Salam,,
Isu pencerobohan oleh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tandou, Lahad Datu mula mencetuskan ketegangan apabila dilaporkan berlaku kejadian tembak menembak antara kumpulan penceroboh bersenjata dengan tentera Malaysia.
Berikut sumber berita dari Berita Harian.
Isu pencerobohan oleh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tandou, Lahad Datu mula mencetuskan ketegangan apabila dilaporkan berlaku kejadian tembak menembak antara kumpulan penceroboh bersenjata dengan tentera Malaysia.
Berikut sumber berita dari Berita Harian.
LAHAD DATU: Dua anggota tentera Malaysia yang cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, tempat kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina berkubu, diterbangkan ke Hospital Lahad Datu di sini.
Mereka dibawa dengan sebuah helikopter tentera pada jam 1.50 tengah hari ini.
Sebaik tiba, seorang daripada mereka diusung dengan katil bergerak manakala seorang lagi dibawa dengan kerusi roda menuju ke wad kecemasan hospital berkenaan.
Kedua-dua mereka dilihat mempunyai kesan darah pada pakaian celoreng dengan wajah menahan kesakitan, menurut pemberita di hospital itu.
- BERNAMA
Sementara itu, media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu.
Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut tetapi setakat ini dua anggota tentera Sultan Sulu disahkan terbunuh.
Akhbar Philippine Star, Philstar.com melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini. Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam serangan tersebut.
Namun, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein menafikannya menerusi mesej di Twitter sebentar tadi yang mengesahkan pasukan keselamatan negara tidak memulakan serangan tersebut tetapi diserang oleh tentera Sultan Sulu itu kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan.
Rakyat Malaysia diminta mendoakan keselamatan penduduk Lahad Datu yang kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan dari arahan pihak berkuasa supaya semua rumah dan kawasan perniagaan di bandar itu ditutup sejak jam 7 pagi tadi.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka akan mengadakan operasi besar-besaran bagi memburu tentera Sultan Sulu itu dan persediaan dari segi taktikal dan operasi bersepadu dengan polis akan menyaksikan lebih banyak pertempuran bersenjata tercetus.
Pencerobohan tentera dari selatan Filipina itu kini memasuki hari ke-20.Info terbaru pasukan keselamatan Malaysia mula menambah jumlah kehadiran mereka di Lahad Datu hingga dikatakan mencecah lebih 3,000 orang.
Sebelum itu, media melaporkan,pada 12 Februari lalu, bot yang mengangkut lebih 100 orang termasuk sebahagian besarnya bersenjata, yang memakai pakaian celoreng tentera, mendarat di pantai Lahad Datu, Sabah.
Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai Tentera Diraja Sultan Sulu, dan tidak mahu warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina.
Askar itu telah bertahan di kampung itu sejak dua minggu lepas, dan Kerajaan Malaysia memberikan mereka masa hingga Jumaat lepas (22 Feb) untuk meninggalkan negara ini.
Bagaimanapun, tarikh penamat itu dilanjutkan selama 48 jam selepas kerajaan Filipina memohon lanjutan empat hari hingga Selasa atas alasan Manila sedang berusaha memujuk kumpulan itu supaya membatalkan pendirian mereka.
#KataAmbo::Hargailah keamanan negara wahai rakyat Malaysia.
today 1 3 13
ReplyDeleteKurang ajar mereka !!
ReplyDelete