Apr 27, 2013

Luangkan 2 Minit Anda Untuk Tinjauan PRU 13

Salam,


Tinjauan Pendapat Pengguna Media Sosial Sempena Pilihanraya Umum ke-13

Menjelang PRU ke-13 ini makin banyak tinjauan pendapat dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengetahui sejauh mana kepekaan rakyat Malaysia terhadap isu politik tanah air.

Disini ambo kongsikan satu tinjauan yang dikelolai oleh SAYS.com yang juga bertujuan untuk melihat pandangan pengguna media sosial terhadap Pilihanraya Umum ke-13. Mungkin anda sebahagian dari bakal pengundi ketika PRU 13 nanti. Jadi luangkan 2 minit anda dengan mengambil bahagian dalam tinjauan ini.

Jangan risau, maklumat peribadi tidak akan didedahkan. Jadi untuk maklumat lanjut klik SINI.

#KataAmbo:: Berfikir Luar Kotak

Photobucket

Apr 26, 2013

Video Terbaru Tazkirah Adam AF2 Di Kem Ibadah

salam,


Artis yang sebelum ini, ambo dengar sering bermasalah dan hilang dari dikesan pihak media kini tampil dengan imej yang jauh berbeza. Terkenal dengan gerak tari yang bertenaga sewaktu di pentas seni, Adam AF2 kini tampil dengan imej lebih islamik.


Alhamdulillah, makin ramai artis-artis yang memilih untuk mendalami ilmu agama. Terbaru ambo kongsikan video terbaru yang memaparkan Adam AF sedang menyampaikan ceramah di Kem Pemantapan Ibadah Muthmainnah di sebuah kem di Sungai Petani Kedah.

Dalam video itu, Adam berkongsikan sedikit pengalamannya dan menasihati para peserta kem yang terdiri dari pelajar sebuah sekolah agar lebih mendalami Islam. Ternyata kehadiran Adam menarik minat peserta kem untuk mengikuti ceramah yang disampaikannya.

 

Mungkin ramai yang tertanya-tanya ke mana Adam menghilang selama ini. Sebenarnya Adam kini merupakan seorang pengamal perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam NurSalam Al Maliki yang terletak di Sungai Petani Kedah.

Agak besar perubahan yang ditampilkan Adam, boleh dikatakan 360 darjah. Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya dan hidayah itu milik-Nya. Apabila Allah S.W.T menghendaki sesuatu perkara itu terjadi, maka akan jadilah ia. Dia Maha Berkuasa di atas segala-galanya. Semoga perubahan yang dibawa oleh Adam akan memberikan kita semua inspirasi untuk turut sama berubah ke arah yang lebih positif.



#KataAmbo::Bagaimana kita bermula itu tak penting.
Photobucket

Apr 25, 2013

Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My

Salam,,

Saya Ambo dah nekad nak masuk dalam bloglist Fuh.my. Ada sesiapa nak bangkang? Bangkang dari longkang ker? Biarlah apa orang nak kata tetapi memang ambo ikhlas nak masuk dalam bloglist Fuh.My.

Harap tiada yang dengki dan busuk hati. Kalau tak puas hati boleh join sekali. Tarikh tutup 30 April 2013, jadi sempat lagi.

KLIK BANNER DIATAS UNTUK SERTAI :)


Kenapa korang mesti ada dalam bloglist fuh.my? 

  • Purata Page View harian 50,000 SEHARI (so, komfem korang dapat tempias dari trafik fuh.my sekiranya korang berada dalam bloglist fuh.my)
  • Google Page Rank 3 Backlink berkualiti dari fuh.my 
  • Dapat memperkenalkan blog korang kepada blogger-blogger lain 
  • Top referrer akan mendapat Cash/Topup RM30 (mesti lebih 50 referrer)
Ok, ambo dah pun join jadi citer sini jangan habis sini je. Sekali lagi ambo pesan, klik banner diatas dan join Bloglist Fuh.my ini.

#KataAmbo::Fuhh!! lapar burger.

Photobucket

Jom Balik Mengundi Yeahhh!!

Salam,,

Tiket sudah berada ditangan dan In Shaa Allah jika tiada aral melintang ambo akan balik mengundi. Meskipun pada awalnya sedikit hampa apabila semua kaunter bas mengatakan tiket sudah habis. Tapi nasib baik ada tiket tambahan. Tak kisahlah janji ambo dapat pulang ke kampung halaman. Dapat bercuti.

Dengar cerita panjang lebar dari aweks yang jaga kaunter tiket ni tadi, orang sudah mula beli tiket sebaik tarikh PRU 13 diumumkan lagi. Maklumlah siapa nak lepaskan peluang balik kampung kan...!

Hijau-hijau bulan, Biru-biru dacing.
Siapa yang baik hati pasti ku terima aaaaa!!

#KataAmbo::Dengar cerita, tiket balik mengundi boleh claims?
Photobucket

Apr 24, 2013

Kontes Panduan Blogger - Membudayakan Ilmu Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah menunggu penuh minat perkembangan Kontes Panduan Blogger dari blogger Hasrul Hassan, akhirnya ambo putuskan untuk turut serta dalam kontes ini. Selain memeriahkan penganjuran kontes ini, ganjaran yang menanti agak lumayan. 
Selain itu, penyertaan dalam kontes ini secara tidak langsung turut menambahkan lagi ilmu ambo mengenai dunia blogging ini. Dalam kata lain, sambil menyelam minum air.

Terdapat 3 soalan yang dikemukakan secara berperingkat-peringkat dan perlu dijawab dengan tepat. Setelah penat berfikir dan mencari sumber akhirnya berjaya juga ambo menjawab persoalan yang dikemukan. Berikut entri penyertaan rasmi ambo untuk Kontes Panduan Blogger :

Kepentingan Google Pagerank Untuk Blog

Soalan #1:
Apakah yang dimaksudkan dengan Google Pagerank (PR) ? Berikan pendapat anda mengapa ia penting untuk blog anda.

#Jawapan:


Google Pagerank (PR) ialah apa yang Google gunakan untuk menentukan kepentingan sesuatu laman sesawang (website). Ia adalah satu kaedah untuk menentukan page mana yang akan muncul di enjin carian google (search engine). Jadi lagi baik Pagerank sesebuah website itu, maka lagi tinggi keutamaannya untuk muncul di tangga teratas di enjin carian Google.

Selalunya, blog yang mendapat banyak back-link dari blog yang lain, mendapat PR yang tinggi. Ini kerana, Google menganggap blog itu memiliki kepentingan, pengaruh dan dijadikan rujukan disebabkan kualiti yang baik dan terkini. Contoh laman yang mendapat PR yang tinggi seperti Facebook-PR9. Ini kerana kandungan dalam Facebook sentiasa di update, dan terdapat begitu banyak link yang merujuk kepada Facebook.

Berbeza dengan Ranking Alexa, PR di kira baik jika memiliki nilai yang lebih besar. Contoh : Laman yang memiliki PR 4  dikira lebih baik berbanding laman dengan PR 2. 

Google Pagerank ini sangat penting untuk blog kerana kebiasaannya blog yang memiliki PR yang tinggi dianggap berkualiti, berkepentingan dan boleh dipercayai dalam konteks kualiti isi kandungan entri-entri yang original,  serta pautan-pautan yang baik dalam blog itu.

Memiliki PR yang tinggi juga berpotensi untuk menarik trafik yang tinggi dari enjin carian Google. Jadi tanpa perlu ping sana sini, blog kita tetap mendapat trafik yang stabil dan berterusan disebabkan blog kita memiliki level PR yang tinggi. Peluang untuk menjana pendapatan menerusi blog pun jadi makin cerah apabila PR blog kita tinggi. Kalau tak percaya cuba lawati blog blogger-blogger yang menjadikan blog sebagai sumber pendapatan mereka.



Tip Asas On-Page Search Engine Optimization 

Soalan #2:
SEO atau Search Engine Optimization ialah satu cara untuk blog menerima trafik organik. Berikan satu (1) tip asas yang anda tahu untuk sesebuah entri tepati cirian SEO ini.

#Jawapan:


Terdapat banyak tip asas untuk menghasilkan entri yang menepati ciri-ciri SEO yang baik. Berdasarkan apa yang ambo pelajari, entri yang menepati cirian SEO mestilah mempunyai kandungan yang relevan dengan tajuk.

Ini kerana enjin carian tidak hanya akan crawl pada tajuk entri yang memiliki kata kunci yang popular sahaja malah turut melihat kata kunci yang ada pada isi kandungan entri sama ada di bahagian awalan-pertengahan- mahupun akhiran.

Selain itu, perlu kata kunci yang dipilih turut perlu diletakkan pada bahagian meta tag dan description. Penggunaan gambar yang relevan dengan entri turut membantu menarik trafik dari enjin carian Google.

Penggunaan tag Heading H1, H2 dan H3 di entri juga amat penting. Ambo sendiri belum arif dan masih kabur tentang penggunaan heading ini. Tetapi jika singgah di mana-mana blog atau website yang berkisarkan SEO pasti akan memberikan keutamaan pada bahagian heading ini.

Juga tidak ketinggalan pautan luar yang relevan dengan kata kunci dalam entri yang kita hasilkan. Jika kita meletakkan pautan yang tak ada kena mengena dengan kata kunci dalam entri, ini boleh di kira sebagai satu penipuan. Secara tidak langsung entri kita tidak mesra SEO dan dianggap tidak berkualiti.

Konklusinya, entri yang menepati cirian SEO memiliki kombinasi tajuk yang tepat dengan kata kunci, menyelitkan kata kunci secara maksima di setiap bahagian entri, meta tag dan description yang menepati kata kunci serta di lengkapkan dengan back-links ke pautan luar atau dalam blog itu sendiri yang mana memiliki tajuk yang hampir sama.




Ciri Penampilan Blog Yang Baik

Soalan #3:
Adakah anda fikir penampilan blog penting untuk menarik pengunjung menjadi pembaca setia? Berikan pendapat anda penampilan bagaimana yang sesuai untuk tujuan yang dikatakan?

#Jawapan:


Ya. Penampilan sesebuah blog itu memainkan peranan yang penting untuk menarik pengunjung seterusnya menjadi pengikut dan pembaca setia di blog kita. 

Penampilan itu, bukan hanya pada susunan widget, warna yang digunakan tetapi turut meliputi penyampaian menerusi entri-entri yang relevan. Selain itu, pendekatan penulis untuk mewujudkan komunikasi 2 hala dengan pembaca juga dikira satu penampilan yang positif.

Sebagai contoh, blog yang memfokuskan kepada memberikan panduan untuk blogger, mestilah betul-betul mengetengahkan entri-entri yang relevan dengan niche blog yang dipilih. Kesediaan untuk memberi respons terhadap komen pengunjung blog akan menarik pengunjung itu untuk datang lagi dan terus jadi pembaca setia.

Begitu juga blog yang membicarakan perihal perniagaan internet. Perkongsian tip-tip yang relevan dengan niche yang dipilih, senantiasa dikemas kini dan memiliki komunikasi yang baik dengan pembaca, pasti akan membuatkan pembaca itu 'fall in love' dengan blog itu. Begitu juga dengan blog yang niche sukan, hiburan, kesihatan mahupun blog peribadi.

Penggunaan widget yang relevan dan tidak mengarut, serta kekemasan susun atur sidebar, widget akan menambahkan lagi seri sesebuah blog. Namun apa guna blog kemas, widget relevan tetapi kandungan entri tak berkualiti dan tak relevan dengan tajuk. Ini akan membuatkan pengunjung yang pertama kali singgah di blog kita merasa hampa. 

Seperti kata seorang otai blogger, kasihanilah orang yang menghabiskan duit di cybercafe untuk mencari sumber di internet. Bila klik tajuk yang keluar di enjin carian google, tetapi isi kandungannya langsung tiada sangkut paut. Pasti hampa, membazir masa dan wang. Sejam di cybercafe sudah dicaj RM 2.





#KataAmbo: Sekadar yang mampu...Fuhh penat.!
Photobucket

Apr 23, 2013

Piala AFC 2013 - Kelantan FA Di Belasah Maziya FC

Salam,,



Keputusan Penuh Piala AFC Maziya FC vs Kelantan FA 23 April 2013 | Penantian yang tidak berbaloi. Memang hakikat permainan ada yang kalah dan ada yang menang. Tapi kekalahan besar 1-6 Kelantan kepada Kelab dari Maldives, Maziya Sport Recreation FC sangat mengecewakan.


Meskipun Kelantan sudah mengesahkan kemaraan ke pusingan ke-2, tetapi tidak seharusnya mencatatkan keputusan yang begitu memalukan. Kekalahan ini sedikit sebanyak melunturkan harapan penyokong setia The Red Warrior terhadap pasukan bimbingan Bojan Hodak.

Kedudukan Semasa Kumpulan G Piala AFC 2013


Prestasi dalam liga super makin terumbang ambing dan terus terperosok ke dasar liga. Isu kepenatan pemain memang tidak boleh disangkal, namun harus diingat musim lalu pun Kelantan berdepan masalah yang sama. 

Bukan niat ambo untuk kutuk kejurulatihan Kelantan dan bertindak bajet bagus, tetapi be professional lah. Mungkin sudah layak ke pusingan ke-2 tetapi kekalahan besar sesuatu yang terlalu mengecewakan seluruh penyokong The Red Warriors.

Apa-apa pun ambo tetap mengharapkan masih ada ruang kebangkitan untuk Kelantan. Sekurang-kurangnya dapat menampilkan persembahan yang memikat penyokong dan menjadi pencabar dalam Liga Super Malaysia.

Selepas ini Kelantan bakal melayan kunjungan Ayeyawady di Kota Bharu pada 30 April 2013 bagi melengkapkan saingan Kumpulan G ini. Hanya kemenangan yang dapat mengesahkan kejuaraan kumpulan G tanpa mengambil kira keputusan Maziya vs Da Nang. Seterusnya dapat beraksi digelangang sendiri di pusingan ke-2 nanti.



#KataAmbo: Biar Kalah Bermaruah.
Photobucket

3 No IC yang berbeza, Pengundi Yang Sama

salam,,


Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 ini, makin banyak cerita-cerita dan pembongkaran yang didedahkan. Benar atau tidak itu Wallahu a'lam. Terbaru ada satu pendedahan mengenai kewujudan seorang pengundi yang memiliki 3 no kad pengenalan yang berbeza dan di 3 pusat pengundian yang berbeza.

Ini bukan omong kosong,  di mana anda sendiri boleh membuat semakan di laman Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Anda masuk ke laman berikut >>> http://daftarj.spr.gov.my/semakpru13.aspx <<<

Kemudian masukkan ketiga-tiga no ic berikut:

  • 490715065233 
  • 490715065161
  • 490715065137
Kemudian akan keluar dari ketiga-tiga no ic tersebut, nama yang sama, tempat mengundi yang berbeza. Anda boleh mencuba sendiri, dengan menyemak ketiga-tiga nombor ic berikut di laman SPR. 





Sama ada berlaku masalah teknikal atau pihak SPR belum mengemaskini pangkalan data, itu ambo tak pasti.Namun jika benar berlaku kewujudan seorang pengundi yang memiliki tiga no ic berbeza untuk 3 tempat mengundi yang berbeza, ternyata itu amat mengecewakan.

#KataAmbo::Pelanduk dua tiga serupa barangkali.
Photobucket

Manchester United Julang Kejuaraan BPL 2012/13

Salam,

Tanpa perlu menunggu sehingga tamat saingan liga, Manchester United sudah pun mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (BPL 2012/13). Kemenangan 3-0 membenam Aston Villa sudah cukup untuk United menjulang kejuaraan BPL kali ke-20.


Kejayaan meraih 3 mata dalam perlawanan tersebut membolehkan United mengumpul 84 mata. Pencabar terdekat United, Man City jika menang kesemua baki perlawanan hanya mampu mengumpul 83 mata dan sama sekali tidak mampu menggugat kedudukan United di tangga teratas.


3 gol dari penyerang antarabangsa Belanda, Robin Van Persie, membolehkan United mengesahkan kejuaraan BPL 2012/13 lebih awal. Selain menjaringkan gol, Van Persie turut berjaya mengeluarkan bola dari atas garisan gol United setelah De Gea sudah pun tertewas.



Kejuaraan Barclays Premier League ke-20 Manchester United, kebetulan dengan nombor 20 pada jersi Van Persie yang sememangnya watak penting kejayaan United musim ini.


Meskipun terlepas dari memburu kejuaraan Treble seperti mana yang dilaungkan Sir Alex Ferguson sebelum tersingkir dari Liga Juara Juara, namun Manchester United tetap dalam kelas yang tersendiri. Glory Glory Man United (GGMU).


Berikut Highlight Gol-Gol Kemenangan  Manchester United




Video : Ehsan Sheva HD

#KataAmbo::Tunggu kesudahan Liga Super Malaysia pula.
Photobucket

Apr 22, 2013

Igauan Dari Kemalangan Ngeri Di Federal Highway

salam,,

Ambo kalau boleh tak nak buat entri pasal kemalangan ngeri yang berlaku awal pagi semalam, Ahad 21 April 2013. Serius ngeri jika dilihat pada sedutan video yang dirakamkan. Melihat keadaan mayat mangsa dengan anggota tubuh yang terputus dan bersepah atas jalan raya cukup menceritakan keadaan yang mengerikan dalam kemalangan yang melibatkan kematian itu.

5 mangsa telah terkorban, dimana 3 penunggang motosikal dan lagi 2 masing-masing pemandu kereta Honda City dan seorang lagi penumpang dari sebuah lagi kereta yang berhenti untuk memberikan pertolongan. Info lanjut dan video mengenai kemalangan ngeri di Federal Highway boleh diikuti di laman Oh! Tidak.com.

Lagi video kemalangan yang lebih jelas dan ber'durasi' lebih lama klik sini.


Kemalangan itu seperti mengimbau kejadian yang dilalui ambo 2 tahun yang lalu. Berlaku kira-kira jam 12 tengah malam, juga menghala ke Shah Alam di mana motorsikal yang ambo naiki terbabas dan ambo tertiarap atas lebuhraya persekutuan itu.

Nyaris-nyaris dilanggar motorsikal dari belakang. Tapi nasib baiknya motorsikal itu sempat mengelak dan motor dia pun turut terbalik disebabkan mengelak dari merempuh ambo. Fuhh! Trauma!

Ketika kejadian, keadaan trafik atas federal highway itu bergerak perlahan sebab jem teruk. Jadi kenderaan lain pun tak bergerak laju. Itu yang nasib baik tu.
Sebelum itu, kejadian berlaku semasa ambo dalam perjalanan pulang dari menghadiri satu seminar di Universiti Malaya Kampus Kota dekat Bank Negara kalau tidak silap.

Syukur Alhamdulillah, hanya kecederaan ringan saja. Punca kemalangan, sebab tayar motorsikal ambo sudah haus dan keadaan jalan pula licin lepas hujan. Jadi tengah syok menyelit di celah-celah deretan kereta ambo gagal kawal tayar depan lalu gedebukk jatuh! Memang tepat pada masanya, dan kena pada situasinya.

Jadi nasihat ambo, terutamanya penunggang motorsikal diluar sana yang singgah di blog ambo, hati-hatilah dijalan raya. Kita penunggang motorsikal ni lebih berisiko untuk terlibat dengan kemalangan. Maklumlah roda hanya dua.

#KataAmbo::Fobia tunggang motorsikal malam-malam dan dalam hujan.

Photobucket

Apr 20, 2013

Ini Kalilah Terbang Ke Jakarta Pada Harga RM 1

Salam,,

Pernah melancong ke Indonesia? Atau lebih tepat lagi Jakarta? Ambo belum pernah dan rasa teringin untuk ke sana. Tapi kantung $$ belum cukup stabil dan mantap.

Tapi bagi anda yang mempunyai perancangan untuk ke Jakarta, membeli-belah disana serta melihat kepesatan kota raya Jakarta, rasanya inilah masa yang tepat. Tiger Airways ada melakukan promosi Terbang ke Jakarta dengan tambang hanya serendah RM 1. Buka selalu ada peluang dan tawaran seperti ini. Jadi apa tunggu lagi?

Tawaran ini akan berakhir isnin depan - 22 April 2013. Tinggal beberapa hari lagi. Tarikh penerbangan dalam tempoh 10 Julai 2013 - 29 Mac 2014. Jadi mungkin anda sudah boleh rancang percutian yang menarik ini.

Untuk maklumat lanjut: Klik link ini -> Terbang ke Jakarta dengan tambang hanya serendah RM 1



Andai kata ada yang tetiba mengigau dan bermurah hati untuk bagi ambo peruntukkan paling kurang RM5k, sah-sah ambo sudah tempah penerbangan RM1 ke Jakarta tu...haha

#KataAmbo::Meriah semacam hari penamaan calon hari ni.

Photobucket

Apr 19, 2013

Keputusan Penuh PKNS Selangor vs Kelantan | Liga Super 19 April 2013

Salam,

Perlawanan Liga Super antara Kelantan vs PKNS Selangor di Stadium Shah Alam malam ini, 19 April 2013 tiada live di televisyen, sama ada siaran berbayar mahupun percuma. Itu hakikat.

Tetapi peminat The Red Warriors mahupun penyokong PKNS yang mana tidak berkesempatan ke stadium mungkin boleh menonton aksi perlawanan tersebut menerusi siaran tertunda PKNS Selangor vs Kelantan yang dijadualkan disiarkan di TV1. Mengikut jadual TV1 siaran tertunda akan disiarkan 12 tengah malam.

Meskipun perlawanan malam ini tidak sehangat perlawanan antara Darul Takzim FC dan Pahang, namun pertemuan 2 pasukan ini tetap menjadi tumpuan, yang mana dua pemain negara yang berkelana ke Liga Portugal sebelum ini akan bertemu diatas padang.


Siapa lagi kalau bukan Nazmi Faiz dan Fakri Saarani. Selain itu, prestasi pemain import yang baru dimasukkan Kelantan, Dickson Nwakaeme turut menjadi tumpuan. Sejauh manakah dia mampu menyerlah di Liga Super kali ini ?





KEPUTUSAN SEMASA

PKNS SELANGOR      2       1     KELANTAN

#KataAmbo: Ke stadium nampak gayanya ambo kali ini..hehe
Photobucket

Gwiyomi Versi Malaysia Yang Cun


Salam,,

Semenjak kebelakangan ini ada saja video-video yang dirakamkan secara peribadi dan menjadi trending setelah di upload di YouTube ataupun di mana-mana laman sosial ada. Dalam sekelip mata saja sudah tersebar di internet. Jika sebelum ini ada tarian Gangnam Style nya, kemudian muncul pula Harlem Shake yang sah-sah terserlah bangangnya. 

Lepas itu muncul pula satu lagi video, parody lagu Sayang-Shae versi lembut. Boleh dikatakan senang-senang saja mamat yang buat video tu jadi terkenal. Senang cerita zaman sekarang, dengan kecanggihan teknologi, senang sekali untuk jadi terkenal.

Satu lagi video yang menjadi trending sekarang ini, Gwiyomi. Versi Thailand ada, versi Malaysia pun ada. Tapi memang tidak dinafikan yang versi Malaysia tu memang cun habis haha..
Gwiyomi song atau Kwiyomi song ini merupakan single dari artis k-pop, Hari yang dikeluarkan pada 18 Februari 2013. 

Pertama kali ambo tengok video-video ni semua, apabila ada seorang kenalan yang membuka video ini semasa tengah lepak-lepak sambil "meeting". Bagi yang tak pernah tengok Gwiyomi tu, hah inilah videonya.


Adoi macam-macam sekarang...

#KataAmbo: Sekali tengok macam jurubahasa isyarat berita TV1.
Photobucket

Apr 17, 2013

Highlight Gol Kelantan vs Sarawak - Piala FA 2013

Salam,,

Highlight Piala FA 2013 Kelantan vs Sarawak 16 April 2013 | Kelantan berjaya membenam Sarawak 2-0 untuk menjadikan kemenangan secara aggregat 4-1. Tahniah untuk wira-wira merah yang berjaya bangkit dari episod kekalahan kepada ATM di Kota Bharu Sabtu lalu.

Gol -gol kemenangan The Red Warriors telah dijaringkan oleh Indra Putra Mahyuddin dan Farhan Muhammad. Terbaiklah orang lama kita..!


Dengan kemenangan tersebut membolehkan Kelantan menempah slot Separuh Akhir Piala FA 2013. Lawan yang bakal ditentang nanti ialah seteru pantai timur iaitu Terengganu yang bergaya menumpaskan Negeri Sembilan 3-0.

Berikut video gol yang dijaringkan pada perlawanan tersebut: Video ehsan ASTRO ARENA 801



#KataAmbo: Masih menyala merah sang pahlawan The Red Warriors.

Photobucket

Semakan Pemilih Dan Lokasi Mengundi PRU13

Salam,,

Tarikh Pilihanraya sudah diumumkan. Calon-calon untuk bertanding bagi pilihan raya ke-13 pun ada yang sudah diuar-uarkan oleh parti yang bakal bertanding. Tapi rakyat Malaysia yang bakal turun memangkah kertas undi nanti sudah buat semakan pemilih belum?

Mungkin sudah berdaftar, tapi lokasi mengundi belum tahu. Jadi tak salah kalau buat semakan awal supaya anda tahu lokasi, peti undi mana yang akan dimasukkan kertas undi nanti. Selain itu, bolehlah kenal-kenal dan kaji selidik serba sedikit latar belakang calon wakil rakyat di tempat anda.

Ambo sudah pun semak lokasi mengundi ambo dan tak lain tak bukan sekolah rendah ambo dulu. Jadi sekarang, siapa calon yang bakal bertanding di kawasan ambo nanti sudah pun diumumkan dan tunggu lagi satu pihak untuk umumkan. Cuma yang pasti, siapa yang bakal dapat satu undi ambo itu masih dan akan terus menjadi rahsia ..In Shaa Allah..hehehe!!

Klik Banner ini untuk semakan lokasi mengundi PRU 13

#KataAmbo::Segan la plak nak turun mengundi.
Photobucket

Apr 15, 2013

Minggu yang sibuk

Salam,,


Mungkin agak poyo tajuk di atas. Tetapi itulah hakikat yang harus ambo tempuhi sebagai seorang pelajar.
Rutin hidup sebagai mahasiswa ada kalanya boleh duduk senang lenang, tetapi selalunya tak menang kaki dan tangan. Terutamanya di minggu peperiksaan atau menjelang deadline sesuatu tugasan.

Minggu ini 4 test tersusun dalam list-to-do ambo. Mungkin dulu boleh la kata..alaa test jee. Belum final lagi!!
Tapi sekarang lain ceritanya. Test ataupun assignment, itu sama penting. Luu goyang kaki, lu menyesal sampai mati.

#KataAmbo:sambung ulangkaji..hehe
posted from Bloggeroid

Nasihat Ustaz Don Sempena Pilihan Raya Umum 13

salam,,


Demam pilihanraya makin terasa apabila melihatkan deretan bendera parti-parti politik menghiasi jalan-jalan di seluruh negara. Perang psikologi antara parti-parti yang bertanding terutamanya dua parti utama Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat makin hebat. Terbaru satu lagi video yang kaw-kaw 18sx punya tersebar di internet.

Betul atau tidak individu yang didakwa sebagai pelaku dalam video itu, wallahualam. Memandangkan kita tak berapa pasti jadi serahkan pada Allah untuk tunjukkan kebenarannya.

Untuk entri ini, ambo bukan berniat untuk mengulas situasi politik tanah air ketika ini, tetapi ingin kongsikan pesanan Ustaz Don kepada seluruh rakyat Malaysia yang bakal menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.


Antara intipati pesanan Ustaz Don antaranya, jaga mulut dalam berkempen : 

Jangan gunakan mulut untuk me maki-hamun pihak lawan dan tidak sehaluan dengan kita. Jika pihak lawan salah dan kita di pihak yang betul, kenapa tidak diajak pihak yang salah ke arah perkara yang betul? Kenapa di maki-hamun.??

Kekadang kita terlebih sudu dari kuah, apabila sewenang-wenangnya menghentam dan me maki-hamun orang yang salah tanpa terlebih dahulu mengajak ke arah kebaikan. Jadi sama-sama lah kita ambil iktibar akan apa yang di perkatakan oleh Ustaz Don dalam video di atas untuk kebaikan bersama.


#KataAmbo:Sayangi mulut, yakini dapat pahala..In shaaAllah!!
Photobucket

Apr 14, 2013

ATM Calar Rekod Kebal Kelantan Di Kota Bharu

salam,,

Kekebalan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV ternyata langsung tidak menggentarkan pasukan ATM yang turun beraksi penuh semangat untuk mencatat kemenangan 3-1 keatas Kelantan dalam pusingan kedua kempen Liga Super 2013 semalam (13 April 2013).

Dengan tewasnya Kelantan kepada ATM 1-3 semalam, bermakna rekod tanpa kalah untuk dua musim berturut-turut lebur sama sekali. Uihhh terasa macam kalah final!


Ternyata pasukan ATM yang beraksi dengan penuh bertenaga selepas rehat panjang dan ditambah strategi mantap B Sathianathan, memanfaatkan kelemahan pertahanan Kelantan yang turun tanpa tonggak pertahanan Obinna Nwaneri dan ditambah kepenatan mengharungi jadual perlawanan yang padat. Apa-apapu itu bukan alasan!

Kemasukan dua tonggak baru, Dickson Nwakaeme dan Fakri Saarani masih belum cukup membantu jentera depan Kelantan merobek benteng ATM. Belum cukup panas barangkali. Tetapi yang ambo nampak, corak permainan 'long ball' jelas menunjukkan Kelantan terlalu mengharapkan Dickson semata-mata.

Selain itu, kerapuhan benteng pertahanan Kelantan tanpa Obinna, seakan-akan memberikan bayangan, kemungkinan besar untuk Obinna didaftarkan bersama Dickson untuk kuota pemain import Kelantan dalam saingan Liga Super 2013 ketika pintu perpindahan dibuka April ini.

Nantikanlah saja keputusan muktamad dari pihak pengurusan Kelantan nanti.

#KataAmbo::Macam tak biasa kalah..relakkss laa!Sep kito jange pecoh!

Photobucket

Apr 12, 2013

Segmen 24 Jam by Emas Putih

Salam,

Kesempatan menghirup udara segar tapi sedikit panas di Shah Alam ini, ambo ingin sertai satu segmen yang dikelolai oleh blogger Emas Putih. Dengan tajuk "Segmen 24 Jam by Emas Putih" jadi masih ada masa lagi untuk mana-mana blogger yang ingin turut serta.


Klik banner di atas untuk ke blog Emas Putih.

#KataAmbo: kepala dan jiwa tak cukup synchronize.

Photobucket

Benarkah Undi Kita Dapat Dikesan?

salam,,

Kebanyakan dari kita rakyat Malaysia mungkin telah banyak kali turun mengundi. Namun adakah mereka benar-benar tahu apakah hak-hak mereka sebagai pengundi yang bertanggungjawab menentukan kepimpinan masa depan negara? Dan undi anda adalah rahsia dan tidak boleh diketahui oleh mana-mana pihak.


Kekadang pergi tempat mengundi, cek nama, pangkah dan masukkan kertas undi ke dalam peti undi dan balik tunggu keputusan malam nanti. Itulah rutin setiap 5 tahun sekali. 

Adakah anda benar-benar pasti,  undi kita yang kita pangkah yang dikatakan sebagai rahsia, boleh diketahui oleh pihak lain? Dulu ambo pernah dengar orang yang lebih tua bersembang-sembang mengatakan undi kita sebenarnya boleh diketahui oleh pihak lain. Kiranya, di pihak yang manakah kita mengundi dapat dikesan. 

Jika pengundi, kakitangan kerajaan terutamanya, memangkah di pihak yang membangkang, silap hari bulan kena tukar tempat bekerja. Paling tidak dihantar jauh dari kampung halaman. Sejauh mana kebenarannya ambo tidak pasti. Ambo sekadar melontarkan persoalan untuk difikirkan bersama.

Berikut ada satu video yang cukup kreatif, yang memberikan gambaran ketika di dalam bilik mengundi. Di mana ditunjukkan bagaimana kebarangkalian untuk pihak tidak bertanggungjawab cuba untuk mengetahui undi kita. 


Untuk pengundi yang pertama kali turun mengundi sempena PRU 13 nanti, pastinya boleh menjadikan video ini sebagai panduan. Tahniah untuk pihak yang menghasilkan video kreatif ini. Good Job Broo!!

#KataAmbo:Banyak pulak video 18sx yang keluar dekat-dekat pru ni.
Photobucket

Apr 10, 2013

Video Ketua Tingkatan Dibelasah Lan Todak Jr

salam,,

Ini satu lagi video yang menjadi trending dan disebarkan secara meluas di internet. Serius macam haram budak-budak dalam video ini membelasah seorang ketua tingkatan. Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah di Seberang Prai Pulau Pinang.

Tidak cukup dengan penyebaran video, segala maklumat peribadi pembuli turut disebarkan seperti link Facebook, Instagram, Twitter serta Blog. Tidak cukup dengan itu, penggodam top Malaysia, Rilekscrew turut menggodam Facebook milik salah seorang pembuli..haha! Ini kes serius.

Sah-sah terkencing budak-budak hingusan itu bila buka facebook penuh dengan muka masing-masing.


Melihat kepada aksi dalam video, sah-sah budak-budak ni terpengaruh dengan pembawaan filem Juvana 2. Ambo tertanya-tanya, bagaimana dengan susuk tubuh si pembuli yang kurus keding serta tak cukup zat itu boleh jadi pembuli. 

Kejadian gaduh dan buli bukan perkara baru di Malaysia. Sebelum ini pun pernah timbul isu ini malah menyebabkan kematian, cumanya tidak di rekodkan secara visual. Jadi masyarakat tidak mendapat gambaran bagaimana kes buli dan gaduh berlaku di sekolah.

Persoalannya mungkinkah penyebaran video ini dapat menimbulkan keprihatinan pihak berwajib untuk melakukan sesuatu tindakan untuk membendungnya.

#KataAmbo::Gangster sekolah zaman sekarang makin kurus erkk!!
Photobucket

Siaran Tertunda Kelantan vs Da Nang di TV9 | Piala AFC 10 April 2013

Salam,,

Siaran Tertunda Kelantan vs Da Nang Piala AFC 10 April 2013 | Rasanya tentu ramai yang terlepas perlawanan Kelantan vs Da Nang bagi perlawanan kumpulan G pusingan kedua yang berlangsung di  Stadium Chi Lang Vietnam 10 April 2013 jam 5.30 pm (waktu Malaysia).


Mungkin ada yang sudah mengetahui keputusan penuh yang mana Kelantan membenam cabaran Da Nang 1-0. Tapi untuk menonton aksi sebenar, peminat-peminat The Red Warriors boleh mengikutinya menerusi siaran tertunda di TV9 pada jam 10.45 pm 10 April.

Dalam perlawanan tadi, jaringan tunggal Kelantan telah dijaringkan oleh pemain import Dickson Nwakaeme. Jaringan dari Dickson bukan sahaja membantu Kelantan mengukuhkan kedudukan ditangga teratas kumpulan G namun turut mencerahkan peluang Dickson untuk diserapkan ke dalam saingan Liga Super apabila pintu perpindahan dibuka April ini.


Link Siaran Tertunda Da Nang vs Kelantan 10 April 2013
Link 1

#KataAmbo::Menggigil meredah kesejukan hujan.
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...