Mar 15, 2013

Sultan Kelantan Ziarah Keluarga Arwah Wira Negara

salam,,

Kesedihan yang menyelubungi keluarga arwah Ahmad Hurairah yang terbunuh ketika bertugas menggempur kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu turut sama dikongsi dengan KDYMM Sultan Muhammad V yang berangkat menghadiri Majlis Tahlil Arwah, Wira Negara Allahyarham Ahmad Hurairah Bin Ismail Di Kg Bayu Lalang,Dun Meranti.

Satu penghormatan dari Sultan Kelantan ini terhadap wira negara itu. Arwah Ahmad Hurairah, anggota tentera negara yang terkorban semasa bertugas di Lahad Datu selamat dikebumikan dikampung halamannya pada tengah hari 13 mac 2013 lalu.


Ambo juga difahamkan, arwah merancang untuk mengikat tali pertunangan, pada Februari lalu dengan Nordiana Kamarruddin, 23, pelajar tahun akhir jurusan sarjana muda syariah dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail (KIAS).

Namun terpaksa tangguhkan hasrat beliau kerana Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja(RAMD) tempat Ahmad Hurairah bertugas telah diletakkan dalam keadaan siap sedia untuk Ops Daulat di Lahad Datu.

Gambar: Sinar Harian
Semoga arwah dan seluruh anggota keselamatan negara yang terkorban mendapat tempat dalam kalangan orang-orang yang beriman hendaknya.

#KataAmbo::Apa pengorbanan kita untuk negara?
Photobucket

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...