akhir Piala Malaysia sebanyak 2 kali iaitu pada 1949 dan 1966.

Bagi anda baik yang menyokong ATM mahupun Kelantan, yang tidak berkesempatan ke stadium, anda boleh mengikuti perlawanan tersebut menerusi live streaming berikut.


#notaBuruk::sekadar memeriahkan suasana di stadium.

Photobucket

Oct 15, 2012

Segmen Yuliana | Tambah Follower Banyak-Banyak

Salam,,


Saat dan ketika ini mood ambo stabil. Meskipun masih ada saki-baki ketidaktenteraman.
Jadi bersempena ada secebis mood yang ok, ambo ingin join satu segmen "Tambah Follower Banyak-Banyak" oleh Yuliana Wahit. Sapa Yuliana Wahit itu.?? Empunya blog SayeShukePink Dot Com.


Sudah nama pun segmen tambah follower jadi apa yang perlu buat mestilah blogwalking dari satu blog ke satu blog yang mana turut serta dalam segmen ini..


Tapi syarat-syarat yang diletakkan oleh empunya segmen adalah seprti berikut::


  • Buat satu entry segmen ni.. Then, copy paste header yuyu ni dan letak dalam entry..
  • Follow blog yuyu ni.. (wajib)
  • Like fanpage yuyu SayeshukepinkDotCom (wajib)
  • Join ping group ni Kami Bloggers Tegar 
  • Listkan bilangan followers anda sekarang (nak print screen pon blh..  

Sembang lebih pun tak guna. Untuk lebih informasi dan nak kenal lebih dengan Yuliana silalah ke blog beliau SayeShukePinkDotCom. Tapi elok-elok sikit kerana tuan blog sudah berpunya..ehehehe ^_^

Sebelum terlupa followers ambo sekarang adalah 133 je..tapi terima kasihlah kepada mana-mana yang telah sudi follow blog yang tak ada pendirian macam dunia bawah tempurung ini..

#notaBuruk::sindrom tidur lewat. Insomnia atau ketagih online??

Photobucket

Oct 14, 2012

Final Piala Malaysia 2012- Kerajaan Negeri Kelantan Isytihar Cuti Umum

Salam,,

Umum sedia maklum kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan tarikh 21 oktober 2012 sebagai cuti umum bersempena kejayaan pasukan The Red Warrior layak ke pentas akhir Piala Malaysia 2012.

Berikut petikan dari page Facebook Tok Guru:



KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan 21Oktober ini sebagai cuti peristiwa atas kejayaan The Red Warriors mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.

Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR10 di sini, hari ini.

"Setelah mendapat persetujuan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, maka kerajaan negeri bersetuju memberi cuti peristiwa kepada rakyat Kelantan.

"Kita mahu penyokong setia Kelantan pergi dan pulang tidak dalam keadaan tergesa-gesa. Insya-ALLAH, semoga Kelantan dapat membawa pulang Piala Malaysia ke negeri ini sekali lagi,"katanya.

Final Piala Malaysia Sabtu ini menyaksikan pertemuan Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


#notaBuruk::kepada penyokong TRW yang bakal bertandang ke Shah Alam, Pandu Selamat Ingatlah Yang Tersayang
Photobucket

Apabila sambutan 'Aidiladha dan parti Halloween cuba disatukan

Salam,,


Bukan niat ambo untuk memulakan pagi yang damai ini dengan cuba bermain api. Tetapi sekadar perkongsian dan mengharapkan pencerahan dari pihak yang bertanggungjawab.

Terbaru ambo jumpa satu gambar yang memaparkan banner 'aidiladha dengan parti halloween 2012 secara bersebelahan...sila rujuk gambar di atas!!

Banner tersebut diletakkan di ruang legar MegaMall di Kuantan Pahang.

Sesuatu yang janggal dan kontras. Sepertinya ada pihak yang cuba bermain api dengan menyentuh sensitiviti umat Islam apabila cuba mencampur adukkan perkara-perkara berkaitan agama Islam dengan agama lain.

Jika dilihat pada tulisan di bahagian bawah banner terbabit terdapat acara seperti modern dance, kebaya fashion show dan lain-lain lagi yang jelas tidak sesuai untuk disekalikan dengan sambutan hari raya 'aidiladha.

Boleh jadi pihak penganjur cuba menerapkan nilai 1Malaysia..siapa tahu!! 

Sedikit info mengenai parti Halloween:

  • satu perayaan agama Kristian Katolik.

  • Halloween diambil dari hari perayaan agama Katolik yang bernama Hari Para Orang Kudus (All Saints Holy Day) yang dirayakan pada 1 november dan pernah di kenali sebagai All Hallows' Day yang meupakan singkatan dari All Hallowed Souls.

  • Hari Para Orang Kudus ini ditentukan oleh para mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar dengan alasan ingin orang gasar mempercayai agama Kristian

  • Di sesetengah tempat seperti Halloween dikenali sebagai Hari Para Mendiang (Day of The Dead). Perayaan tersebut bersempena meraikan kedatangan roh sanak-saudara dan kerabat kembali ke bumi.

  • Perayaan tersebut masih disambut sehingga ke hari ini di beberapa negara seperti Brazil, Filipina dan Mexico.


#notaBuruk::gemuknya kuman diseberang, kurusnya gajah di depan mata.
Photobucket

Segmen Musical Xiao- Siapakah Blogger Idola Anda

salam,,

Niat di qalbu hari ini ambo ingin mentelaah pelajaran..tup..tup tetiba kelibat pencil box tak kelihatan.Hampeh! Jadi nawaitu yang baik itu melencong dan ambo pun kembali ke meja editor dunia bawah tempurung..


Blog musical Xiao bunyinya seperti blog chinese tetapi penampilan blog beliau agak islamic..chinese muslim barangkali. Blog Xiao ada buat segmen "Siapakah blogger idola korang".

Sejujurnya ramai blogger yang ambo jadikan idola ataupun dalam kata lain sebagai sumber rujukan. Ambo tidak khususkan kepada mana-mana individu. Asalkan blogger tersebut seorang yang berjaya dalam dunia blog, mempunyai misi dan visi dalam dunia blog ini. Popular atau tidak itu bukan faktor tetapi komitmen dan kesudian membantu blogger baru itu yang penting.

Tapi untuk memenuhi piawaian dan pra syarat segmen ini ambo senaraikan beberapa link blog yang ambo singgah untuk cari inspirasi dan gali pengalaman blogger tersebut.


Jadi bagi anda yang ingin bersama menjayakan segmen ini silalah ke blog musical xioa.

#notaBuruk::Alhamdulillah terasa jiwa sebagai seorang student itu kembali

  Photobucket

Oct 9, 2012

Undian Kelayakan Piala Asia AFC 2015

Salam,,

Dalam kerancakan saingan Piala Malaysia 2012 yang semakin hampir ke kemuncaknya, telah berlangsung satu undian kelayakan Piala Asia 2015 di Melbourne, Australia.

20 pasukan telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dengan 4 pasukan setiap kumpulan. Mengikut peraturan 2 pasukan teratas dari setiap kumpulan dan pasukan ditangga ke-3 yang terbaik antara 5 kumpulan tersebut akan layak beraksi dalam saingan Piala Asia 2015 yang akan dianjurkan di Australia.

Jepun selaku penyandang juara Piala Asia 2011, tuan rumah yang juga naib juara yang lalu, Australia, serta Korea Selatan yang meraih tempat ketiga untuk edisi 2011 diberi kelayakan secara automatik.

jepun juara piala asia afc 2011
penyandang juara Piala Asia AFC 2011- Jepun

Selain itu, turut diberi kelayakan automatik ialah Korea Utara yang menjuarai Piala Cabaran AFC 2012 dan bakal juara Piala Cabaran AFC 2014 nanti.

Berikut undian untuk Kelayakan Piala Asia AFC 2015 Australia::




Group A: Jordan, Syria, Oman, Singapore


Group B: Iran, Kuwait, Thailand, Lebanon


Group C: Iraq, China, Saudi Arabia, Indonesia


Group D: Qatar, Bahrain, Yemen, Malaysia


Group E: Uzbekistan, UAE, Vietnam, Hong Kong



Pasukan Harimau Malaya telah diundi dalam kumpulan D yang terdiri dari Yemen, Bahrain dan Qatar.
Secara congakan atas kertas, bagi ambo Bahrain dan Qatar merupakan cabaran terbesar Malaysia selain cabaran Yemen yang tidak boleh di pandang enteng.

Apapun kekuatan fizikal ,keazaman dan strategi yang mantap di atas padang mampu merealisasikan impian skuad Harimau Muda dan jutaan penyokong Harimau Malaya untuk melihat kelibat pasukan negara di Australia 2015 nanti.


#notaBuruk::sudah tiba masa untuk pasukan Malaysia a.k.a Harimau Malaya mencakar di pentas Asia..bukan lagi setakat asia tenggara.
Photobucket

Oct 7, 2012

Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun

Salam,,

Bila sebut pasal pantun mahupun sajak, syair, ataupun gurindam dan sebagainya pasti terkenang memori belajar komponen sastera (komsas) zaman sekolah dulu.

Segala macam istilah seperti metafora, personafikasi mahupun hiperbola dan sebagainya pasti mengimbau nostalgia zaman sekolah. Seyes dan sejujurnya ambo kurang berminat kalau masuk kelas berunsurkan sastera. Sebab munasabab tak berapa minat, kerana kena baca novel dan cerpen.

Tak baca kena 'kick' dengan cikgu-cikgi. Tapi kalau melibatkan pantun itu menarik. Lebih-lebih lagi kalau pantun yang main hentam dan bersahaja.

Justeru itu bagi mengasah kembali ilmu yang dipelajari dulu, maka ambo cuba mengambil bahagian dalam "Segmen Mialiana.com- Mari Berpantun". Segmen ini bermula dari 6 Oktober 2012 sehingga 15 Oktober 2012.


Pantun yang dijual::
Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana


Pantun yang dibeli::..bayar cash tak main hutang-hutang broo hahaha::

Mak jemah mengandung mengidam kebab,
Kebab diperbuat dari daging rusa,
Pertanyaan mia bisa di jawab,
Akhil itu lah panggilan manja saya.

Memburu tupai dengan machine gun,
Sayang sekali sasaran tak mengena,
Dengan rasa malu juga segan,
Saya disini masih bujang lagi teruna.

Baca buku sampai lupa diri,
Itulah cara nak jadi budak pintar,
Jika nak tahu status terkini,
Dengan yakinnya jawab masih belajar.

Tengok bola pakai kain pelekat,
Sekali gol terlucut segala-galanya,
Tak jauh dan tak dekat,
Che siti wan kembang itulah negerinya.


#notaBuruk:: Belajar sebarkan aura positif untuk manfaat bersama..

Photobucket

Oct 6, 2012

Live Streaming Piala Malaysia 2012 | Kelantan vs Selangor

Salam,,

Live Streaming Piala Malaysia 2012 Kelantan vs Selangor | Saingan Piala Malaysia 2012 semakin menghampiri kemuncak. Malam ini akan berlangsung perlawanan separuh akhir 2 pusingan pertama antara Pahlawan Merah, Kelantan menentang Gergasi Merah, Selangor di Stadium Sultan Muhammad VI Kota Bharu.


Semestinya satu pertarungan ibarat buku bertemu ruas. Selangor yang berada di kemuncak prestasi pastinya akan memberikan saingan yang hebat bagi merealisasikan misi 33. Sementara Kelantan yang akan turun di gelanggang sendiri ingin memastikan rekod bersih belum pernah tewas Kota Bharu berterusan seterusnya membawa bekalan selesa ke Shah Alam 12 Oktober nanti bagi merebut tiket ke pentas akhir Piala Malaysia 2012.


Kelantan  memburu kejuaran treble 2012 dan Selangor memburu misi 33. Satu saingan menarik dari kedua-dua pasukan. Bagi peminat bola sepak baik dari pasukan Selangor mahupun Kelantan yang tidak berkesempatan ke stadium, jangan lupa saksikan secara live streaming perlawanan tersebut. 

Live Streaming Separuh Akhir Piala Malaysia 2012


#notaBuruk::Bersedia untuk sebarang kemungkinan..gomo kelate gomo hehe
Photobucket

Oct 5, 2012

Istighfar - Supplimen Untuk Hati

Salam,,

Pejam celik, dan pejam lagi dan celik lagi sudah masuk hari Jumaat untuk kali yang seterusnya. Penghulu segala hari, sayyidul ayyam.

Laju hari berlalu. Ambo terasa dosa kelmarin masih panas lagi. Hutang-piutang dengan Allah masih tertunggak. Tangguh punya tangguh taubat sampaikan tak sedar hati dah diselaputi tompokan hitam akibat dosa-dosa semalam..

Buta mata hati sesuatu yang amat ditakuti. Takut andai nyawa melepasi kerongkong tanpa sempat menyucikan dan men'celik'kan hati yang mati itu. Nauzubillah!!

Sekadar renungan bersama kalian yang terjerumus ke dunia bawah tempurung ini ambo kongsikan seuntai kata untuk renungan bersama yang ambo petik dari radio ikim.fm :-

BILA HATI BERBICARA, BICARANYA TANPA SUARA,
BILA HATI BERBICARA, HANYA PERILAKU YANG MENTAFSIRKANNYA,
BILA HATI DISIRAMI IMAN DAN TAQWA, INSAN ITU PASTI MULIA DAN MERDEKA,
TAPI BILA HATI DIPALIT DOSA DAN DOSA,  DAMAINYA HILANG,   KELUH KESAH, JIWA PULA MERONTA,





#notaBuruk: Tak akan pernah sempurna. Tapi tak akan pernah lelah mengejar kesempurnaan.

Photobucket

Oct 3, 2012

Motivasi Rabu #2 | Seuntai Kata Dari Imam As-Syafie


Salam,,

Agak lama rasanya ambo tidak menjenguk ke dunia bawah tempurung ini..
Alhamdulillah sebaik selesai event hujung minggu lalu, dapatlah ambo menarik sedikit nafas meskipun belum sedalam-dalam punya nafas. Harap-harap dapat kembali momentum yang terencat untuk seketika itu.

Sekadar untuk perkongsian bersama, ambo jumpa kata-kata berikut jadi ambo tampalkan di dinding dunia bawah tempurung ini.



#notaBuruk::masih ada yang belum selesai broo..

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...