May 31, 2013

Separuh Akhir 2 Piala FA Pahang vs JDT di Bukit Jalil

Salam,,

Tanda tanya mengenai perlawanan tertunda antara Pahang dan JDT yang tertangguh akibat kekecohan penonton di Stadium Darul Makmur selasa lalu akhirnya terjawab. Perlawanan ulangan kedua-dua pasukan itu akan diadakan di Stadium Bukit Jalil.

Pahang VS Johor Darul Takzim
Stadium Bukit Jalil
Sabtu 8.45 malam
Tiket RM15

Dengar cerita, sebanyak 90 ribu tiket ditawarkan iaitu 70 ribu untuk penyokong Pahang dan 20 ribu untuk Johor. Manakala penyokong yang masih menyimpan keratan tiket semasa perlawanan selasa lalu yang tertunda boleh menuntut tiket untuk perlawanan di Bukit Jalil nanti. Dalam perlawanan ini Pahang diberi hak selaku tuan rumah.

Serius macam aksi final perlawanan Pahang vs JDT ini. Andai kata kesemua tiket habis terjual rasanya tak jadi masalah untuk Pahang membayar denda RM 100 000 akibat kekecohan dan kegagalan mengawal limpahan penonton di Darul Makmur tempoh hari.

Meskipun ambo penyokong The Red Warriors, namun perlawanan pasukan Tok gajah dan Harimau Selatan ini tetap menarik perhatian ambo dan sangat teruja untuk melihat persaingan sengit kedua-dua pasukan ini dalam memburu satu lagi tiket ke pentas final piala FA 2013.


Bila difikir sekali lagi, kedua-dua pasukan ini patut bersyukur sebab, meskipun didenda masing RM 100 000 untuk Pahang dan RM 20 000 bagi Johor, namun perlawanan semula mereka diadakan di stadium yang lebih besar, dan penjualan tiket tambahan pastinya dapat menampung kos denda itu nanti.

Nasib baik tidak dihukum bermain tanpa penonton. Harapnya penyokong kedua-dua pasukan dapat menjaga kelakuan masing-masing. Hargai lah kelebihan yang di'anugerah'kan oleh badan induk bola sepak tanah air  (FAM) tu. Bukan selalu FAM begitu berbudi bicara dalam hal-hal salah laku penonton ini dan tak semua pasukan diberi layanan istimewa ini.

Apa apa pun keterujaan penyokong kedua-dua pasukan turut dirasai ambo. All The Best The Elephant and Southern Tiger.


Bukti penjualan tiket palsu di darul Makmur selasa lalu.

#KataAmbo::Teringin Nak pergi Bukit Jalil. Jadi spy..hehe 
Photobucket

May 30, 2013

Jawapan Balas Ustaz Azhar Terhadap Kritikan Pernikahan Beliau

Salam,,

Rasanya ramai sudah tahu yang penceramah sensasi tanah air, Ustaz Azhar Idrus selamat melangsungkan pernikahan untuk kali ketiga beliau. Cantik isteri ke-3 ustaz. Tetapi dalam kebahagiaan yang dikecapi oleh Ustaz Azhar itu, ada pula yang busuk hati apabila mengeluarkan kenyataan yang berbaur sindiran di laman facebook Ustaz Azhar Idrus (Original).

Namun kenyataan sindiran itu telah dijawab dengan tenang dan penuh berhemah oleh Ustaz Azhar Idrus.
Klik untuk paparan lebih jelas.
Diharapnya pihak yang tidak berpuas hati itu, muhasabah diri. Kalau tidak tahu secara terperinci sesuatu perkara itu, jangan menuduh macam-macam. Sudah jodoh Ustaz, nak buat macam mana.

#KataAmbo::Tak semua berani kahwin lebih dari satu secara terang-terangan. Takut Bini!!
Photobucket

May 28, 2013

Berita Baik Untuk Peniaga Online di Facebook!!

Salam,

Bisnes secara online buka suatu yang asing lagi. Terdapat pelbagai barangan yang boleh didapati menerusi dalam talian ketika ini. Itulah tempias kemajuan teknologi. Ambo percaya ramai yang diluar sana sudah mula cuba melibatkan diri dengan perniagaan online.

Selain mewujudkan blog perniagaan sendiri, beberapa kaedah lain turut diketengahkan dalam usaha menarik pelanggang secara dalam talian ini. Antara pendekatan lain yang agak popular ialah promosi menerusi facebook.

Umum mengetahui pengaruh facebook bukan saja untuk rakyat Malaysia malah seantero dunia. Dianggarkan berbillion pengguna facebook ketika ini. Trafik yang menghala ke laman sosial itu juga cukup hebat. Bisnes online menerusi facebook bukan lagi rahsia, dapat menjana pendapatan yang agak memberangsangkan jika kena pada caranya.

Namun mungkin ramai akan tertanya-tanya, adakah pelanggan yakin dengan pembelian secara online di facebook? Maklumlah semua orang boleh buat page bisnes di facebook. Jadi bagaimana cara untuk raih keyakinan pembeli untuk membeli barangan menerusi kedai online kita di facebook?

Disini ambo ingin kongsikan sesuatu yang ambo sendiri pun baru temui. Menerusi sedikit penelitian, ambo yakin ia benar-benar mampu membantu peniaga online di luar sana untuk mendapatkan lebih like dan trafik masuk ke page bisnes di facebook dan seterusnya meningkatkan peluang menjana lebih duit.

Bukan lagi rahsia dan baru dilancarkan inilah Facebook Page Tab. Klik Sini

Sedikit info ambo kongsikan, Panduan Memasang Facebook custom tab ini perlu dimiliki oleh semua yang terlibat dengan perniagaan di facebook kerana:
  • ia menawarkan tips secara percuma kepada peniaga di facebook.
  • membantu anda menyediakan custom tab di fanpage yang boleh digunakan sebagai platform mempromosikan produk terbaru atau sebarang tawaran istimewa kepada pelanggan.
  • custom tab ini akan meningkatkan mutu professional pada fanpage andaseterusnya memberi keyakinan pembeli terhadap penjual.
Ini contoh custom facebook page yang diaplikasikan oleh beberapa fanpage bisnes online:

contoh fanpage yang meggunakan FB custom tab

Jadi cerita panjangpun tiada guna jika anda tidak mencuba. Ambo sendiri pun sudah mendapatan panduan secara percuma itu untuk cuba berjinak-jinak dengan perniagaan online menerusi facebook.

Klik link berikut untuk download Panduan Memasang Facebook custom tab secara percuma sekarang.


#KataAmbo::Tak ada la buang masa sangat depan FB. Duit pun masuk
Photobucket

May 26, 2013

Ustaz Azhar Idrus Kahwin Lagi

Salam,





Tahniah Ustaz Azhar Idrus atas perkahwinan kali ke-3 beliau. Diam-diam Ustaz Azhar berisi juga dan tanpa gosip sana sini tengok-tengok terus langsungkan perkahwinan. Tambah satu lagi tanggungjawab dan koleksi isteri ustaz hehe~.

Bagaikan menjadi satu trending ketika ini di facebook apabila ramai yang kongsikan gambar majlis perkahwinan penceramah popular tanah air ini.

Semoga kekal bahagia bersama-sama ketiga-tiga isteri ustaz. Mungkin ustaz boleh jadi role model kepada masyarakat hari ini tentang bagaimana konsep poligami dalam Islam sebagaimana diajarkan oleh Rasulullah S.A.W dulu.

#KataAmbo::Musim kenduri rupanya ketika ni.
Photobucket

May 24, 2013

Pemain Pahang Tidak Senang Dengan Gelagat Penyokong JDT

Salam,,

Beberapa tahun dulu, sekitar tahun 2009 penyokong Kelantan lah yang paling tidak disukai, dipandang serong dan macam-macam lagi kecaman diterima. Sikap fanatik keterlaluan, tidak berdisiplin dan tidak menghormati peraturan adalah antara beberapa kritikan yang diterima baik menerusi media massa mahupun sembang-sembang kedai kopi.

Tapi rasanya, kini tidak lagi. Bukan kata sudah tiada lagi sikap sedemikian, tetapi muncul satu lagi gerombolan penyokong yang boleh tahan fanatiknya. Terbaru, ambo ada baca beberapa komen mengenai kelibat segelintir penyokong sebuah pasukan dari selatan tanah air yang datang ke tempat latihan pasukan Pahang dan membuat kacau atau dalam kata lain provokasi. Nak lebih sedap lagi bunyinya, serangan psikologi.

Mungkin belum pernah lagi terjadi dalam sejarah bola sepak Malaysia dan boleh jadi sejarah baru mahu dicipta. Kehadiran kumpulan penyokong tersebut nyata mengundang ketidakpuasan hati beberapa pemain Pahang yang menyifatkan tindakan penyokong tersebut keterlaluan dan tidak menghormati pasukan lawan.

Tak sabar nak tunggu hari perlawanan barangkali.




Walau apapun sikap yang mereka tampilkan ia seolah-olah dipejamkan mata oleh khalayak. Tapi ambo terfikir andai kata yang melakukan sedemikian adalah penyokong The Red Warriors, apakah reaksi pihak media agaknya??

Yang pasti saingan separuh akhir piala FA nanti pastinya menjanjikan pertempuran yang sengit dan sensasi. Jangan lepaskan peluang meraikan bahang kehangatan saingan bola sepak tempatan.

Siaran Langsung Separuh Akhir Piala FA 1
Kelantan vs Terengganu  di Kota Bahru ( Live Astro Arena 801)
Pahang vs JDT di Kuantan (Live Astro Supersport4 817)

#KataAmbo::Penyokong lalang.
Photobucket

HASRULHASSAN.COM Promosi Blog Baru

salam,,

Sekali lagi blogger yang menjadi mentor kepada ramai blogger baru anjurkan segmen. Segmen ini untuk bantu promosikan blogger baru. Dimana blogger yang memiliki follower kurang 500. Jadi berpandukan syarat itu ambo masih layak untuk turut serta memeriahkan segmen PROMOSI BLOG BARU ini.


Mungkin masih ramai yang singgah di blog ambo ini, Dunia Bawah Tempurung masih belum kenal secara detail diri ambo. Tak mengapalah tak kenal pun, janji anda lebih kenal pendekatan yang ambo ketengahkan dalam blog ini. Kenal blog ambo dan apa yang disampaikan di sini lebih penting rasanya dari kenal ambo yang biasa-biasa saja. Itu pasallah ambo lebih selesa untuk tidak meletakkan gambar sebenar. Bukan untuk menyembunyikan identiti, tetapi rasa lebih ikhlas dan selesa untuk menulis.

Alaa tomei tomeii ~ ~
Tetapi untuk lebih adil, sedikit ambo ceritakan, ambo masih lagi bergelar seorang mahasiswa disebuah IPTA di Shah Alam (dah boleh agak kot hehe), semester depan masuk tahun akhir..In Shaa Allah.

Ambo mula menulis blog sekitar Jun 2010, tetapi ketika itu hanya untuk pembaca jemputan saja. Post entri pun macam syok sendiri (sekarang pun ada lagi kot haha). Kemudian masuk tahun 2012, ambo cuba lebih serius dan teliti dalam menghasilkan entri. Cuba mencari niche dan matlamat blogging yang lebih jelas. Ambo cuba kongsikan sesuatu yang dekat dengan kehidupan peribadi ambo dan dalam masa yang sama turut menjadi tumpuan pengguna internet yang lain seperti live streaming, perkembangan sukan (bola sepak tempatan terutamanya) dan entri bersifat evergreen yang dapat menyumbangkan trafik berpanjangan.

 Itulah rasanya sedikit pengenalan tentang diri ambo dan blog picisan ini.


#KataAmbo::Cerita sini habis sini la erkk!!.
Photobucket

Tiada Alasan Untuk Tidak Berjaya

Salam,,

Seronok dengar cerita kejayaan kawan-kawan dan teman-teman serta sahabat handai (mana-mana yang berkenaan) seperjuangan. Lebih mengharukan dan membanggakan kejayaan yang diraih setelah jenuh menempuh segala macam cabaran dan kesukaran.

Kekangan kewangan, kekurangan kemudahan dan berjauhan dengan keluarga pastinya cabaran yang bukan senang untuk diharungi sepanjang bergelar seorang mahasiswa. Namun segala itu tidak seharusnya dijadikan batu penghalang. Sebaliknya, jika dipandang dari sudut positif, segala cabaran itu merupakan batu loncatan.

Itulah yang dibuktikan oleh seorang graduan UiTM yang baru sahaja menerima Anugerah Naib Canselor pada majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke 78 yang baru saja berakhir. Baca kisahnya dalam keratan dibawah.


Diharap kisah kejayaan si gadis dari Sabah ini dapat membuka mata dan jadi motivasi kepada ambo sendiri dan rakan seperjuangan yang lain diluar sana. Kekadang keselesaan yang sementara, kemewahan berbelanja dan enjoy sini dan sana dengan wang saku dari mak ayah menjadikan segelintir pelajar lupa dari matlamat asal. Janji masuk U nak dapat degree sudah dibuang jauh-jauh. Janji tak ditepati dan kena batang hidung sendiri!!

#KataAmbo::Terkilan dengan diri sendiri.
Photobucket

May 23, 2013

Tan Sri Anuar Musa Kecewa Dengan Taktikal Bojan

Salam,,


Status FB Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) lain macam bunyinya. Tan Sri Anuar Musa ternyata agak kecewa dengan taktikal yang diatur Bojan Hodak dalam pertemuan dengan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT) di Larkin malam ini.


Percaturan Bojan merehatkan sebahagian besar pemain utama untuk memberi fokus kepada saingan separuh akhir menentang Terengganu jelas tidak digemari penyokong The Red Warriors juga. Mungkin pada pandangan Bojan, kejuaraan Liga Super tak mampu digapai lagi. Jadi sekarang hanya tinggal Piala FA saja satu-satunya kejuaraan yang dapat membawa pasukan ke saingan Piala AFC 2014. Itulah agaknya percaturan yang cuba di buat Bojan.


Dalam aksi menentang JDT tadi, corak permainan Kelantan pada separuh pertama tidak mengecewakan, tetapi masuk separuh kedua segala serba tak menjadi. Gol jarak jauh Mat Yo dan disusuli gol dari Azwan Roya umpama mengejutkan Bojan dari mimpi ( maklumlah bangku simpanan stadium Larkin empuk).

Kemasukan tiga trio utama, Indera, Farhan dan Piya seperti sudah terlambat. Akhirnya Kelantan pulang hampa ke Kota Bharu. Kini ramai mula mencongak dan menduga apakah taktikal yang bakal di gunakan Bojan melawan seteru Pantai Timur, Terengganu nanti. Andai kata pertemuan dengan Terengganu juga berakhir dengan keputusan yang mengecewakan, pastinya desakan untuk tempat Bojan selaku jurulatih Kelantan di tamatkan makin kuat.

#KataAmbo::Ambo dah pesan, biar kalah bermaruah.
Photobucket

May 22, 2013

Cara Dapatkan Kembali Data Yang Diserang Shortcut Autorun Virus

Salam,,



Ambo rasa ramai yang pernah mengalami masalah kehilangan data dalam flash drive atau pendrive akibat diserang shortcut autorun virus. Kebiasaanya virus ini memasuki flash drive menerusi pc di cybercafe atau mungkin mana-mana kedai printing. Jadi tak kiralah dari mana datang spesis virus itu, yang pastinya terasa bengang apabila segala data-data penting hilang.

Memandangkan ambo baru saja berjaya mengatasi masalah ini setelah menyelongkar gudang google, jadi ambo kongsikan disini untuk panduan orang lain selain untuk rujukan ambo sendiri di masa akan datang. Rasanya sudah ramai yang expert bab-bab macam ni.

Ini adalah langkah untuk mendapatkan kembali file atau data yang diserang virus shortcut dalam mana-mana USB:

  • Pergi ke Start Menu. Pada ruang search taip Command Prompt.
  • Kemudian gunakan command berikut:
attrib -h -r -s  /s  /d  j:\ *.*
  • Pada command yang dibold dengan warna putih itu bergantung kepada dimana lokasi USB path. Boleh jadi (G:) atau (F:). Yang itu boleh dilihat dengan klik bahagian Computer.
  • Lepas itu, klik enter dan tunggu sehingga proses recovery tamat. (Tempoh bergantung kepada saiz data)

contoh selepas recovery process selesai.
Setelah selesai cari data yang diinginkan. Boleh di pindahkan ke desktop untuk sementara atau dibiarkan dalam USB tersebut. Apa yang perlu dilakukan ialah delete segala shortcut file atau lain-lain data yang dirasakan asing.

Apa yang ambo lakukan, hanya pindahkan keluar data yang diinginkan dan format kembali Flash Drive tersebut. Habis cerita.

#KataAmbo::Teknologi kekadang melecehkan
Photobucket

May 19, 2013

David Beckham Gantung But Akhirnya

Salam,,

Rasanya ramai sudah maklum bintang bola sepak sensasi England, David Beckham sudah bersara dari arena bola sepak. Beckham menamatkan karier beliau bersama kelab dari League 1 Perancis, Paris St Germain (PSG) setelah beraksi 19 kali bersama kelab tersebut. Untuk makluman, gaji yang diterima Beckham bersama juara League 1 Perancis ini didermakan keseluruhannya kepada badan amal sebagai mana dimaklumkan diawal penyertaannya bersama pasukan PSG.

Beckham dalam aksi terakhir bersama PSG.
Kelibat Beckham bukan saja menjadi tumpuan di atas padang semata-mata, namun turut menarik perhatian lensa kamera ketika di luar padang. Lebih-lebih lagi status isterinya seorang artis terkenal, Victoria. Selain skil tinggi menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang melencong dan mengelirukan, Beckham turut diingati sebagai pemain yang menjadi ikon fesyen rambut.


Bakat luar biasa Beckham mula terserlah ketika menyarung jersi Manchester United, dimana satu jaringan cantik dari tengah padang masih jelas diingati. David Beckham juga pernah dikaitkan dengan kontroversi skandal seks pada suatu ketika dulu yang dikatakan bakal menjahanamkan karier bola sepak beliau.


Berikut info karier David Beckham sepanjang bergelar pemain bola sepak professional.
  • 1992-2003: Manchester United (394 penampilan, 85 gol) 
  • 1994-1995: Preston North End (pinjaman) (5 penampilan, two gol) 
  • 2003-2007: Real Madrid (157 penampilan, 19 gol) 
  • 2007-2012: Los Angeles Galaxy (118 penampilan, 20 gol) 
  • 2009-2010: AC Milan (pinjaman) (33 penampilan, two gol) 
  • 2013: Paris St-Germain (13 penampilan, no gol)
Selain itu, Beckham memulakan aksi sulung bersama pasukan kebangsaan Englang pada tahun 1996 menentang Moldova dan memikul tanggungjawab selaku kapten Englang dari tahun 2000 - 2006. Secara keseluruhannya Beckham meninggalkan karier bola sepak dengan 19 trofi dan 10 kejuaraan liga.

#KataAmbo::Bersaranya lagenda Man United musim ini ; Sir Alex Ferguson-Paul Scholes-Beckham
Photobucket

Segmen Ke 2 Bloglist 24 Jam Oleh Akupenghibur.com

Salam,,,

Ambo kembali mengambil bahagian dalam segmen blogging setelah kali terakhir untuk pencarian bloglist fuh.my bulan lepas. Kali ini satu lagi segmen menjadi tumpuan ambo. Segmen ini hanya untuk tempoh yang singkat saja - 24 jam tak lebih dan tak kurang.

Klik Banner untuk turut serta.

Hanya 15 blog bertuah saja yang akan dipilih untuk sertai bloglist AkuPenghibur.com ini.

#KataAmbo:Pat-pat siku lipat.....(sambung sendiri!!)
Photobucket

May 15, 2013

Alhamdulillah Menang Kontes Panduan Blogger


Salam,,

Suasana pagi yang sejuk dan redup rasanya memang sesuai untuk kongsikan sesuatu yang bermakna ini. Sekali lagi sejarah baru peribadi tercipta bagi ambo dalam dunia blog ini. Bukan sehari, bukan seminggu dan bukan setahun tetapi memakan masa bertahun-tahun untuk merasa bonus dari dunia blog ini. Alhamdulillah ambo mampu  bertahan. 

Berbekalkan niat menulis blog untuk mengisi masa lapang dan berkongsikan apa yang berlegar disekitar dunia ambo untuk manfaat bersama pengguna internet yang lain, ambo cuba terus dan terus menghidupkan dunia bawah tempurung ini. Why so serious?? Haha..

Baiklah, sebelum ini ambo ada sertai Kontes panduan Blogger anjuran penulis blog Panduan Blogger, Hasrul Hassan (boleh klik sini untuk entri penyertaan). Memang ada impian untuk menang, sebab tawaran hadiah t-shirt dari Oh Media yang begitu cool. Tetapi masih berpijak dibumi yang nyata, kerana masih ramai lagi yang lebih hebat turut serta dalam kontes ini. Jadi hanya sekadar impian dan angan-angan. Tak menaruh harapan langsung untuk menang.


Tetapi, semalam sebaik sahaja balik dari kuliah ( hari selasa kuliah marathon ambo dari pukul 2 petang terus bersambung ke pukul 10 malam.) ambo buka dashboard dan ada komen. Ternyata bukan sebarang komen. Komen tahniah dari rakan blogger membuatkan ambo mengukirkan senyuman dan jeritan ala-ala fobia. Sedang tengok secara langsung Piala AFC, ambo gelak sorang-sorang. Member ingatkan Kelantan dapat  gol!!

Keputusan Penuh Kontes Panduan Blogger.


Untuk rekod ini kali kedua ambo menang kontes. Sebelum ini kontes dari MK Syahir iaitu Hypercontest Ada Apa Dengan MK Syahir? yang mana ambo menang top 4.

Jadi di kesempatan ini, ambo ucapkan jutaan terima kasih kepada barisan penaja dibawah dan penganjur kerana memilih entri penyertaan ambo sebagai pemenang :


Juga tidak ketinggalan tahniah kepada pemenang-pemenang yang lain.
#KataAmbo::감사합니다(gamsahabnida) / ありがとう( Arigato gozaimasu).
Photobucket

Highlight Piala AFC 2013 - The Red Warrior Tumbang di Kota Bharu


Keputusan Piala AFC 2013 - Pusingan kedua kalah mati | Kekalahan 0-2 kepada kelab Hong Kong, Kitchee FC semalam menoktahkan perjuangan pasukan Kelantan dalam saingan Piala AFC 2013. Tumbang di laman sendiri, sekali lagi menjadikan Stadium Sultan Muhammad IV bukan lagi kubu kuat Kelantan.

Namun harus diingat, Kitchee FC yang juga juara Liga Hong Kong, bukan calang-calang pasukan. Mungkin perit untuk diterima oleh penyokong setia The Red Warrior yang datang memenuhi stadium semalam. Tetapi kejayaan mara ke pusingan ke-2 juga patut dibanggakan walaupun gagal mengulangi kejayaan ke suku akhir musim lalu.


Dua gol Kitchee FC dijaringkan menerusi gol sendiri pertahanan Kelantan, Lek Kcira minit ke-15 dan menerusi penyerang Kitchee Jordi Tarrés Páramo minit ke-45+2.


Persoalannya sekarang, adakah Kelantan masih berpeluang untuk mara sekali lagi ke saingan Piala AFC 2014 nanti? Ini kerana, untuk layak sekurang-kurangnya perlu menang Piala FA atau menjuarai Liga Super musim 2013 ini. Situasi semasa, beza mata Kelantan dengan pendahulu Lions XI ialah 11 mata dengan baki 6 perlawanan lagi.

Mungkin kejuaraan piala FA mampu menjadi sasaran terdekat. Namun lawan menanti di Separuh Akhir nanti ialah Terengganu dan jika layak ke akhir perlu berdepan Johor Darul Takzim atau Pahang. Berdasarkan prestasi pasukan Kelantan sekarang ini, sesuatu yang kurang menyakinkan untuk peminat setia The Red Warrior menaruh harapan lagi.

Apa apa pun, penyokong tetap menjadi pemain ke-12 Kelantan dan tidak hanya bersorak ketika menang. Itulah harapannya!!

#KataAmbo::Perasaan bercampur baur.
Photobucket

May 11, 2013

Liga Super 2013 | Highlight Gol Kelantan vs Negeri Sembilan

Salam,,

Kemenangan yang amat penting diraih Kelantan dalam usaha memastikan kedudukan lebih selesa dalam Liga Super musim 2013 ini. Kejayaan membenam Negeri Sembilan 3-0 semalam membolehkan Kelantan menduduki tangga ke-6 ketika ini, mengumpul 23 mata.

Perlawanan Liga Super seterusnya bagi Kelantan ialah menentang Selangor di Kota Bharu pada 18 Mei 2013. Jika 3 mata lagi berjaya diraih, impian The Red Warrior untuk terus mendaki carta liga makin cerah. Tapi menentang Selangor bukan tugas mudah meskipun di gelanggang sendiri.

Selain itu, aksi terdekat Kelantan ialah bagi perlawanan pusingan ke-2 Piala AFC menentang Kitchee FC pada 14 Mei 2013 di stadium Sultan Muhammad IV.

Berikut video gol kemenangan Kelantan menerusi jaringan Piya, Indera dan Farhan di Stadium Paroi Seremban.

Highlight Gol Kelantan vs Negeri Sembilan 10 Mei 2013 | Liga Super


#KataAmbo::Come Backkkkkkkkkk!
Photobucket

May 10, 2013

David Moyes Pengurus Baru Manchester United

Salam,,

Bersaranya Sir Alex Ferguson pastinya satu kehilangan besar untuk Manchester United. Deretan kejayaan demi kejayaan untuk pasukan Red Devils dibawah bimbingan Sir Alex Ferguson sesuatu yang amat sukar untuk diulangi oleh bakal pengganti beliau nanti.

Dan tugas sukar itu akan di galas oleh pengurus Everton, David Moyes yang kini sah menandatangani kontrak 6 tahun selaku pengurus Manchester United yang baru. Pemilihan beliau ini disyorkan sendiri oleh Sir Alex Ferguson. Moyes akan mula berkhidmat bermula 1 Julai nanti.

"There is no question he has all the qualities we expect of a manager at this club" Sir Alex Ferguson. Rekod Moyes di Goodison Park juga tidak mengecewakan, jadi beliau bukan calang-calang pengurus.


Sedikit info mengenai David Moyes:

  • Dilantik sebagai pengurus Everton pada Mac 2002.
  • Membawa Everton ke Liga Juara-Juara 2005.
  • Mara ke FA Cup Final pada 2009.
  • Pengurus ke-3 paling lama berkhidmat di Barclays Premier League selepas Sir Alex Ferguson dan Arsene Wenger.
  • LMA Manager of The Year Award sebanyak 3 kali, 2003, 2005 dan 2009.

Ambo harap David Moyes dapat meneruskan legasi cemerlang Sir Alex Ferguson yang boleh dianggap legenda di Old Trafford.


#KataAmbo::Glory Glory Man United

Photobucket

May 3, 2013

Kenapa Orang Bukan Islam Masih Tak Faham Islam - Dr Asri

Salam,,

Sekali menipu pasti akan ada siri penipuan yang akan dilakukan. Itulah penipuan. Tanpa kita sedari ia boleh menjadi satu ketagihan ataupun lebih tepat lagi tabiat. Mengikuti siri ceramah oleh Dr Mohd Asri Zainal Abidin ini ada menariknya.

Hujah bekas mufti Perlis ini, mungkin akan dianggap memihak kepada sesetengah pihak, namun sebenarnya ia untuk pedoman semua pihak. Kita mungkin boleh menipu separuh manusia dalam separuh masa, tapi kita tidak boleh menipu semua manusia dalam sepanjang masa.




Sudah 50 tahun Malaysia merdeka, adakah cukup sekadar gah dengan kemajuan infrastruktur yang tinggi melangit? Semua itu hanya sedap mata memandang dan itu bukan penanda aras yang tepat untuk menilai tahap kemerdekaan negara kita.

Mungkin sudah tiba masanya, pemimpin-pemimpin untuk bersama-sama rakyat Malaysia ke arah suatu dimensi baru sebagai menepati status sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam

#KataAmbo::Mencari definisi sebenar merdeka.
Photobucket

Dinihari Jumaat Di Kota Bharu

Salam,,

Dinihari jumaat 3 Mei 2013 di Kota Bharu ada suatu peristiwa disana. Dalam kesejukan dinihari mereka berkumpul seperti mana 5 tahun yang lalu bermunajat supaya diberikan pilihan terbaik dalam memilih pemimpin yang akan mengemudi tampuk pemerintahan nanti.

Alhamdulillah satu suasana yang amat mengharukan. Ribuan jemaah berkumpul di Stadium Sultan Muhammad IV untuk bermunajat dan solat subuh berjemaah memohon diberi petunjuk agar pilihan yang dibuat semasa pilihanraya umum ke-13 nanti tepat.




Harap tiada yang akan bising-bising mendakwa video ini diedit. Memang ada disiarkan live secara streaming menerusi internet untuk di kongsikan dengan ribuan anak Kelantan diperantauan awal pagi tadi. Jadi tanpa mengira dimana anda mengundi, negeri mana anda menetap bersama-samalah mendoakan keamanan dan kesejahteraan untuk negara tercinta Malaysia ini.

Bergaduh bertikam lidah macam mana pun persaudaraan sesama Islam dan perpaduan sebagai rakyat Malaysia tidak seharusnya dirosakkan.
 "Bagai deras sungai selepas hujan, Tak putus walau dibelah seribu pedang"
#KataAmbo::Dengar cerita, trafik kapal terbang Kuching-KL sibuk semacam?
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...