Nov 30, 2012

Kontest Kalender 2013 Eksklusif HazwanHairy | Box Creatif

Salam,,


Serius tak tipu ambo teringinkan kalender 2013 eksklusif yang free dari blog Hazwanhairy.com


Rasa bosan yang betul-betul bosan membuatkan ambo terfikir akan masa depan yang kelam-kelam kelabu.
Diam tak diam tahun 2012 yang kacak sudah semakin sampai ke penghujung. Dah nak masuk 2013..aissehh!! Bila sebut tahun baru 2013 tak lengkap rasanya jika tiada kalender baru.



Selalunya, sebagaimana tahun-tahun terdahulu ambo dapat kalender free jika beli apa-apa barang. Kebiasaanya beli perabot, beli kasut, beli alat-alat elektrik ataupun pergi pasar raya dapatlah kalender baru. Beli sendiri kat Popular mahupun MPH atau mana-mana kedai buku memang tunggu musang berbulu ayam memang tak akan beli punya.

Jadi, peluang untuk dapatkan kalender percuma terhidang depan mata. Blogger Hazwan Hairy anjurkan kontest untuk para blogger dapatkan kalender 2013 yang eksklusif dari beliau.Rugi tak join lebih-lebih lagi mabo ni jenis yang tak berapa disiplin, malas dan pelupa.. Jadi amat-amat perlukan kalender eksklusif Hazwan Hairy.

Teringin nak join bolehlah klik banner diatas. Syarat simple, tanpa perlu buat karangan berjela. Tapi ambo terasa terlebih teruja, jadi entri penyertaan ambo panjang berjela macam teks ucapan PM.


#notaBuruk::manalah semangat aku tercicir??
Photobucket

[video] Tragis Akibat "prank" Kurang Ajar

Salam,,

Bergurau senda memang seronok, lebih-lebih lagi dapat mengenakan orang. Kebiasaannya orang sebut "prank". Bergurau tahap gila kentang. Tanpa memikirkan akibat dari sesuatu gurauan yang keterlaluan itu.



Kalau ada yang rasa ada perancangan nak kenakan ahli keluarga kononnya nak buat suprise, kenakan kawan-kawan atau siapa-siapa saja yang dirasakan perlu..fikirkan sekali lagi!!

#notaBuruk::mana semangat ambo tercicir..waduhh.waduhh!!

Photobucket

Nov 28, 2012

Live Streaming AFF Suzuki Cup 2012 - Malaysia vs Laos

Salam,,


Live streaming Piala AFF Suzuki 2012 Malaysia vs Laos 28 November 2012 | Perlawanan kedua peringkat kumpulan Malaysia vs Laos bagi saingan Piala AFF Suzuki 2012 pada 28 november 2012 pastinya dinanti-nantikan oleh seluruh penyokong Malaysia.

Adakah mampu skuad kebangsaan pimpinan K. Rajagopal bangkit setelah di baham Singapura 0-3 tempoh hari? Tiada jalan lain untuk barisan pemain Harimau Malaya selain menang, menang dan menang.

Bagi yang ingin menonton perlawanan tersebut pada jam 8:45 pm menerusi live streaming boleh memilih antara link yang tersedia dibawah.


#notaBuruk::Dilema mencari kerja part time.

Photobucket

Nov 27, 2012

Harapan Tragedi AFF Suzuki Cup Berulang

Salam,,


Semua orang pastinya lebih mengharapkan sejarah yang hebat akan berulang berbanding cuba mencipta satu sejarah baru yang lebih hebat.

Begitu lah agaknya harapan seluruh peminat bola sepak Malaysia, yang mengharapkan skuad kebangsaan dapat sekali lagi menjulang Piala AFF Suzuki 2012 dengan skrip yang sama.

sumber gambar


Tragedi AFF Suzuki Cup 2010:: 

#Malaysia dibelasah 5-1 oleh Indonesia tetapi bangkit muncul juara ..

#Laos hampir mengejutkan Thailand pada perlawanan pertama peringkat kumpulan tetapi gol last minute menghampakan pasukan Laos apabila seri 2-2 ..

Tragedi AFF Suzuki Cup 2012 :

#Malaysia dibelasah Singapura 3-0 dan mungkin akan bangkit muncul juara ..

#Laos hampir mengejutkan Indonesia pada perlawanan pertama peringkat kumpulan tetapi gol last minute menghampakan pasukan Laos apabila seri 2-2 ..

Apa-apapun teori dan pandangan yang diberi, hanya kemenangan yang diinginkan semua. Lebih-lebih lagi skuad Rajagopal sendiri. Mungkin eksperimen beliau sudah menemui formula yang terbaik untuk untuk menterjemahkan aksi yang hebat dan kemenangan pun tercipta.


#notaBuruk::kumpul duit lagi nak beli jersi Harimau Malaya.

Photobucket

Sorakan Mentaliti Kelas ke-3 Ultras Malaya

Salam,,

Perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF 2012 semalam bukan hanya keputusan pasukan Malaysia kalah 0-3 saja yang kedengaran tetapi sorakan Ultras Malaya yang dikatakan berunsur negatif pun turut menjadi topik dan perkongsian ramai.

ultras malaya, harimau malaya, chant ultras malaya


Dulu ambo kagum dengan semangat team ultras malaya. Teguh bersorak, dan memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan meskipun ketinggalan dan diambang kekalahan.

Seingat ambo Ultras Malaya ni muncul ketika Malaysia menjadi tuan rumah Piala Asia 2007. Bermula dari situ pengaruh ultras menular ke negeri-negeri di Malaysia seperti Ultras Kelate (Kelantan) , Silver State Ultras (Perak), UltraSel (Selangor)..sekadar menyebut beberapa contoh.

Kemunculan kumpulan penyokong tegar a.k.a ultras di Malaysia boleh dikatakan telah membangkitkan gelombang kedua penyokong tegar bola sepak Malaysia.

Ambo sendiri pun pernah berdiri di belakang..tapi tidak masuk ke dalam crowd Ultras Kelate. Ternyata semangat, fanatik dan inisiatif yang dilakukan oleh mereka cukup hebat. Sehinggakan ada yang berkata, "Jangan sembang pasal jiwa bola sepak dengan orang ultras".

Kumpulan-kumpulan ultras ini , yang ambo tahu bergerak secara sendiri dan segala perbelanjaan adalah duit poket sendiri. Jadi tak dapat dinafikan disini, ultras telah berjaya mewujudkan suasana perlawanan bola sepak yang meriah, meskipun perlawanan atas padang kekadang macam hampeh.

Tapi yang tidak menariknya, semalam ketika perlawanan Malaysia vs Singapura kedengaran sorakan yang menganggu gegendang telinga segelintir penonton. Sorakan a.k.a chant yang berunsur negatif yang berbunyi......ahhhh tontonlah video itu dengan mata dan telinga sendiri.


Pesan ambo ultras Malaya perlu tonjolkan nilai yang lebih positif kerana sorakan mereka turut dinilai masyarakat luar, selain aksi pemain kebangsaan di atas padang.

#notaBuruk::Aksi atas padang dah ke laut, luar padang pula mengarut..Seluruh dunia menilai mentaliti rakyat Malaysia.

Photobucket

Nov 25, 2012

Live Streaming Malaysia vs Singapura Piala AFF 2012

Salam,,



Live Streaming Piala AFF Suzuki 2012 Malaysia vs Singapura 25 November 2012 | Aksi sebenar Piala AFF Suzuki 2012 melibatkan skuad kebangsaan semakin hampir. Tentunya ramai yang ternanti-nantikan kelibat skuad bimbingan K.Rajagopal turun beraksi dalam perlawanan pertama.

piala aff suzuki, aff suzuki 2012, malaysia vs singapura
Malaysia vs Singapura
8:45 mlm 

Mahu atau tidak, ambo terpaksa menyaksikan perlawanan tersebut menerusi live streaming. Harapkan iptv unifi, memang sakit jiwa. Masih belum dapat connect. Peminat dan penyokong Harimau Malaya jangan lupa melekat di kaca tv ataupun di skrin komputer anda untuk saksikansecara langsung perlawanan pertama peringkat kumpulan A, Malaysia vs Singapura pada jam 8:45 malam ini.

Link live streaming untuk manfaat bersama::


Untuk siaran tertunda sila ke Link 3.

#notaBuruk::Sapa makan sapa malam ni..?Harimau makan singa @ Singa gigit harimau.

Photobucket

Keputusan Terkini Piala AFF Suzuki 2012- Kumpulan A

Salam,,


Saingan peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2012 telah pun bermula. Permulaan yang langkah kanan untuk tuan rumah kumpulan A, Thailand apabila menewaskan pasukan Filipina sebuah pasukan yang dikhabarkan semakin mantap dengan pemain-pemain naturalisasinya.



Vietnam yang dijangka bakal mengiringi Thailand untuk melepasi saingan kumpulan A bagaimanapun diikat Myammar 1-1. Bagaimana pula agaknya jangkaan untuk kumpulan B yang melibatkan Malaysia vs Singapura.

Ambo berasa cukup teruja dan berdebar menantikan aksi pasukan Harimau Malaya beraksi. Keputusan persahabatan yang kurang memuaskan dan amat menyedihkan bagi sesetengah pengkritik sukan, yang dicatatkan oleh skuad kebangsaan pastinya mahu dilupakan.

Meskipun banyak kutukan yang dihamburkan, ambo masih dengan prinsip Selamanya..selamanya..selamanya Harimau Malaya!! Cuma harapnya, K.Rajagopal tidak lagi dengan "keterujaanya" bereksperimen.


#notaBuruk::Manalah technician unifi tak call lagi untuk repair iptv..Ambo nak tengok Piala AFF nih.

Photobucket

Nov 24, 2012

Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com

Salam,,


Petang Sabtu yang agak mengusarkan. Banyak perkara ambo terlepas, dan banyak perancangan di hari Sabtu terbantut.

Untuk menghilangkan kegusaran, ambo ingin sertai segmen Follow & Blogwalking anjuran blogger Mialiana menerusi blog Mialiana.com. Boleh dikatakan MiaLiana bukan calang-calang blogger kerana mempunyai ramai pengikut. 

Follower Mialiana.com

Apa Yang Ambo Suka Pada Blog Mialiana.com ??

Perkara yang membuatkan ambo singgah di blog Mialiana adalah tips-tips menjadi pelajar cemerlang seperti bagaimana membahagikan masa antara pelajaran dan aktiviti lain-lain. Dan yang paling penting sikap sedia membantu. Tak percaya tanya apa saja kemusykilan anda pada beliau pasti dijawab. Ambo masih ingat lagi soalan yang ambo tanya Mia dulu, bagaimana nak dapatkan iklan adsense. Tapi kesuntukan masa membantutkan niat ambo untuk mencuba tips yang diberi.

Selain itu, penampilan blog ini banyak menjadi inspirasi untuk blog ambo terutamanya header dan tagline yang ditonjolkan. Sampaikan bila ingat Smile..Smile..Smile pasti ingat Mialiana.com.^_^


Follower Blog Ambo - Badstoryteller

Cerita panjang pun tak ada guna jugak. Jadi untuk kenal lebih lanjut dengan blog Mialiana.com atau ingin sertai segmen yang dianjurkan klik banner dibawah..


#notaBuruk::Permulaan hari yang cemerlang bermula awal pagi.

Photobucket

Jadual Penuh Piala AFF Suzuki 2012

Salam,,
Saingan Piala Aff Suzuki 2012 akan bermula hari ini 24 November 2012, dimana kumpulan A akan memulakan saingan terlebih dahulu. Perlawanan kumpulan A kesemuanya akan berlangsung di Thailand.

Manakala keesokannya 25 november 2012, saingan kumpulan B yang melibatkan pasukan Malaysia akan bermula. Bagi kumpulan B Malaysia akan bertindak selaku tuan rumah. Skuad kebangsaan akan memulakan saingan esok dengan menentang seteru zaman-berzaman, Singapura.

Berikut ambo kongsikan jadual penuh saingan Piala AFF Suzuki 2012::

<<Perlawanan Pertama>>
piala aff suzuki, suzuki cup 2012, jadual aff 2012

 <<Perlawanan Kedua>>
piala aff 2012, jadual suzuki cup, live suzuki cup 2012

<<Perlawanan Ketiga>>

<<Separuh Akhir>>
live suzuki cup 2012, aff suzuki cup


<<Akhir>>
suzuki cup 2012, aff suzuki cup, jadual aff, live aff suzuki 2012


#notaBuruk::Tiket mahal. Ke kedai mamak jugak nampak gayanya.


Photobucket

Nov 23, 2012

Majlis Kahwin Khairul Fahmi Dan Leuniey -Ditaja RM 300 Ribu

Salam,,

khairul fahmi, leuniey, apek, penjaga gol kebangsaan

Khairul Fahmi Che Mat,23, bakal mengahwini buah hati pengarang jantungnya, Nur Eilunie Natasya Nazri, 21, a.k.a Leuniey pada 28 Disember 2012 ini. Setelah mengharungi pelbagai gosip liar, akhirnya kawen jugok mung apek..hahhaha!

Yang menariknya majlis perkahwinan mereka bakal mendapat tajaan berjumlah RM 300, 000. Tuah ayam nampak dikaki tapi tuah Khairul Fahmi a.k.a Apek, Tuhan saja yang tahu.

Perkahwinan Apek dan Leuniey bakal dilangsungkan dengan gilang-gemilang dalam 4 majlis yang berbeza.

28 Disember 2012 - Upacara akad nikah bakal diadakan di rumah Leuniey, di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan
30 Disember 2012 - Majlis resepsi sebelah pihak pengantin perempuan, yang akan dilangsungkan di Hotel Renaissance, Kota Bharu yang berkonsepkan Melayu Kontemporari.
5 Januari 2013 - Majlis resepsi bagi pihak pengantin lelaki, yang bakal berlangsung di kampung halaman Apek di Kampung Cherang, Kota Bharu. Konsep majlis tersebut ialah Ala Kampung.
13 Januari 2013 - Majlis resepsi kedua bagi sebelah pihak penganti lelaki yang bakal berlangsung di Hotel The Royale Bintang Kuala Lumpur yang bertemakan Gaya Inggeris.

Dalam sidang media pengumuman perkahwinan, Apek memaklumkan, pihaknya telah menerima penajaan lebih RM 300,000..woww!

Lebih menarik, untuk anda yang ingin menyaksikan majlis perkahwinan Apek & Leuniey, pihak Astro menerusi Astro Ria bakal menyiarkan ::

5 Januari 2013 (9 malam) - Akad Nikah Khairul Fahmi & Leuniey
15 Januari 2013 (9 malam) - Walimatulurus  Khairul Fahmi & Leuniey (bahagian I)
20 Januari 2013 (9 malam) - Walimatulurus  Khairul Fahmi & Leuniey (bahagian II)

Selain itu, Era.FM pula bertindaksebagai stesen radio rasmi persandingan Khairul Fahmi & Leuniey di Hotel The Royale Bintang KL.
Manakala radio nombor satu di Pantai Timur, THR Gegar akan menyiarkan persandingan Khairul Fahmi & Leuniey di Kelantan.

Berminat untuk mendapatkan undangan ke majlis perkahwinan Khairul Fahmi & Leuniey??
Dengarkan kedua-dua stesen radio berkenaan yang akan mengadakan kempen istimewa.

#notaBuruk::Belanja kahwin pun dah ditaja, jadi bolehlah Apek fokus pada AFF suzuki cup 2012. 

Photobucket

Nov 22, 2012

Kandungan Perjanjian Gencatan Senjata Gaza 2012

Salam,,


Alhamdulillah, 22 November 2012 merupakan momen mengembirakan untuk penduduk Gaza, Palestin apabila telah termeterai gencatan senjata. Israel a.k.a zionis laknatullah bersetuju untuk menandatangani perjanjian gencatan senjata walaupun pada awalnya enggan berbuat demikian. Satu kemenangan untuk rakyat Gaza dan para pejuang Hamas.

Perjanjian gencatan senjata yang telah dipersetujui oleh Israel dan Palestin ini bermula semalam akan di uji selama 24-72 jam.

Sebab utama penangguhan pengumuman gencatan senjata sejak 3 hari lalu kerana syarat melepaskan sekatan keatas Semenanjung Gaza

Sumber juga menyebut bahawa kerajaan Palestin bersetuju apabila Presiden Mesir menjadi penjamin supaya perjanjian gencatan senjata ini berlaku.

Mesir berjanji akan membuka sepenuhnya sekatan terhadap Gaza walaupun Israel tidak menandatangani kertas perjanjian tersebut.

Persetujan terhasil apabila Israel bersetuju dengan menjadikan Mesir sebagai orang tengah dengan syarat hentikan penyeludupan senjata.

Isi perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui:

1 - Israel akan menghentikan semua bentuk permusuhan dan tindakan ketenteraan di Semenanjung Gaza melalui darat, laut dan udara termasuk pencerobohan dan orang-orang yang disasarkan.

2 - Puak-puak Palestin untuk menghentikan semua operasi dari Semenanjung Gaza ke arah sebelah Israel, termasuk tembakan roket dan serangan ke atas garis sempadan.

3 - Pembukaan sempadan dan memudahkan pergerakan orang dan barangan dan tidak menyekat pergerakan orang atau orang yang disasarkan di kawasan sempadan berkuat kuasa selepas 24 jam berlakunya Perjanjian.

4 - Akan membincangkan apa-apa isu-isu lain jika diperlukan.

Mekanisma pelaksanaan perjanjian gencatan senjata:

1 - menentukan jam sifar untuk persefahaman gencatan senjata yang ditandatangani berkuat kuasa.

2- Mesir menjadi rujukan dan waranti setiap pihak untuk mematuhi apa yang telah dipersetujui.

3 - Komitmen setiap pihak tidak menjalankan apa-apa tindakan yang melanggar perjanjian ini, dan sekiranya terdapat sebarang tindakan yang merujuk kepada perjanjian ini Mesir menjadi rujukan susulan ke atas perjanjian itu.





sumber: aman palestin

#notaBuruk::Alhamdulillah. Kerajaan Palestin isytihar 22 november 2012 cuti umum dan hari kebangsaan

Photobucket

Nov 21, 2012

Senarai Pemain Bola Sepak Kelantan FA 2013

Beikut senarai barisan pemain Kelantan 2013 yang diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Tinggal 2 posisi lagi yang masih belum di isi termasuk seorang pemain import.

kelantan fa, the red warriors
Susunan berdasarkan nombor jersi yang akan dipakai oleh pemain. Senarai pemain tersebut adalah termasuk untuk saingan Piala AFC 2013.

#2012 Tahunku Yang Kacak Contest

1. Mohd Shahrizan Ismail
2. Azizi Matt Rose
3. K. Nandakumar.....( dari Perak FA)
4. Obinna Nwaneri
5. Nik Mohd Shahrul Azim
6. Mohd Farisham Ismail
7. Zairo Anuar Zalani....(dari T-Team)
8. Mohd Shakir Shaari
9. ???belum diumumkan lagi.... (rahsia)
10. Mohd Nor Farhan Muhammad
11. Mohammad Abdul Aziz Ismail
12. Muhd Izuan Salahuddin......(dari Harimau Muda)
13. Mohd Faiz Subri....(dari T-Team)
14. Mohd Zamri Ramli
15. Mohd Daudsu Jamaluddin
16. Mohd Badri Mohd Radzi
17. Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid
18. Khairul Izuan Rosli
19. Khairul Fahmi Che Mat
20. Keita Mandjou (import)
21. Norhadi Ubaidillah
22. Tuan Muhd Faim
23. Indra Putra Mahayuddin
24. Zairul Fitree Ishak
25. Mohd Aris Zaidi
26. ???belum diumumkan lagi....(import)
27. Mijo Dadic (import)
28. S.Subramaniam (cedera)
29. Okine (import)
30. Antwi (import)



#notaBuruk::Bila bermula dari bawah tak terasa panik bila ada yang beralih arah
Photobucket

[video] Rakaman Serangan Rejim Zionis Keatas Gaza


Kezaliman Zionis ke atas penduduk Gaza masih belum redha dan menemui penghujungnya. Mungkin ada yang masih samar-samar akan gambaran sebenar di Gaza. Begitu juga dengan ambo. Diharap paparan video dibawah mampu membuka mata dan hati kita semua, betapa rakyat Gaza memerlukan bantuan dari seluruh dunia. Dari sokongan moral, keperluan-keperluan lain.

Tak dapat beri sumbangan tenaga ke sana mahupun wang ringgit, paling tidak pun sampaikan doa ataupun apa-apa bantuan lain. Biar kecil pada pandangan mata kasar sumbangan yang di hulut, tetapi besar ertinya bagi penduduk Gaza dan pada penilaian Allah S.W.T




#notaBuruk:: muhasabah diri akan sejauh mana mensyukuri nikmat yang diberi.

Photobucket

Nov 18, 2012

Jadual Latihan Tentera Artis K-Pop

Salam,,

Sebelum timbul apa-apa spekulasi, ambo nyatakan disini ambo bukan kaki k-pop. Masih belum sampai peringkat kritikal teruja update status mengenai artis k-pop.

Tapi di sini ingin kongsikan jadual latihan harian seorang artis k-pop Park Jungsoo dalam kem tentera. Info ini dipetik dari status Facebook seorang kenalan. Manalah tahu kalau-kalau ada yang tercari gaya hidup yang teratur dan berdisiplin ala-ala k-pop.

[6:30-6:55] Wake up, preparation for sign in

[6:55-7:30] Sign in and morning warm up/endurance training

[7:30-7:50] wash face and clean up

[7:50-8:40] Breakfast

[8:40-9:10] Preparing to leave

[9:10-16:50] Formal Training

[16:50-18:00] Return and endurance training

[18:00-19:00] Dinner

[19:00- 20:10] Alone time

[20:10- 20:50] Evening training

[20:50- 21:30] preparation for sign out & taking care of self classes

[21:30-22:00] Sign out


#notaBuruk::Dalam banyak-banyak pop..lolipop jugak yang terbaik

Photobucket

Pierre Andre Akui Dalami Ilmu Agama

Salam,,

Gambar Pierre Andre @ mohd Pierre yang kini mendalami ilmu agama dengan menyertai kumpulan tabligh.
pierre andre, mohd pierre, tabligh, artis, pelakon

"Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah," katanya pelakon juga pengarah muda Pierre Andre ketika membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.

Jumaat lalu, bertitik tolak dari Anugerah Skrin 2012 di tv3, ucapan Pierre yang juga anak kepada pelakon Khatijah Tan, di saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad menggetarkan banyak jiwa di atas pentas acara yang disaksikan lebih empat juta penonton.
Bermacam persoalan dan andaian juga di buat ekoran perubahan yang beliau tampilkan.

Ketika menghuraikan mesej ucapan yang ingin disampaikan, kata Pierre:
"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta dia kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka , dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya,” katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.

Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan dengan mengikuti kumpulan tabligh.

“Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya ‘kosong.’ Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.

“Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya,” katanya menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.

Ikuti perbualan lanjut Sensasi Bintang dengan Pierre Andre di sini.

Alhamdulillah dan tahniah untuk Pierre. Dengan pengaruh selebriti, dengan izin Allah akan ramai yang akan ingin ikuti jejak beliau. Mungkin ini juga Sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi masyarakat  terhadap gerakan tabligh. Tahniah Pierre atas anugerah terhebat..nikmat iman.



#notaBuruk:: Banyak kelibat kumpulan tabligh sekitar Shah Alam ni.

Photobucket

Doa Qunut Nazilah Untuk Palestin

Salam,,

Sekadar berkongsi Doa Qunut Nazilah. Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

qunut nazilah, doa

Panduan Qunut Nazilah

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardu; Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari ruku' untuk 'ltidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk 'ltidal. Terdapat 3 cara untuk membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu cara berikut:
  1. Membaca doa qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat subuh.
  2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang dilampirkan.
  3. Membaca doa Qunut Subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah.


#notaBuruk::Pakat-pakat kongsi. Ambo pun baru nak cuba baca dan ingat.

Photobucket

Nov 17, 2012

2012 Tahunku Yang Kacak

Salam,,

2012 Tahunku Yang Kacak??

Tahun 2012 hampir ke penghujung. Badstoryteller nak join contest SEO Extravaganza 2012 Tahunku Yang Kacak! Mimpi ke apa ? Untuk makluman semua, contest anjuran Syaifuddin Alias ini akan menilai kekuatan seo sesuatu blog yang semuanya mengunakan keyword yang sama sebagai tajuk serta kreativiti entri yang dihasilkan.

Ok. Berbalik kepada 2012 Tahunku Yang Kacak pula. Banyak kriteria yang menjadikan 2012 sebagai tahun kacak ambo.

2012 Tahunku Yang Kacak Sebagai Pelajar Sepenuh Masa.


Penggal pertama 2012 terlalu banyak dugaan dan tekanan hidup sebagai pelajar yang menjadikan ambo kacak.  Laptop rosak tapi masih buat-buat tenang, sedangkan jiwa krukkk..krekkk..krookkk remuk dan hancur luluh.

Tapi alhamdulillah, mader & pader dan kaum kerabat yang selalu ambo menyusahkan mereka, gantikan yang baru. Jadi dapatlah laptop baru..Laptop untuk student nak buat tugasan universiti [ kononnya ].

Kacaknya 2012 tidak berhenti setakat itu saja. Selain berstatus pelajar sepenuh masa, ambo turut berkerja separuh masa sebagai CSE ( Customer Service Employee ) di Call Service Center Dominos Pizza untuk menambahkan duit poket dan kelihatan lebih kacak di tahun 2012.

Penggal kedua 2012 yang baru bermula dengan lebih kacak. Menjadi sebahagian penganjur acara untuk pelajar baru kejuruteraan cukup menguji kewibawaan. Bersengkang mata sampai lebam mata tak cukup tidur. Bukan setakat itu saja, tahun 2012 juga ambo berpeluang kembali aktif bersukan,.[..elehh baru berapa kali turun main ].

Dan yang lebih penting, semangat untuk terus berjuang dalam menuntut ilmu kembali bernafas. Belajar bersungguh-sungguh, graduate awal-awal, kerja kaw-kaw, hantar mader & pader pergi Mekah pastu minta tolong doakan ambo mudah dapat jodoh..wahhh menggunung kinabalu harapan.weeeiii!!


Senang cerita banyak nawaitu yang tertangguh bertahun-tahun, akhirnya terlaksana tahun ini. Dan InsyaAllah lagi 3 semester selaku pemegang status pelajar sepenuh masa. Moga dipermudahkan Yang Maha Esa..amiin!


2012 Tahunku Yang Kacak Sebagai Blogger Suku Masa



Sebelum tekad untuk sertai contest ini, sebenanya sudah lama, singgah di blog Spuddin.com ini untuk memerhatikan perkembangan contest anjuran beliau. Tapi segan silu untuk sertai kerana sukar menerima hakikat 2012 tahunku yang kacak.

Sebagai blogger [segan nak membahaskan diri ini blogger sebenarnya] 2012 bagai mendatangkan semangat baru untuk terus ber'blog' sejak bermula di tahun 2010 yang hensem.

Untuk rekod ini kali kedua ambo sertai contest berbentuk seo ini dan kedua-duanya di tahun 2012. Pengalaman pertama dalam contest seo ini semasa contest eyriqazz vs denaihati. Contest seo itu anjuran blogger Eyriqazz.com yang terkenal dengan tagline Great Teacher Onizuka dan denaihati.com menerusi tagline hidup untuk memberi.

Blogger picisan yang kerdil lagi aneh  mencelah-celah masuk antara jari-jari yang masyur dalam dunia blog. Berbekalkan pengetahuan yang '0' pasal seo ini menekadkan ambo untuk kamcing dengan google untuk mendalami ilmu blogging terutamanya  search engine optimization (seo) ini. Meskipun tidak menang tetapi pengalaman itu amat mematangkan.

Juga pertama kali dalam sejarah blog dunia bawah tempurung ini direview setelah menyertai segmen anjuran blog menulis dan menconteng.
Boleh dikatakan tahun 2012, ambo lebih teruja meng'update' blog dan mengoptimumkan blog hingusan ini.
Yang lebih penting, lagi ramai blogger olam (orang lama) yang ditemui serta bermacam ragam dan rupa blog yang ada.

Jadi penyertaan untuk "2012 Tahunku Yang Kacak" ini lebih kepada menguji kemampuan dan mendalami lebih lanjut pengetahuan tentang search engine optimization (seo).

*latest updated penaja 2 Disember 2012




#notaBuruk::ternyata gigi kucing diatas lagi putih dari aku punya..ahaha

Photobucket

Nov 16, 2012

Palestin Diserang Lagi..

salam,,

Sedang kita rakyat Malaysia menikmati cuti yang menyeronokkan, saudara kita di Palestin di serang lagi.
Sampai bila?? Hanya Allah yang tahu. Dari kejauhan hanya doa kepada Tuhan pemilik semesta alam sahaja yang mampu dikirimkan kepada saudara kita di Palestin.

Beribu batu jauhnya, terpisah oleh lautan luas, tetapi orang islam itu bersaudara. Cubit paha kanan, paha kiri terasa.

palestine, gaza, israel, zionis, hamas

Perhatikan gambar dibawah. Anak Palestin kehilangan ayah tersayang, yang syahid ditembusi peluru Israel laknatullah. Bayangkan anak kecil itu, anak kita, anak saudara kita!

palestine, gaza, israel, zionis, hamas

Kalau di negara kita, mungkin anak sekecil itu masih merengek dikaki ayah dan bonda nakkan mainan mahupun minta di bawa jalan-jalan ke Legoland. Aishhyy..wordless!! 

#notaBuruk::Ambo sendiri tertanya-tanya apakah sumbangan ambo dalam membela rakyat Palestin.

Photobucket

Nov 15, 2012

Segmen Jom Up Follower Sampai 1000++

Salam,,

Minggu ini memang nikmat cuti mencurah-curah untuk rakyat Malaysia. Deepavali dan Maal Hijrah 1434. Tapi mungkin tak semua yang merasainya. Doktor ada yang on-call, para jururawat masih kerja ikut shift..mungkin la kot! Pelajar universiti masih ada yang kena hadiri kelas ganti..tapi ada yang ponteng..mungkin la kot!!

Jadi kesempatan cuti yang ada ini ambo ingin sertai segmen kelolaan pemilik blog "Dunia Kecil Kami".
Seorang blogger yang bergelar ibu kepada sepasang cahaya mata. Segmen kali ini bertajuk " Segmen Jom Up Follower Sampai 1000++ ". Bukan 100++, bukan 300 tapi 1000++. Tetapi ambo tidak mengharapkan seramai itu. Sudi follow terima kasih. Dapat tinggalkan komen alhamdulillah.Segmen ini tak memerlukan apa-apa tugasan berat cuma simple saja. Buat entri > ikut syarat yang ditetapkan > blogwalking!


Terasa ingin memeriahkan segmen dan nak sertai, boleh klik banner di atas.
Tarikh tutup segmen masih belum ditetapkan. Jadi apo lai engko tunggu tu sedara oii. Jom join !!



#notaBuruk::makin bernafsu untuk sertai segmen blogger.

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...