Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Jun 8, 2015

Gempa Bumi Ranau: Bertabahlah Sabah

Assalamualaikum w.b.t

Agak janggal bila mana akhbar-akhbar arus perdana mahupun mana-mana media massa menyiarkan berita gempa bumi di Sabah. Kita sedia maklum bahawasanya bumi Malaysia sebuah bumi bertuah. Terkeluar dari landasan gempa bumi mahupun gunung berapi sedangkan negara-negara sekeliling seperti Indonesia, Filipina sentiasa berdepan malapetaka bencana alam berkenaan. Tetapi sebenarnya tidak.

Minggu ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan bencana gempa bumi magnitude 6.0 scala ritcher di Ranau Sabah. Lebih tragis ia melibatkan korban nyawa. Gempa pada skala tersebut dikategorikan sebagai sederhana. Namun tetap mencemaskan sesiapa sahaja yang berada di lokasi terlibat.


Bencana gempa bumi di Sabah itu adalah peringatan paling jelas untuk semua rakyat Malaysia sebenarnya. Peringatan supaya jangan lagi alpa mahupun lalai. Tiada lagi zon selesa untuk rakyat Malaysia ber'gila-gila' tak ingat dunia. Bencana kian menghampiri kita.

Bumi yang didiami ini bukan hak mutlak kita rakyat Malaysia, ia milik Allah. Dan bumi ini tersangatlah tua usianya dengan kerosakan di sana sini. Meniti hari menuju pengakhiran.

Bertabahlah rakyat Sabah, musibah yang menimpa orang-orang Sabah terutamanya di Ranau juga merupakan musibah untuk seluruh rakyat Malaysia. Peringatan dan pengajaran pastinya tersirat disebalik musibah itu. Bukan untuk diteladani rakyat Sabah sahaja, tetapi seluruh Malaysia termasuk di semenanjung.


Lanjut mengenai gempa bumi di Ranau Sabah >> Astro Awani

Photobucket

Jan 25, 2014

[Al-Fatihah] Matinya Seorang Murabbi

Salam,

Daripada Abdullah bin Amr bin al-‘As r.huma berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW. Bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekaligus daripada (dada) manusia, tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama’.
Apabila sudah ditiadakan alim ulama’, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Jadilah mereka itu sesat lagi menyesatkan orang lain.”
[Al-Bukhari (100, 7307); Muslim (2673)]

Pada jam 12.05 tengah malam semalam, kembalinya seorang lagi ulama ke pangkuan Ilahi. Insan yang dimaksudkan ialah Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Dato Tuan Guru Hj. Haron Taib. Almarhum meninggal dunia di Hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu.

Ulama ini antara individu yang paling lantang bersuara menentang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dalam kitab Bible dan menentang ajaran syiah demi membela Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beberapa kenyataan dari Arwah Tuan Guru Hj. Haron Taib yang patut dijadikan renungan kita bersama.

  • ISU KALIMAH ALLAH :”Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,”
  • ISU KALIMAH ALLAH: “Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu,”
  • ISU KALIMAH ALLAH: “Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,”
  • HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:”Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi,”
  • HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:”Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,”
  • MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia”.
  • MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif,” 
  • HIMPUNAN BLACK505: “Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13,” 
  • HIMPUNAN BLACK505: “Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya),”
  • HIMPUNAN BLACK505: “Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,” 


sumber : KLXpress

#KataAmbo:Mati orang alim adalah mati alam ini.

Photobucket

Aug 5, 2013

Dimana Adik Aisyah ?

Salam,,

Sama ada ini kes perebutan anak antara suami isteri atau kes culik, itu wallahualam. Tetapi sekarang ini tersebar di laman sosial facebook seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang akibat diculik seorang individu.

Kejadian dipercayai berlaku di pasaraya Jusco Rawang. Nak dekat-dekat Aidilfitri yang hanya tinggal beberapa hari lagi, harapnya kanak-kanak yang bernama Aisyah ini selamat pulang ke pangkuan keluarganya dengan selamat.

Dibawah ini gambar suspek yang disyaki menculik adik Aisyah di Jusco Rawang. Mungkin anda yang membaca post ini mampu membantu mengenal pasti individu ini ataupun bersama sebarkan maklumat ini. Muka macam "ulat buku" je mamat ni.


Dibawah ini print screen dari rakaman cctv menunjukkan adik Aisyah dibawa keluar dari Jusco Rawang oleh seorang lelaki. Dipercayai suspek membawa lari Aisyah dengan menaiki kereta jenis Viva Putih bernombor plat BLC 1894


Ayuh bantu ibu Aisyah menjejaki anak beliau. Ambo harap agar ia tidak berkesudahan sebagaimana kes-kes yang dulu. Bersama panjatkan doa dan harapan agar adik Aisyah dapat sama-sama meraikan Aidilfitri di pangkuan keluarga.

#KataAmbo::Meniti Hari-Hari Terakhir Ramadhan.
Photobucket

Jun 23, 2013

IPU Di Shah Alam Mencapai Tahap Tidak Sihat

Salam,

Terasa pelik bila melihatkan kabus masih belum hilang meskipun matahari makin tinggi. Rupa-rupanya ia bukan kabus tapi jerebu. Pagi tadi sekitar jam 7 pagi ambo sempat keluar menghirup "jerebu" sekitar tasik. Ternyata dalam suasana jerebu melanda masih ada insan-insan yang menjalani hidup sihat sedang jogging di sekitar tasik tersebut. Tanpa terasa kehadiran asap jerebu di sekeliling mereka. Mungkin mereka beranggapan ia adalah kabus.

Pada pandangan ambo, tahap jerebu di Shah Alam agak teruk berpandukan jarak penglihatan yang rendah. Kebiasaannya, dari tempat ambo menetap, puncak Bukit Cerakah jelas kelihatan. Namun sekitar jam 10 pagi masih samar-samar.

Berikut tahap bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di beberapa kawasan terpilih yang memperlihatkan bacaan yang agak tinggi. Paling sadis di Muar Johor. Tak syak lagi, memang patut Kementerian Alam Sekitar mengisytiharkan darurat di kawasan tersebut.


Harapnya, masalah jerebu ini tidak bertambah teruk untuk hari-hari mendatang. Memang cantik mata memandang suasana seperti berkabus, tetapi hakikatnya ia tidak senyaman kabus untuk dihirup udaranya. Kerana ia jerebu, bukan kabus!

#KataAmbo::Pakai topeng untuk elak jerebu, tetapi asap rokok tetap dihembus. 
Photobucket

Apr 23, 2013

3 No IC yang berbeza, Pengundi Yang Sama

salam,,


Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 ini, makin banyak cerita-cerita dan pembongkaran yang didedahkan. Benar atau tidak itu Wallahu a'lam. Terbaru ada satu pendedahan mengenai kewujudan seorang pengundi yang memiliki 3 no kad pengenalan yang berbeza dan di 3 pusat pengundian yang berbeza.

Ini bukan omong kosong,  di mana anda sendiri boleh membuat semakan di laman Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Anda masuk ke laman berikut >>> http://daftarj.spr.gov.my/semakpru13.aspx <<<

Kemudian masukkan ketiga-tiga no ic berikut:

  • 490715065233 
  • 490715065161
  • 490715065137
Kemudian akan keluar dari ketiga-tiga no ic tersebut, nama yang sama, tempat mengundi yang berbeza. Anda boleh mencuba sendiri, dengan menyemak ketiga-tiga nombor ic berikut di laman SPR. 





Sama ada berlaku masalah teknikal atau pihak SPR belum mengemaskini pangkalan data, itu ambo tak pasti.Namun jika benar berlaku kewujudan seorang pengundi yang memiliki tiga no ic berbeza untuk 3 tempat mengundi yang berbeza, ternyata itu amat mengecewakan.

#KataAmbo::Pelanduk dua tiga serupa barangkali.
Photobucket

Apr 22, 2013

Igauan Dari Kemalangan Ngeri Di Federal Highway

salam,,

Ambo kalau boleh tak nak buat entri pasal kemalangan ngeri yang berlaku awal pagi semalam, Ahad 21 April 2013. Serius ngeri jika dilihat pada sedutan video yang dirakamkan. Melihat keadaan mayat mangsa dengan anggota tubuh yang terputus dan bersepah atas jalan raya cukup menceritakan keadaan yang mengerikan dalam kemalangan yang melibatkan kematian itu.

5 mangsa telah terkorban, dimana 3 penunggang motosikal dan lagi 2 masing-masing pemandu kereta Honda City dan seorang lagi penumpang dari sebuah lagi kereta yang berhenti untuk memberikan pertolongan. Info lanjut dan video mengenai kemalangan ngeri di Federal Highway boleh diikuti di laman Oh! Tidak.com.

Lagi video kemalangan yang lebih jelas dan ber'durasi' lebih lama klik sini.


Kemalangan itu seperti mengimbau kejadian yang dilalui ambo 2 tahun yang lalu. Berlaku kira-kira jam 12 tengah malam, juga menghala ke Shah Alam di mana motorsikal yang ambo naiki terbabas dan ambo tertiarap atas lebuhraya persekutuan itu.

Nyaris-nyaris dilanggar motorsikal dari belakang. Tapi nasib baiknya motorsikal itu sempat mengelak dan motor dia pun turut terbalik disebabkan mengelak dari merempuh ambo. Fuhh! Trauma!

Ketika kejadian, keadaan trafik atas federal highway itu bergerak perlahan sebab jem teruk. Jadi kenderaan lain pun tak bergerak laju. Itu yang nasib baik tu.
Sebelum itu, kejadian berlaku semasa ambo dalam perjalanan pulang dari menghadiri satu seminar di Universiti Malaya Kampus Kota dekat Bank Negara kalau tidak silap.

Syukur Alhamdulillah, hanya kecederaan ringan saja. Punca kemalangan, sebab tayar motorsikal ambo sudah haus dan keadaan jalan pula licin lepas hujan. Jadi tengah syok menyelit di celah-celah deretan kereta ambo gagal kawal tayar depan lalu gedebukk jatuh! Memang tepat pada masanya, dan kena pada situasinya.

Jadi nasihat ambo, terutamanya penunggang motorsikal diluar sana yang singgah di blog ambo, hati-hatilah dijalan raya. Kita penunggang motorsikal ni lebih berisiko untuk terlibat dengan kemalangan. Maklumlah roda hanya dua.

#KataAmbo::Fobia tunggang motorsikal malam-malam dan dalam hujan.

Photobucket

Apr 10, 2013

Video Ketua Tingkatan Dibelasah Lan Todak Jr

salam,,

Ini satu lagi video yang menjadi trending dan disebarkan secara meluas di internet. Serius macam haram budak-budak dalam video ini membelasah seorang ketua tingkatan. Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah di Seberang Prai Pulau Pinang.

Tidak cukup dengan penyebaran video, segala maklumat peribadi pembuli turut disebarkan seperti link Facebook, Instagram, Twitter serta Blog. Tidak cukup dengan itu, penggodam top Malaysia, Rilekscrew turut menggodam Facebook milik salah seorang pembuli..haha! Ini kes serius.

Sah-sah terkencing budak-budak hingusan itu bila buka facebook penuh dengan muka masing-masing.


Melihat kepada aksi dalam video, sah-sah budak-budak ni terpengaruh dengan pembawaan filem Juvana 2. Ambo tertanya-tanya, bagaimana dengan susuk tubuh si pembuli yang kurus keding serta tak cukup zat itu boleh jadi pembuli. 

Kejadian gaduh dan buli bukan perkara baru di Malaysia. Sebelum ini pun pernah timbul isu ini malah menyebabkan kematian, cumanya tidak di rekodkan secara visual. Jadi masyarakat tidak mendapat gambaran bagaimana kes buli dan gaduh berlaku di sekolah.

Persoalannya mungkinkah penyebaran video ini dapat menimbulkan keprihatinan pihak berwajib untuk melakukan sesuatu tindakan untuk membendungnya.

#KataAmbo::Gangster sekolah zaman sekarang makin kurus erkk!!
Photobucket

Apr 4, 2013

Datuk Seri Anwar Muncul Di Al Jazeera 3 April 2013


Salam..

Bahang Pilihan Raya ke-13 makin terasa dan jelas sekali kehangatannya terutama di alam maya. Pelbagai kempen secara tidak langsung makin hebat. Dan perkara itu bukannya bermula sejurus pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri tadi (3 April 2013) tetapi sudah berminggu malah berbulan. Mungkin juga dari tahun lepas lagi.

Terbaru kehangatan PRU13 makin hangat apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar muncul di TV Al Jazeera. Petikan temubual adalah sebagaimana video di bawah:


Sebelum itu ini pula video pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada hari Rabu 3 April 2013. Pengumuman tersebut penamatkan desas-desus mengenai tarikh sebenar PRU13 akan diadakan. Mandat Kerajaan Pusat akan berakhir pada 28 April ini setelah PRU12 diadakan pada 8 Mac 2008.


Disebelah mana anda berada itu hak masing-masing. Bukan niat untuk mempengaruhi. Lagi pun ambo sekadar berkongsi, dan bukan untuk menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak. Ambo lebih selesa untuk berada di pihak yang berkecuali ataupun dalam istilah lain "atas pagar".  Dan seperkara lagi ambo belum bersedia untuk berdepan komen-komen 'not educated' dari orang-orang politik yang tegar.

Selamat mengundi untuk semua warganegara Malaysia yang telah layak mengundi dan sudah pun berdaftar dengan SPR. Buatlah pilhan yang bijak atas penilaian yang waras  anda dan bukan dipengaruhi mana-mana pihak.


sumber: Sinar Harian TV, Al Jazeera TV

#KataAmbo::Tetap meneruskan rutin sebagai seorang mahasiswa.
Photobucket

Mar 26, 2013

Pemergian 3 Ulama Pada Tarikh Yang Sama 25 Mac 2013



salam,,

Sedang asyik ambo scroll laman facebook, tetiba terkejut melihat laporan yang mengatakan tokoh ilmuan Islam negara, Ustaz Dr Uthman El Muhammady telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.00 petang semalam (25 Mac 2013) di rumahnya di ISTAC, IIUM KL Campus, Taman Duta, Kuala Lumpur.

Ustaz merupakan seorang tokoh yang amat disegani di Malaysia dan ilmuan yang cukup tinggi ilmunya. Sering muncul di kaca tv untuk rancangan bual bicara agama seperi Al-Kuliyyah, Forum Perdana Hal Ehwal Islam dan lain-lain lagi..

Sedikit info tentang Allayarham Ustaz Dr Uthman El Muhammady:

Dilahirkan di Kampong Telok, Panji, Kota Bharu, Kelantan Darulnaim pada 1 Februari 1943. Merupakan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1426 H pada 10 Februari 2005.

Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu, sebelum memasuki Special Malay Class pada tahun 1943 di Sekolah Sultan Ismail, yang kemudiannya menjadi Maktab Sultan Ismail, atau Sultan Ismail College hingga ke Tingkatan 5.

Beliau kemudian mengambil Higher School Certificate (HSC) di Kolej Sultan Abdul Hamid , Alor Star Kedah. Sebuah kolej yang melahirkan dua Perdana Menteri ulung negara, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Dr Mahathir Mohammad.

Pada tahun 1963, beliau memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam tahun 1966. Kemudian beliau menjadi tutor dan mendapat M.A. tahun 1969.

Beliau terus mengajar di Jabatan Pengajian Islam UM hingga ke tahun 1973 apabila beliau kembali ke Kelantan untuk menumpu masa sebagai seorang penulis dan pendakwah bebas hingga sekarang.

Pada tahun 1995, beliau dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D. Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia (USM) kerana usaha-usaha dan penulisannya dalam pemikiran Islam dan dakwah.

Minat kajian beliau adalah di dalam:

* Bidang ilmu-ilmu Islam dan falsafah Barat
* Pemikiran semasa dan pandangan Islam tentangnya
* Akidah Sunni, faham ilmunya dan pandangan hidupnya

Beliau banyak menumpukan masanya di dalam masyarakat setempat dengan melaksanakan pengajian kitab di masjid-masjid sekitar Pasir Mas dan Kota Bharu, Kelantan selain dari menunaikan jemputan ceramah di merata tempat.

Di antara penulisannya yang telah dihasilkan beliau ialah:

  1. “Al-Quranul-Karim, terjemahan dan Huraian Maksud”-terjemahan dan huraian tambahan atas tafsir Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali, keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (5 jilid).
  2. “Fathul Mu’in, terjemahan dan Huraian Maksud”, terbitan Majlis Ugama Islam Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan.
  3. “Peradaban dalam Islam” terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, edisi 1976 dan beberapa cetak-ulang.
  4. “Memahami Islam" terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, Kelantan, 1977.
  5. “Islam, Peribadi, Tarbiah dan Institusi” terbitan Majlis Ugama Islam Kelantan, 1987.
  6. “Islam dan Kebudayaan” risalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berdasarkan kepada wacana tentang kebudayaan yang disampaikan pada tahun 1989 di Kuala Lumpur.


Selain itu, tanggal 25 Mac 2013 juga dua lagi tokoh ilmuan agama yang pergi menemui Pencipta-Nya. Tokoh yang dimaksudkan ialah:

  • Tuan Guru Haji Ali Kedah : Mengajar Tasawuf (kitab Hikam ) di Masjid-masjid di Alor Setar. Akhlaknya indah. Murabbi selalu cerita mengenainya. 
  • Tuan guru Hj Muhammad Abdullah : Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kedah. 

Satu kebetulan yang amat menyedihkan kerana kita kehilangan tokoh agama yang cukup berwibawa. Tetapi Allah lebih menyayangi mereka dan sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik.

Sebelum itu, beberapa hari yang lalu, seorang ulama di Syria juga telah kembali ke rahmatullah akibat terkena serangan bom dalam sebuah masjid di Syria yang didakwa dilakukan oleh rejim pemerintah disana. Beliau ialah As Syahid Syeikh Said Ramadhan Al-Buti yang terbunuh bersama 42 lagi jemaah dalam Masjid Iman.


Sedikit renungan untuk kita semua:
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal.  Ketika itu manusia akan melantik ketua mereka yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain."
( Riwayat al-Bukhari )
#KataAmbo:: Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali. Al-Fatihah.
Photobucket

Mar 21, 2013

Semakan Keputusan SPM 2012 Dalam Talian

Salam,,

Hari ini ( Khamis-21 Mac 2013) mungkin suatu hari seperti mana hari-hari sebelumnya bagi kebanyakan dari kita. Namun tidak bagi 472, 541 calon SPM 2012 yang bakal menerima keputusan peperiksaan mereka hari ini.

Kenyataan dari Menteri Pelajaran, calon-calon SPM 2012 boleh mengambil keputusan masing-masing di sekolah selepas jam 10 pagi. Selain itu, selari dengan teknologi, calon-calon juga boleh membuat semakan menerusi khidmat SMS dengan cara menaip:

  • SPM<jarak>no kad pengenalan<jarak>angka giliran  
  • Hantarkan SMS ke 15888



Perkhidmatan talian SMS untuk semakan keputusan SPM 2012 ini akan mula diaktifkan pada 10am (hari ini) sehingga 11.59 pm (27 Mac 2012). Seramai 472,541 calon SPM 2012 dari 3590 pusat peperiksaan seluruh negara telah menduduki SPM pada 5 Nov- 6 Dis tahun lalu.

Ambo pernah berada dalam situasi seperti mereka kira-kira 5 tahun yang lalu. Semalaman tidak melelapkan mata. Tapi sejak dari awal lagi ambo sudah pasrah dan redha untuk terima apa saja gred yang bakal tercatat pada slip keputusan itu nanti.

#KataAmbo::Halatuju selepas SPM itu suatu yang kritkal.

Photobucket

Mar 20, 2013

[video] Gerakan Mahasiswa Merdeka Bikin Kecoh Di UiTM Shah Alam

salam,,

Beberapa hari yang lalu berlaku sedikit kekecohan di pintu masuk 2 UiTM Shah Alam. Ini semua gara-gara kelibat beberapa individu yang menggelarkan diri mereka sebagai wakil Gerakan Mahasiswa Merdeka (GMM). Lebih menyedihkan, turut lerlibat dalam kelompok kumpulan tersebut ialah bekas pelajar UiTM sendiri yang telah pun digantung pengajian kerana cuba menimbulkan kekacauan dalam kampus.


Sekumpulan mahasiswa Pro-M yg mengelar diri mereka GM13 (Gerakan Mahasiswa PRU 13) mula masuk ke UiTM untuk menyebarkan fahaman ideologi mereka..
Mereka mula berkumpul di Dataran Cendekia namun ditahan pihak Polis Bantuan UiTM dan dibawa ke ibu pejabat Polis Bantuan seterusnya diiring keluar ke pagar UiTM.
Mereka yang terlibat dan turut kelihatan adalah Khalid Ismath (Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen), Safwan Anang (Solidariti Mahasiswa Malaysia), Ekhsan Bukharee (AKSI Mahasiswa Peduli) dan rakan-rakan mereka yang lain lagi..
Namun setelah diiring keluar UiTM, mereka memulakan sesi Speaker Corner di laluan lampu isyarat Pintu 2 UiTM Seksyen 7 dan berlaku sedikit pertengkaran apabila mahasiswa UiTM sendiri mula menghalau mereka..
Di laman media, pihak mereka menyatakan samseng upahan UMNO yang menghalau mereka namun jelas kelihatan hanya mahasiswa UiTM yang sayangkan UiTM dan tiada pula laungan2 perkataan UMNO tadi..
Malah ada aktivis antara mereka memaklumkan yg pihak mereka dipukul oleh samseng2 ini sedangkan tiada pergaduhan tumbuk menumbuk berlaku..



Sebelum ini mereka pernah berkumpul dan cuba menyebarkan ideologi mereka kepada pelajar universiti. Mungkin pada hakikatnya,mereka cuba memberi kesedaran kepada pelajar UiTM terutamanya tentang kebebasan pelajar untuk bersuara dan berpolitik, namun hakikatnya ada agenda tersembunyi yang cuba disampaikan.

Sebelum ini mereka pernah mendakwa, pelajar UiTM sebagai pak turut. Sedangkan mereka tidak tahu, yang pelajar di universiti ini bukannya buta politik dan tidak peka akan isu-isu semasa.

Cumanya, kami sedar, masa sekarang adalah waktu untuk kami melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan merealisasikan cita-cita dan harapan diri, keluarga, masyarakat dan negara untuk berjaya.

Bila semua sudah terlaksana, ilmu sudah penuh didada, kami tampil kedepan dengan ilmu dan bukannya sekadar berbekalkan semangat dan ideologi membabi buta serta dibawah telunjuk pihak-pihak tertentu.

#KataAmbo::Makin banyak ceramah disana sini.

Photobucket

Mar 16, 2013

[video] Ribut Di Majlis Bekwoh Rakyat Kelantan Bersama PM

salam,,

Menakutkan. Itu gambaran yang ambo boleh katakan apabila melihat satu video yang menunjukkan khemah-khemah terbang di landa ribut ketika berlangsungnya Majlis 'Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Tanah Merah Kelantan ada 15 Mac 2013 yang lalu.

Kejadian tersebut berlaku ketika lagu 1Malaysia rancak dinyanyikan di pentas utama. Sebelum itu, ketika berlangsungnya majlis tersebut, PM turut menggariskan 7 'dosa' besar Pakatan Rakyat (PR) termasuk Pas di Kelantan.

Perdana Menteri menggariskan, antaranya dosa parti Pas ialah membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat perjuangan Pas sendiri.
"Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu dan tahaluf siyasi (kerjasama politik antara Pas, PKR dan DAP) merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat.
"Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut hari ini," katanya pada Majlis `Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah 1 di sini, hari ini.15 mac 2013.
sumber:Sinar Harian 





#KataAmbo::Makin dekat PRU, makin ramai yang merapu.

Photobucket

Mar 15, 2013

Sultan Kelantan Ziarah Keluarga Arwah Wira Negara

salam,,

Kesedihan yang menyelubungi keluarga arwah Ahmad Hurairah yang terbunuh ketika bertugas menggempur kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu turut sama dikongsi dengan KDYMM Sultan Muhammad V yang berangkat menghadiri Majlis Tahlil Arwah, Wira Negara Allahyarham Ahmad Hurairah Bin Ismail Di Kg Bayu Lalang,Dun Meranti.

Satu penghormatan dari Sultan Kelantan ini terhadap wira negara itu. Arwah Ahmad Hurairah, anggota tentera negara yang terkorban semasa bertugas di Lahad Datu selamat dikebumikan dikampung halamannya pada tengah hari 13 mac 2013 lalu.


Ambo juga difahamkan, arwah merancang untuk mengikat tali pertunangan, pada Februari lalu dengan Nordiana Kamarruddin, 23, pelajar tahun akhir jurusan sarjana muda syariah dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail (KIAS).

Namun terpaksa tangguhkan hasrat beliau kerana Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja(RAMD) tempat Ahmad Hurairah bertugas telah diletakkan dalam keadaan siap sedia untuk Ops Daulat di Lahad Datu.

Gambar: Sinar Harian
Semoga arwah dan seluruh anggota keselamatan negara yang terkorban mendapat tempat dalam kalangan orang-orang yang beriman hendaknya.

#KataAmbo::Apa pengorbanan kita untuk negara?
Photobucket

Mar 12, 2013

Kuliah Khas Ustaz Azhar Idrus di Shah Alam Mac 2013

Salam,,

Kuliah Maghrib Khas bersama Ustaz Azhar Idrus sekali lagi akan berlangsung di Shah Alam. Kuliah tersebut  akan diadakan pada hari Sabtu, 23 Mac 2013 bersamaan 11 Jumadil ‘Awal 1434 hijrah.

Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:



Kuliah akan berlangsung selepas Solat Maghrib, bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Kuliah atau apa-apa sahaja majlis yang melibatkan kehadiran Ustaz Azhar selalunya mendapat sambutan yang luar biasa seperti mana di sambutan malam tahun baru 2013 lalu.



#KataAmbo::Teringin rasa suasana kuliah UAI ni.

Photobucket

Mar 8, 2013

UiTM Tawar Tempat Untuk Anak-anak Polis Yang Terkorban Di Sabah

Salam,,

Beberapa hari yang lalu ambo ada melawat page facebook Naib Canselor Uitm, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Ada satu perkhabaran gembira dan sungguh murni dari pihak universiti.

UiTM Tawar Tempat Untuk Anak-anak Polis Yang Terkorban Di Sabah. Itulah tajuk yang tertera pada status facebook beliau.

KANGAR, 5 Mac (Bernama) -- Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan memastikan anak-anak pegawai dan anggota polis yang terkorban semasa mempertahankan kedaulatan negara di Sabah mendapat tempat sewajarnya di UiTM, kata Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar pada Selasa.
Menurutnya, pada masa ini, empat anak-anak anggota yang terkorban telah dikenal pasti dan usaha mengesan sedang dilakukan bagi memastikan kemungkinan ada lagi anak-anak anggota yang berkelayakan diberi tempat di institusi pengajian tinggi itu.
UiTM amat menghargai jasa pahlawan yang gugur semasa mempertahankan tanah air dan anak-anak pahlawan itu akan diberi tempat yang sewajarnya di UiTM, katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau Selasa. Beliau berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Ambo cukup, bangga dengan apa yang dilakukan oleh pihak universiti yang senantiasa terkehadapan dalam membantu anak bangsa mendapat peluang ke menara gading. Selain itu, tawaran ini turut membantu sedikit sebanyak meringankan beban keluarga anggota keselamatan negara yang kehilangan ketua keluarga mereka.

Diharap anak-anak yang dibantu tersebut memanfaatkan peluang sebaik mungkin. 



#KataAmbo::Long Live UiTM

Photobucket

Mar 5, 2013

[video] Ceroboh Lahad Datu:Wartawan TV3 Nyaris Diserang Penceroboh

Salam,,


Wartawan TV3 yang menyertai gerakan menyelamat oleh pasukan keselamatan nyaris diserang oleh pasukan penceroboh. Kejadian di ladang kelapa sawit itu berlaku sebaik mereka menghampiri kawasan kejadian untuk mengambil perajurit VAT69 yang terbunuh dan tercedera.

Video kejadian tersebut disiarkan oleh Buletin Utama semalam. Beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh kumpulan penceroboh menyebabkan wartawan TV3 berkenaan dan pasukan penyelamat terpaksa mencari tempat perlindungan.



#KataAmbo::Bilakah akan berakhir agaknya?

Photobucket

Darah Satria - Perajurit Negara Tak Akan Goyah

salam,


Seperti masih belum menemui titik noktah dalam insiden pencerobohan kumpulan yang mendakwa sebagai wakil Kesultanan Sulu di Pantai Timur Sabah. Terbaru ( setakat 4 Mac 2013) ada lagi anggota pasukan keselamatan negara yang gugur dimedan pertempuran.

Berikut 6 anggota keselamatan negara yang terkorban akibat diserang hendap oleh penceroboh di Semporna, Sabah.

1. Supt Ibrahim bin Lebar
2. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran
3. ASP Micheal Padel
4. Sjn/D Baharin bin Hamit
5. Sjn Abd Aziz bin Sarikun
6. Kpl/S Salam bin Togiran

Al fatihah dan salam takziah buat perajurit yang telah gugur di medan perang. Agi idup Agi Ngelaban Wahai Perajurit Negara di medan pertempuran.





#KataAmbo: Biar kita mandi peluh, Jangan kita mandi DARAH!!

Photobucket

Mar 3, 2013

Isu Ceroboh Sabah: Peringatan PDRM Untuk Semua

Salam,,

Memang tidak dinafikan Rakyat Malaysia memang prihatin akan isu-isu semasa. Setiap kali ada sebarang info atau maklumat penting pasti dengan pantas akan dimaklumkan kepada semua agar semua tahu dan berjaga-jaga. Satu niat yang murni lagi mulia. Namun AWAS!!!!

Dalam isu pencerobohan pengganas di Sabah kebelakangan ini, berhati-hati dalam menyebarkan maklumat yang diterima menerusi laman sosial seperti blog, facebook ataupun twitter. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal dalam kawasan yang terlibat.



NASIHAT DARI PDRM - MENYIMPAN RAHSIA NEGARA DENGAN SEKETAT-KETATNYA!!!

Tolong pesan dgn orang lain. Tolong jangan update dekat facebook kalau ternampak ATM tengah buat roadblock dekat mana dan kereta dekat mana. Percuma penceroboh dapat info!!
Senang-senang mereka serang. Jika ada apa-apa simpan dalam hati. Mereka ( pengganas @ penceroboh) sedang memerhati!!
Kepada Rakyat Sabah. Tolong jangan sebarkan maklumat di facebook (laman sosial) atau dimana-mana sekalipun apa yang anda nampak Polis dan ATM lakukan di Sabah, apa yang anda nampak itu adalah rahsia pertahanan negara. Tolong jangan merasa bangga dengan maklumat yang anda sebarkan. Anda hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
Secara tak sengaja anda hanya membocorkan maklumat kepada pengkhianat negara. Sekarang anda juga memegang amanah negara dgn tidak menyebarkan maklumat. Pegang amanah itu erat-erat.
TOLONG SEBARKAN!
Rasanya update pasal info berapa yang terkorban (situasi semasa) itu tiada masalah atau update info agar semua orang lebih berhati-hati itu tiada masalah cuma jangan update info yang berkaitan dgn gerakan PDRM dan tentera di luar sana!!
Jika diperhatikan dilaman-laman sosial, pelbagai info dilaporkan. Agak menyedihkan dan membimbangkan jika kekacauan yang tidak diingini berlaku disana.


#KataAmbo::Sabah tidak tenteram bermakna Malaysia juga sama. #PrayForSabah.

Photobucket

Mar 2, 2013

Isu Lahad Datu:Luahan Anak Kecil Allahyarham Inspektor Zulkifli

salam,,

"Papa mati..Papa Duduk Dalam Kubur...Papa Kena Bom," anak lelaki Allahyarham Insp Zulkifli berusia 4 tahun. Itulah ungkapan dari anak kepada salah seorang dari pejuang negara yang terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di Lahad Datu semalam.

Anak kecil, nampak macam masih belum mengerti apa-apa. Tetapi mereka pasti merasai kehilangan.




Dalam insiden tembak menembak antara pasukan keselamatan Malaysia dengan kumpulan penceroboh semalam (1 Mac 2013) mengakibatkan 2 pegawai keselamatan Malaysia terbunuh dan 3 lagi cedera.

Pegawai Yang Terkorban:

-Insp Zulkifli Bin Mamat
-Kpl Sabaruddin Bin Daud

Pegawai Cedera/Cedera Parah:

-Kpl Mohd Tarmizi Bin Hashim
-Kpl Mohd Qaiyum Afzal Bin Zulkifli
-Kpl Azman Bin Ampong

Mereka tinggalkan anak isteri dan keluarga untuk menjaga keselamatan dan keamanan negara. Harap pengorbanan mereka bersama-sama pasukan keselamatan negara tidak dilupakan. Semoga keluarga mangsa mendapat pembelaan sewajarnya.

Andai kata, apa yang berlaku adalah sandiwara politik atau dijadikan modal politik selepas ini, lebih-lebih lagi menjelang PRU nanti. Pastinya ia satu yang menyedihkan.


#KataAmbo::Al-Fatihah

Photobucket

Mar 1, 2013

Ceroboh Lahad Datu : Pertempuran Mula Tercetus

Salam,,

Isu pencerobohan oleh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tandou, Lahad Datu mula mencetuskan ketegangan apabila dilaporkan berlaku kejadian tembak menembak antara kumpulan penceroboh bersenjata dengan tentera Malaysia.



Berikut sumber berita dari Berita Harian.

LAHAD DATU: Dua anggota tentera Malaysia yang cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, tempat kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina berkubu, diterbangkan ke Hospital Lahad Datu di sini.
Mereka dibawa dengan sebuah helikopter tentera pada jam 1.50 tengah hari ini.

Sebaik tiba, seorang daripada mereka diusung dengan katil bergerak manakala seorang lagi dibawa dengan kerusi roda menuju ke wad kecemasan hospital berkenaan.

Kedua-dua mereka dilihat mempunyai kesan darah pada pakaian celoreng dengan wajah menahan kesakitan, menurut pemberita di hospital itu.

- BERNAMA

Sementara itu, media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu.

Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut tetapi setakat ini dua anggota tentera Sultan Sulu disahkan terbunuh.

Akhbar Philippine Star, Philstar.com melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini. Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam serangan tersebut.


Namun, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein menafikannya menerusi mesej di Twitter sebentar tadi yang mengesahkan pasukan keselamatan negara tidak memulakan serangan tersebut tetapi diserang oleh tentera Sultan Sulu itu kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan.

Rakyat Malaysia diminta mendoakan keselamatan penduduk Lahad Datu yang kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan dari arahan pihak berkuasa supaya semua rumah dan kawasan perniagaan di bandar itu ditutup sejak jam 7 pagi tadi.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka akan mengadakan operasi besar-besaran bagi memburu tentera Sultan Sulu itu dan persediaan dari segi taktikal dan operasi bersepadu dengan polis akan menyaksikan lebih banyak pertempuran bersenjata tercetus.

Pencerobohan tentera dari selatan Filipina itu kini memasuki hari ke-20.Info terbaru pasukan keselamatan Malaysia mula menambah jumlah kehadiran mereka di Lahad Datu hingga dikatakan mencecah lebih 3,000 orang.

tentera malaysia


tentera kesultanan sulu


Sebelum itu, media melaporkan,pada 12 Februari lalu, bot yang mengangkut lebih 100 orang termasuk sebahagian besarnya bersenjata, yang memakai pakaian celoreng tentera, mendarat di pantai Lahad Datu, Sabah.
Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai Tentera Diraja Sultan Sulu, dan tidak mahu warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina.

Askar itu telah bertahan di kampung itu sejak dua minggu lepas, dan Kerajaan Malaysia memberikan mereka masa hingga Jumaat lepas (22 Feb) untuk meninggalkan negara ini.

Bagaimanapun, tarikh penamat itu dilanjutkan selama 48 jam selepas kerajaan Filipina memohon lanjutan empat hari hingga Selasa atas alasan Manila sedang berusaha memujuk kumpulan itu supaya membatalkan pendirian mereka.

#KataAmbo::Hargailah keamanan negara wahai rakyat Malaysia.

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...