Mar 9, 2013

Keputusan Penuh Liga Super 2013 Lions XII vs Kelantan

salam,,

Keputusan Penuh Liga Super 2013 ( 9 Mac 2013)- Lions XII vs Kelantan | Lions XII mengekalkan rekod bersih ditempat sendiri di Stadium Jalan Besar apabila membenam Kelantan 1-0 menerusi jaringan Shahfiq Ghani pada minit ke-87.

Kelekaan benteng pertahanan pada minit-minit akhir permainan, ternyata mengundang padah kepada Kelantan. Sementara itu, ini kekalahan yang ketiga bagi The Red Warriors untuk musim ini. Tenyata skuad juara treble musim 2012 yang lalu kurang umphh!! musim ini.

Mana silapnya? Tan Sri Anuar Musa sendiri ternyata kecewa dengan persembahan oleh pasukan Kelantan.

"Sangat mengecewakan tengok (prestasi) The Red Warriors malam ini, tak tahu apa nak kata" - keluhan ringkas dari Tan Sri Annuar Musa.

Harapnya, sebaik pintu perpindahan dibuka April nanti, barisan kejurulatihan Kelantan perlu melakukan rombakan pasukan dengan cukup teliti agar tidak berlaku lagi kesilapan dalam pemilihan pemain. 

#KataAmbo::Fuhh..kecewa tapi..selamanya The Red Warrior.

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...