Mar 5, 2013

Jersi AFC 2013 Pasukan Kelantan FA Dilancarkan

Salam,,

Jersi baru pasukan Kelantan FA untuk saingan Piala AFC 2013 telah pun di perkenalkan kepada umum. Dilancarkan oleh Tan Sri Anuar Musa kira-kira jam 12 tengah hari tadi (5 Mac 2013).

Jersi ini jelas tertera jenama Adabi yang menjadi penaja utama saingan Piala AFC 2013 nanti. Kelantan bakal memulakan aksi Piala AFC menentang kelab dari Maldives, Maziya FC di Stadium Sultan Muhammad  IV Kota Bharu jam 8.45 malam.


Dalam aksi pembukaan Piala AFC 2013 itu, skuad Bojan Hodak dijangkan menurunkan pemain import Dimitri Petratos dan Dickson Nwakaeme untuk jentera serangan dan Obinna serta Lek Kcira untuk perkuat barisan pertahanan. Sekian ambo melaporkan..^_^


#KataAmbo::Dengar ura-ura ada siaran secara langsung. 

Photobucket

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL