Mar 30, 2013

Habiskan Kepingan Terakhir Baucer Buku Di MPH

salam,,

Sekali lagi ambo berdepan kesukaran untuk menghabiskan Baucer Buku 1Malaysia. Seperti tahun-tahun sebelum ini, bukan suatu yang mudah untuk membuat keputusan mengenai apa yang patut dibeli. Lebih-lebih lagi kedai buku seperti MPH dan Popular menetapkan syarat hanya buku-buku ilmiah saja yang boleh dibeli dengan baucer.

Selain itu, pembelian alat tulis menggunakan baucer turut dihadkan dengan nisbah 20%-50% sahaja. Selebihnya mesti beli buku yang ilmiah. Dari 5 keping (RM 250) baucer yang ambo dapat, 3 keping ( RM 150) pertama telah digunakan untuk pembelian alat tulis, bahan pembelajaran yang lain, cooler fan laptop pun ambo rembat, papan notis, fail-fail dan lain-lain lagi.

Tapi untuk baki 2 keping terakhir (RM100) itulah yang betul-betul digunakan untuk membeli buku. Meskipun belum tentu dibaca, sekurang-kurangnya ada benda yang masih boleh disimpan untuk jangka masa yang lama.

Dan selama 2 jam telah ambo habiskan di MPH@Aeon Jusco Bukit Raja Klang untuk mencari buku-buku yang berpotensi besar untuk ambo baca. Dari satu rak ke rak yang lain, kemudian kembali ke rak yang sama dan hasilnya yang ambo dapat adalah seperti berikut :

Buku ini ambo pilih kerana ia dinukilkan oleh Prof Dr Maza. Ambo amat mengagumi pandangan yang diutarakan beliau dalam apa-apa isu yang diketengahkan. Cukup kritis dan mendalam. Siri ceramah beliau pun amat menarik untuk diikuti.

Ini pula buku karya Hilal Asyraf. Seorang penulis yang hebat. Ambo mengenali penulis ini menerusi Page Facebook beliau dan website beliau Langit ilahi.

Penulis ambo tak kenal. Tapi nama Al-Atas itu macam familiar. Ambo pilih buku ini sebab kandungan  yang menarik. Pengajaran yang disampaikan menerusi penceritaan.

Ambo pilih buku ini untuk memotivasikan lagi diri sendiri untuk bangun solat subuh.  Banyak kelebihan solat Subuh yang tidak diketahui Umat Islam.

Inilah buku pertama yang menarik perhatian ambo saat memasuki MPH. Pertama kali melihat isi kandunganya terus ambo nekad untuk pilih buku ini sebab nak baca lebih lanjut kandungannya. Agak kontroversi kan?? Berdasarkan pengenalan penulis, ini karya ahli UmnoBahagian Wangsa Maju.
Satu lagi buku yang ambo tidak sertakan gambarnya, Rahsia Nikmatnya Solat. Buku ini pun ambo pilih untuk memotivasikan diri sendiri untuk jadi umat Islam lebih baik.

Mungkin tidak habis baca dalam masa terdekat. Mungkin juga akan terbiar di rak begitu saja. Tapi sekurang-kurangnya ada koleksi buku-buku ilmiah.

#KataAmbo:Buku yang beli pakai baucer tahun lepas pun belum habis baca.
Photobucket

6 comments:

  1. alhamdulillah..buku2 ilmiah semua ya..moga dimanfaatkan dengan sebaiknyer..

    ReplyDelete
  2. Jom exchange link bloglist. sy da add link anda ke bloglist sya. Blogaul/

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. haha..tajuk pun dah memberi impak utk menarik org mmbacanya!!

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...