Mar 31, 2013

Daniel Guiza Tinggalkan Johor Darul Takzim

Salam,,

Menjadi satu topik yang agak hangat ketika ini di laman sosial Facebook, mengenai berita penyerang import Johor Darul Takzim, Daniel Guiza yang dikatakan bakal meninggalkan pasukannya itu.

Sebelum ini pemain di bahagian tengah Samuel Del Nero yang pernah beraksi di Liga Serie A Italy, menyatakan hasrat untuk meninggalkan pasukan JDT jika dipinjamkan ke pasukan Johor yang bermain di Liga Perdana.


Jika benar, khabar angin yang bertiup, ini bermakna Liga Malaysia amnya dan pasukan Johor Darul Takzim khususnya akan kehilangan pemain bertaraf dunia.

Berdasarkan kenyataan dari seorang rakyat Sepanyol yang setia mengikuti perjalanan Liga Malaysia, Jordi Perez, Guiza memaklumkan kepadanya yang dia tidak gembira berada di Malaysia dan ingin keluar dari Liga Malaysia. 

Jordi Perez meninggalkan komennya di status Facebook Astro Arena yang mengeluarkan kenyataan mengenai berita Guiza yang akan meninggalkan JDT. Apa-apa pun nantikan saja pengesahan dari pasukan Johor Darul Takzim sendiri.

Ambo berpendapat, penghijrahan keluar Guiza dari Liga Malaysia satu kerugian memandangkan beliau merupakan pemain yang berprofil tinggi dan memiliki skill yang mantap.

#KataAmbo::Bola sepak permainan berpasukan.Skill individu itu satu bonus.
Photobucket

7 comments:

  1. saya rasa belom comfirm lagi sebab dalam rundingan lagi yang pasti del nero memang akan keluar dan aimar akan ganti.

    http://www.suterablogger.com

    ReplyDelete
  2. JDT pun aku tengok...tak menyengat sangat walau banyak pemain taraf dunia

    ReplyDelete
  3. guiza keluar,messi pula masuk agaknya...

    ReplyDelete
  4. Wlaupun aku penyokong red giant..aku x miss game live JDT..sbb guiza..itu baru betul2 bintang yg ber kualiti. Thank you TMJ for bring good player to malaysia league.

    ReplyDelete
  5. guiza x sync dgn permainan liga malaysia.tu sbb dia tgglkn jdt..corak permainan malaysia tlalu rendah...

    ReplyDelete
  6. kita harus terima hakikat yang tersirat bahawa Liga M tidak sesuai untuk beliau meneruskan karier yang sudah sampai ke penghujungnya.seseorang pemain yang tergolong dalam kelas dunia harus bermain di liga yang setaraf dgn statusnya.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL