Apa sebenarnya punca disebalik pencerobohan itu?
Berdasarkan kenyataan media oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, perkara yang dituntut oleh kumpulan berkenaan:
Namun, bagi generasi baru tentu akan tertanya-tanya apa kaitan keturunan Kesultanan Sulu yang datang dari Selatan Filipina dengan negeri Sabah. Sebenarnya ada sejarah dan beberapa siri perjanjian sejak sebelum kedatangan pengaruh British lagi.
- Tuntutan pertama, kumpulan itu tidak mahu dikenali sebagai kumpulan militan sebaliknya mereka mahu diiktiraf sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu.
- Satu lagi tuntutan yang dibuat adalah menggesa kerajaan Malaysia agar tidak menghantar balik rakyat berketurunan Sulu yang tinggal di Sabah.
Menerusi perjanjian itu Sultan Sulu mendapat $5,000 setahun daripada Syarikat Overbeck.
Nilai $5,000 adalah nilai dalam dollar Mexico. Ketika itu nilai $5,000 = nilai emas.
Tahun yang sama, Syarikat Overbeck alami masalah kewangan teruk - mohon bantuan kewangan daripada jutawan British pada masa itu Alfred Dent.
Alfred Dent bantu dengan bersyarat - hanya wakil British dibenarkan untuk menguasai perniagaan di Sabah.
Akhirnya Baron Gustavus Von Overbeck ( berbangsa Austria) serahkan keseluruhan perniagaannya di wilayah Sabah kepada Alfred Dent untuk diuruskan - bermulalah pengaruh Syarikat Berpiagam Borneo Utara ke atas tanah jajahan kerajaan Sulu di Sabah.
Intipati perjanjian:
- Tiada mana-mana negara di antara ketiga-tiga ini akan meluaskan empayar negara masing-masing.
- Sekiranya berlaku sesuatu peperangan maka mereka akan membantu di antara satu sama lain.
Perang Dunia Ke-2 - Jepun mulai luaskan kuasanya ke Asia Tenggara, termasuk Sabah yang turut mengalami kemusnahan yang teruk - Syarikat Berpiagam Borneo Utara tidak mampu untuk membangunkan Sabah pada masa itu.
31 Ogos 1963 - Sabah merdeka dan bergabung membentuk Federasi Malaysia bersama-sama dengan Sarawak dan Malaya serta Singapura (Singapura keluar pada tahun 1965), tugas untuk membayar kepada Kerajaan Sulu juga berpindah tangan.
Saban tahun Kerajaan Persekutuan Malaysia tetap membayar Kerajaan Sulu sebanyak RM5,300.00 (Ditambah RM300 oleh Kerajaan Malaysia) juga bagi mematuhi Perjanjian 1878. Terdapat klausa di dalam Perjanjian 1878 yang menyatakan bahawa sewaan ke atas Sabah harus dibayar sehingga tidak ada matahari dan bulan ataupun pada ertikata sebenar “Sewaan Sampai Kiamat”.
Artikel selanjutnya di sabahluv.com
#KataAmbo::Orang Besut - rakyat Terengganu tapi berloghat Kelantan ^_^.
baru tahu ada perjanjian macam ni..
ReplyDeletedlu masa blajar sejarah tak pasti ade ke tak..
Deletehanya pikir nk lulus je..hehe^_^
Bila ada perjanjian dimeterai, janganlah sampai lupa diri untuk bertindak
ReplyDeleteManusia yang akur dengan perjanjian tidak bertindak secara keganasan
ReplyDeleteHari ini mendapat info terbaru mengenai hubungan Sabah dan kerajaan Sultan Sulu.
ReplyDeleteAgak-agak apa pula di Hari Lusa??hakhakkahkah!!
Deletedulu sebahagian sabah memang di bawah kerajaan sulu. dah ada perjanjian ni, malaysia la
Deletemasalahnya..sultan sulu ni dah jadi tamak, nak 50% pendapatan sabah,..woi,/masa perang jepun apa dia dan keturunan dia buat? ada ikut perang pertahankan sabah? free2 jer nak claim itu ini. dahla takde kuasa dan tanah. lol
ReplyDeletetak habis2 menuntut..dah basi dah basi..dah tak ada hak dah ...apapun hanya Allah tahu apa sebab timbul hal ni, hingga ada yg terkorban. kasihan..belum puas hidup namanya tu..
ReplyDeletebtol. Allah lebih tahu.
Deletemanusia mmg mudah lupa..lupa sejarah,, lupa asal usul
Tapi saya bukak buku sejarah malaysia stpm oxford fajar mengatakan perjanjian 22 januari 1878 sultah sulu setuju serah semua tanah dan hak ketuanan dari kawasan sungai sibuku hingga sungai padasan kepada syarikat overdeck dan dent.
ReplyDeleteMaknanya sultan sulu serah segalanya kepada syarikat tersebut.Termasuk hak ketuanan.
Tapi wikipedia sebut kita masih bayar sampai sekarang RM5300 kepada sulu.
Mana nak percaya? Wikipedia atau buku sejarah malaysia?
Saya rasa macam kena tipu.
susah utk diperkatakn..buku sejarah pun manusia yg tulis. Bgitu jga wiki. Tp yg byr RM 5300 ada surat yg mengatakan sedemikian..btol @ salah wallahualam. Doakan yg terbaik.
DeleteSumber dari wikipedia tu x boleh percaya sgt sebab bila2 masa sja org lain boleh sunting/edit. penulisan buku adalah dibuat melalui kajian dan rujukan yg sahih. tpi spt yg Akhil ckp, buku sejarah pun manusia yg tulis jg, dibuat menurut pdngan sendiri bdasarkan bukti2 yg telah ditemuinya dalam pengkajian sejarah itu sendiri. bagi pendapat sya, memang betul Sultan Sulu telah melepaskan kedaulatan kepada syarikat tersebut tetapi sehingga kini Malaysia masih lagi membayar duit tu kepada waris kerajaan Sulu. tetapi pmbayaran tersebut dianggap sebagai bayaran serahan dan bukannya sewaan. jadi kedua2nya adalah betul. sya cadangkan dyla baca buku "Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara" tulisan Nik Anuar Nik Mahmud, penerbit UKM, Bangi 2009.
Deletetq atas feedback yg bernas..
Deletesatu cdgn yg baik..mgkin dgn rujuk pelbagai sumber, kita akan dpt jmpa satu persamaan yg mngkin mmbawa kpd jwpn yg lebih tepat.
dalam perjanjian mesti ada syarat2 kan. yg saya ingat antara syarat2 perjanjian, hak ketuanan diberikan kepada overbeck n dent selagi ada bulan dan bintang. dan mereka hendaklah membayar $5000 stiap tahun kepada sultan n warisnya
Deletetp jumlah yg kita bayar tu...mmmm no komen.
ReplyDeletejumlah yg dibayar tu seperti pampasan dan saguhati... bukan sewaan.. tiada ertikata sewa...
ReplyDeletemgkin itu istilah lebih tepat.
DeleteMasalah nyer... ader 9 Org claim dirinya tue Sultan Sulu..amacam ya..?
ReplyDeleteadoii ni la susahnya..ni mesti kawen lebih satu..
Deletetu pasal ramai yg nk claim.byk sgt warisnya.
buat ujian DNA..
9 orang tu adalah pewaris dan penyambung kesultanan sulu.Bagi saya BCNC adalah sebuah syarikat bukan Negara jadi Borneo utara bukan diserah tapi dipajak.Bagi balik jak kepada empunyanya macam hong kong.....
ReplyDeleteperkataan "pajak" yang di guna dlm perjanjian membawa erti kata lain bagi kedua belah pihak. dan ada sejarawan yg cakap sultan sulu salah faham dgn perkataan "pajak" yg diguna oleh british
Delete