Sep 30, 2014

Note Kertas RM 10 dan RM20 Timbulkan Kekeliruan




Jika diteliti memang ada nampak kelainan warna kedua-dua duit kertas RM10 dan RM20 ni. Satu merah jambu dan satu lagi oren cerah. Tetapi awas! Kekadang ada juga yang tak perasan dan tertukar antara kedua-dua note tersebut.

Lebih-lebih lagi bila kita membuat pembayaran di kaunter pembayaran, dan cashier yang buat kerja sambil mengelamun ke atau sibuk tak menang tangan di kaunter pernah tertukar antara note RM10 dan RM20.

Bukan sekali, bukan dua kali, malah sudah berkali-kali perkara ini terjadi. Andai kata,kita sebagai pengguna pun tak sedar atau tetiba tak pasti note yang kita keluarkan tu RM10 ke RM 20, boleh jadi kes gaduh kat kaunter. Tak pun jawab dia kira sedekah je la duit baki yang tak cukup tu. 

#KataAmbo | where the money drop?

Photobucket

Sep 26, 2014

Gelandangan Kota New York Berhati Mulia


Anda tonton video dibawah dan anda nilai. Nilai murni yang merentasi sempadan bangsa. Inilah yang agama kita, agama Islam ajar umatnya. Berkongsi susah senang bersama. Tolong menolong kearah kebaikan dan kemaslahatan bersama. Cehh berprotokal ayat ambo pagi-pagi ni. 

Dan satu pujian ambo tujukan kepada mereka yang melontarkan idea sedemikian. Mereka turun membantu golongan gelandangan di bandar New York dengan cara yang agak kreatif. Jadi bukan semua dari negara uncle sam buruk dan negatif. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk usir jauh ke belakang jadikan sempadan.

Gelandangan itu bukan Islam, dan dia mempraktikan sesuatu yang cukup positif dan terpuji. Alangkah lebih bermaknanya jika terbuka pintu hatinya untuk memeluk agama Islam. Semoga dengan nilai murni yang dipamerkan itu, Allah akan membuka hatinya untuk mendekati dan memilih Islam sebagai cara hidup dan pegangan beliau.

Tonton video dibawah, moga-moga ia menginspirasikan kita semua untuk melakukan sesuatu yang positif.


#KataAmbo | Salam Jumaat
Photobucket

Sep 24, 2014

Benarkah Rakyat Malaysia Rasis?


Makin hari makin ketara kes rakyat Malaysia yang memuatnaik status FB yang berbaur rasis. Baik yang mengutuk dan menyindir sesama bangsa mahupun membabitkan agama. Namun sejauh manakah sikap rasis dalam jiwa rakyat Malaysia.

Dari jumlah rakyat Malaysia yang berjumlah 28 juta orang rasa-rasanya berapa peratus rakyat di negara ini memiliki sikap rasis yang menebal dalam diri masing-masing? Boleh jadi yang benar-benar bersikap rasis ini hanya sebahagian kecil. Dan yang sebahagian kecil inilah yang sering menimbulkan kekecohan di laman-laman sosial. Nak raih perhatian dan kasih sayang orang ramai barangkali.

Kalau ada masa dan kesempatan, jom ler tonton video di bawah. Sama ada ia benar-benar rakaman tanpa pengetahuan pelakon atau sudah dirancang, itu tolak tepi. Tapi idea ini wajar dipuji dan ia sesuatu yang positif.


#KataAmbo | Give n Intake 
Photobucket

WD#1 | Presiden Termiskin Di Dunia


I'm called 'the poorest president', but i don't feel poor. Poor people are those who only work to try to keep an expensive lifestyle, & always want more.

Jose Mujica ( President of Uruguay)

Difahamkan presiden Uruguay ini mendermakan sebahagian pendapatan beliau selaku presiden kepada rakyat Uruguay yang miskin. Tak percaya boleh cuba google search. Banyak laman sesawang yang memperkatakan perihal presiden Uruguay ini. #Massive Respect.

#KataAmbo| Biar papa asal tak bodoh sombong

Photobucket

Sep 21, 2014

Kadar Yuran Baru Latihan Memandu Oleh JPJ


Harga Siling Belajar Lesen Memandu yang perlu dipatuhi oleh semua Institut Memandu dan Sekolah Memandu yang telah dikuatkuasakan. *tertakluk pada terma & syarat.

Mana-mana Institut Memandu dan Sekolah Memandu yang mengenakan tidak berpatutan boleh laporkan terus ke aduan@jpj.gov.my atau berjumpa terus Pengarah JPJ Negeri dan Pengarah Pelesenan Pemandu, Ibu Pejabat bagi tindakan tegas.

Makin melambung yuran untuk ambil lesen memandu sekarang. Mau tidak nya ramainya orang memandu tanpa lesen lepas ni. Jika harga sekarang sekitar RM 700-RM800. Tapi apabila struktur yuran dikuatkuasakan bermula 1 Oktober nanti, boleh lihat lah dalam gambar diatas, yuran naik hampir sekali ganda. 

Bayangkan jika gagal melepasi ujian JPJ dan terpaksa mengulang. Sah-sah habis duit gaji semata-mata sekeping lesen memandu. 

#KataAmbo | Tak semua orang mampu.
Photobucket

Sep 19, 2014

Ulama' Fasik Akhir Zaman


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a : Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ عُبَّادٌ جُهَّالٌ ، وَعُلَمَاءُ فُسَّاقٌ " . ابن حبان
Maksudnya, daripada Anas r.a dia berkata, Sabda Rasulullah: “Akan berlaku pada akhir zaman ahli ibadah yang )ahil dan ahli ilmu yang fasik.”(Riwayat ibnu Hibban)

Ciri-ciri Ulama Fasik 

Secara umumnya ulama ini akan selalu menyanggah pandangan dengan apa yang dibawa oleh ulama amilin, apatah lagi suara mereka disokong oleh golongan ramai. Walaupun secara zahirnya, kita tidak dapat membezakan antara dua golongan ulama ini di sudut pakaian dan percakapan, namun kita dapat menilai mereka melalui tindakan dan kesan daripada tindakannya.

Antara ciri-ciri ulama fasik ialah:
  • Takut untuk menyampaikan kebenaran
  • Menyembunyikan ajaran sebenar
  • Perjuangan kerana dunia yang ditawarkan
  • Cakap berbolak balik dalam sesuatu isu atau tidak berani berterus terang
  • Hasad dengki dengan yang lain 
  • Bercakap agama atas kepentingan orang lain
sumber: Detik Islam


#KataAmbo | Salam Jumaat
Photobucket

Sep 18, 2014

Serve Slow Atau Line Internet Bermasalah


Server yang teramat slow. Pakai unifi VIP 10 dengan kelajuan 10mbps pun masih jenuh menunggu loading page nya.

Boleh dikatakan inilah rutin setiap awal semester. Bila beribu-ribu pelajar cuba masuk ke website student portal pada masa yang sama. Pendaftaran yang lewat dibuka tu satu hal. Entah di mana silapnya wallahualam. Mungkin penyusunan jadual semester ini sedikit terganggu bila ramai pensyarah dari fakulti elektrikal di kampus Shah Alam dipindahkan ke kampus baru Pasir Gudang. Jadi pihak berkenaan perlukan masa untuk plan betul-betul berapa kelas yang perlu dibuka.

Satu hal lagi bila kod pengajian baru diperkenalkan. Maka berlaku sedikit masalah jika pelajar yang guna kod lama baru nak ambil kursus yang sepatutnya perlu diambil pada semester-semester lepas. Nak kena naik pejabat jumpa pihak yang in-charge perihal jadual ini mintak disetarakan kelas yang guna kod lama dan baru. Baru mudah sikit pelajar yang kod lama nak daftar kursus.

Ini lah orang kata antara serpihan cabaran dan dugaan menuntut ilmu.

#KataAmbo| Sabor je laa!

Photobucket

10 Tanda Orang Berakal Zahir dan Tersembunyi


Tanda orang berakal ada sepuluh. Terdapat lima(5) yang kita boleh lihat dan lima(5) lagi yang kita tak boleh lihat.

Adapun tanda yang boleh dilihat :
  1. Tak banyak cakap.
  2. Menahan sabar ketika waktu yang tak boleh bersabar.
  3. Tawadhuk.
  4. Sentiasa ingat nak buat kebajikan.
  5. Sentiasa buat kebajikan.

Lima yang tak boleh dilihat :
  1. Banyak berfikir
  2. Tindakannya sentiasa memberi pengajaran.
  3. Melihat dosa sesuatu yang paling besar dalam hidupnya.
  4. Sentiasa takut pada Allah.
  5. Boleh mengawal hawa nafsunya dari melakukan maksiat.
Dalam 5 ciri-ciri yang boleh dilihat diatas, agak-agak ada tak yang kena dengan karakter kita hari ini. Bukan niat untuk berkhutbah mahupun jadi ustaz segera, tetapi perkongsian ambo kali ini lebih untuk mengingatkan diri sendiri. Sambil taip sambil muhasabah. Biar malu sikit pada diri sendiri, jika hanya tahu 'share' tapi diri sendiri tak praktik.

Kredit kepada ZonKuliah

#KataAmbo|Ada akal malas fikir, ada kudrat malas berusaha.

Photobucket

Sep 12, 2014

Adrenaline Rush #5 | Hidup Adalah Belajar


Belajar sepanjang hayat. Selalu kita dengar ungkapan itu. Belajar ataupun menuntut ilmu tidak pernah dibatasi garis waktu. Belajarlah dari buaian sehingga ke liang lahad. Sememangnya hidup itu adalah belajar.


  • Belajar bersyukur meskipun tak cukup.
  • Belajar ikhlas meskipun tak rela.
  • Belajar memahami meskipun tak sehati.
  • Belajar sabar meskipun kesal
  • Belajar setia meskipun tergoda
  • Belajar memberi meskipun tak seberapa
  • Belajar mengasihi meskipun disakiti
  • Belajar tenang meskipun gelisah
  • Belajar taat meskipun tak patuh
  • Belajar percaya mekipun tak yakin

#KataAmbo | Belajar untuk hidup lebih bererti.
Photobucket

Sep 11, 2014

Jadual Suku Akhir Piala Malaysia 2014

kredit gambar sukanstar.blogspot

Meh jenguk-jenguk sikit undian suku akhir Piala Malaysia 2014. Melihat kepada prestasi peringkat kumpulan, boleh dikatakan JDT dan PDRM antara yang konsisten. Mungkinkah mereka calon pasukan untuk berentap di pentas akhir. Suku akhir Piala Malaysia bermula pada 3-4 Oktober 2014.

Piala Malaysia edisi 2014 berhenti rehat untuk seketika bagi memberi ruang kepada persiapan skuad kebangsaan Bawah 23 yang beraksi di Sukan Asia Incheon Korea Selatan.

UNDIAN SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA 2014

Terengganu VS JDT

Selangor VS Felda United

Pahang VS PDRM

Kelantan VS Kedah

#KataAmbo | TRW terumbang ambing musim ni 
Photobucket

Sep 5, 2014

Adrenalin Rush #4 | Bijak Eksploitasi Peluang


Tak kira berapa banyak sumber rujukan atau bantuan yang kita ada, namun jika kita gagal memanfaatkannya sebaik mungkin, maka segala sumber/bantuan itu tetap tidak memadai. Ringkas kata, bijaklah dalam manfaatkan segala yang ada disekeliling untuk maju ke depan.

#KataAmbo | Mencari sumber rujukan untuk final year project.
Photobucket

Mimpi Kembalikan Individu Murtad Kepada Islam


Salam,,

Alhamdulillah, bumi Shah Alam yang panas beberapa minggu sebelum ini kembali sejuk. Hujan di awal pagi hari Jumaat umpama rahmat dari-Nya. Kesempatan hari Jumaat yang sejuk dan nyaman ini ambo ingin kongsikan video yang ambo jumpa di laman sosial facebook mengenai gambaran yang didakwa sebagai mimpi seorang penganut Kristian.

Berdasarkan penceritaan dalam video tersebut, individu tersebut asalnya seorang muslim tetapi akibat dipengaruhi persekitaran di Barat, dia menukar agama kepada Kristian. Pada suatu hari, bermimpi didatangi seorang individu yang datang membawa kertas dan melakukan demonstrasi mengenai kebenaran agama Islam.

Kertas tersebut dilipat-lipat kepada 5 bahagian berdasarkan bilangan rukun Islam. Tontonlah video dibawah untuk mendapat gambaran lebih jelas. 


Pelbagai cara sebenarnya, bagi Allah untuk memberikan hidayah kepada hambanya-Nya.

#KataAmbo::sejuk sampai selesema.
Photobucket

Tingkatkan Produktiviti Seawal Pagi


Pepatah Inggeris berbunyi, "Early Bird Get Worm" kalau diterjemah secara terus bermaksud, burung yang keluar pagi atau awal akan mendapat cacing. Bila dikaitkan dengan manusia, orang yang memulakan kehidupan seharian seawal pagi akan dapat dimurahkan rezeki.

Ambo ada terbaca dalam satu artikel di laman Business Insider, yang berkongsikan pengalaman Felipe Castro Matos, seorang lelaki dari Portugal yang cuba mempraktikkan bangun seawal 4.30 am selama 21 hari demi meningkatkan tahap produktiviti beliau. Dan ternyata, hasil dari usaha yang dilakukan oleh lelaki tersebut membuahkan hasil.

Pelbagai perkara baru yang menakjubkan dapat dilaluinya yang mana tidak dapat di rasai sebelumnya. Dan kehidupan sehariannya lebih berkualiti. Dengan tidur yang cukup selama 6-7 jam sehari, bergantung kepada keupayaan badan, lelaki terbabit tidur seawal 10 pm untuk dapat terjaga seawal 4.30 am dalam tempoh menjayakan cabaran #21earlydays demi meningkatkan produktiviti kerja dan hidup beliau.

Satu perkara yang diperkatakan oleh Matos yang menarik untuk di highlight ialah, "Saya lebih memilih untuk keluar dan melakukan perkara yang menarik di alam nyata berbanding bersenang lenang diatas katil tidur. Kerana bila saya mati, saya punya banyak masa untuk tidur."  Terinspirasi dari pengalaman yang dilalui oleh lelaki tersebut, ambo ingin mencuba. Lagi pun bangun diawal pagi murah rezeki. Dan itulah yang selalu dibebelkan oleh bonda dan ayahanda ambo. Petikan hadis diriwayatkan Ath Thabrani,
"Bangunlah pagi hari utk mencari rezeki dan keperluanmu. Sesungguhnya pada pagi hari terdapat barakah dan keberuntungan." (HR Ath-Thabrani)
  


#KataAmbo | Bau rumput segar pagi-pagi hari.

Photobucket

Sep 4, 2014

Mengundang Rezeki Yang Tidak Disangka


Orang Melayu menggelarkan ayat diatas sebagai ayat 1000 dinar. Sebenarnya ia ayat 2 dan 3 dari surah at-Talaq. Ada yang gantung di dinding sebagai ayat pelaris katanya. Tak panjang pun ayat ini, cuma dua ayat saja. Tapi begitu mendalam maksud atau terjemahannya jika difahami dan dihayati. Ambo bukan ustaz untuk menjelaskan terperinci apa disebalik ayat itu. Cuma berkongsikan apa yang disampaikan oleh orang agamawan. 

Zaman sekarang, ramai yang merungut gaji tak pernah cukup. Sampaikan ada yang kerja part time meskipun sudah menjawat jawatan tetap. Keluar rumah sebelum ayam berkokok dan pulang ke rumah bila embun mula turun. Kerana apa? Duit tak cukup. Sebab utamanya, kos sara hidup yang tinggi. Dan itulah masalah yang di alami kebanyakan orang.

Ada ketika lain pula, kita ditemukan dengan masalah yang tak diundang, dan sepertinya mustahil menemukan jalan keluar. Jadi ke mana harus kita adu akan semua masalah, kesempitan dan kesukaran seperti itu.? 

Jawapannya ada dalam ayat 1000 dinar diatas. Terperinci Tuhan sampaikan menerusi kalam suciNya. Maka bertakwalah kepada Allah, nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar dari perkara yang menyusahkan serta dikurniakan rezeki dari sumber yang tiada disangka.

Ada waktu itu iman kita menaik, ada waktu iman kita menurun. Macam roller coaster. Kenapa begitu? Kerana kita bukan nabi yang bersifat maksum, kita juga bukan malaikat yang bebas dari dosa. Kita manusia. Agak-agak kalau terasa dada sempit, kepala buntu memikirkan permasalahan hidup. Maka itu boleh jadi tanda iman tandus. Itu juga tanda Tuhan mengetuk hati untuk kembali kepadaNya. Bahasa mudahnya itulah "hidayah dari Tuhan". Seru sudah sampai. Hati rindu untuk menghadap Tuhan. Maka cuba kita cari jalan pulang. Ambil masa untuk berkhalwat (bersendirian) dengan Tuhan. 

Ayat seribu dinar! Daripada sekadar menggantung di dinding, tak salah kiranya kita gantung akan ia di benak hati. Gantung di dinding mudah hilang dari pandangan. Tapi gantung di hati akan di bawa ke mana saja kita pergi.


#KataAmbo| Kemana kita nak tuju seterusnya?

Photobucket

Sep 2, 2014

Louis Val Gaal Bawa Radamel Falcao ke Old Traford


Gagal ke saingan Liga Juara-Juara musim 2014/2015, aksi longlai di awal musim Liga Perdana Inggeris dan jadi bahan 'troll' dalam kalangan 'haters' memaksa Manchester United memperuntukkan satu dana yang cukup besar sekitar £150 juta -£200 juta untuk pembinaan semula pasukan bergelar 'setan merah', Manchested United. 

Satu rombakan pasukan besar-besaran telah dilakukan oleh pengurus baru Manchester United, Louis Van Gaal. Demi memastikan reputasi Man United sebagai pasukan gergasi di liga Inggeris dan Eropah kembali pulih, lebih £140 juta telah dibelanjakan menjelang pintu perpindahan ditutup. 

Terbaru, LVG membawa masuk penyerang Radamel Falcao secara pinjaman dari AS Monaco. Man United dikhabarkan membayar £9 juta sebagai yuran pinjaman penyerang Colombia tersebut. Sebelum ini, Man United mencatat rekod perpindahan tertinggi British, apabila membawa masuk Angel Di Maria dari kelab juara Champion League, Real Madrid dengan yuran perpindahan £59.7 juta.

Berikut beberapa lagi pemain baru yang dipancing Manchester United:
  • Luke Shaw - Bek Kiri England ( kelab asal Southampton - £28 juta ) 
  • Ander Herrera ( kelab asal Athletic Bilbao - £29 juta)
  • Marcus Rojo - Pertahanan Argentina ( kelab asal Sporting Lisbon -£16 juta)
  • Angel Di Maria - Pemain sayap Argentina ( kelab asal Real Madrid -£59.7 juta)
  • Radamel Falcao - Penyerang Colombia ( kelab asal AS Monaco - pinjaman £9 juta)

Manakala seorang lagi pemain pertahanan dijangka dibawa masuk dan menunggu pengesahan ialah pertahanan Belanda Daley Blind. Nilai perpindahan dijangka  £14.25 juta.




#KataAmbo | simbol "£" merujuk kepada nilai pound sterling kepada mereka yang tak tahu.
Photobucket