Mar 8, 2013

Tabber Widget Akhirnya Berfungsi

salam,,

Bukan sekali. Bukan dua kali, tapi sudah berkali-kali ambo cuba memasang tabber widget di sidebar blog ambo ini. Jenuh bertanya kepada tuan blog yang menyediakan coding aplikasi tersebut tentang cara atasi masalah yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Masih juga tidak berjaya.

Segala arahan yang diberikan, telah ambo diikuti baris demi baris. Tetap juga tak menjadi. Jadi niat untuk melihat tabber widget tampil di sidebar Dunia Bawah Tempurung tidak kesampaian dan terpadam macam tu saja.

Tapi bisikan mengoda lagi memotivasikan terlintas dihati untuk mencuba lagi. Pusing sana dan pusing sini akhirnya, harapan untuk pastikan tabber widget menghiasi laman blog ambo menjadi kenyataan. Punyalah senang, tapi baru sekarang datangnya ilham dari ilahi.

Bagi yang belum tahu apa itu tabber widget, ia sebenarnya widget yang memaparkan multiple tab. Kebanyakkan blogger meletakkannya pada bahagian sidebar. Kelebihan widget ini pada pandangan ambo dapat menjimatkan ruang, lalu menjadi ruang nampak lebih kemas dan tersusun.


Sebelum itu, punca yang menggagalkan tabber widget dipasang di blog ambo semuanya disebabkan oleh kod berikut :

[script src='http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js' type='text/javascript'/]

Coding tersebut yang ambo jumpa selepas selongkar bahagian 'edit html', perlu dibuang kerana turut terdapat juga dalam coding widget tersebut. Itu yang ambo faham laa..

#KataAmbo::Bila hati tenang, semua benda jadi..Alhamdulillah!

Photobucket

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...