salam,,
Ambo kalau boleh tak nak buat entri pasal kemalangan ngeri yang berlaku awal pagi semalam, Ahad 21 April 2013. Serius ngeri jika dilihat pada sedutan video yang dirakamkan. Melihat keadaan mayat mangsa dengan anggota tubuh yang terputus dan bersepah atas jalan raya cukup menceritakan keadaan yang mengerikan dalam kemalangan yang melibatkan kematian itu.
5 mangsa telah terkorban, dimana 3 penunggang motosikal dan lagi 2 masing-masing pemandu kereta Honda City dan seorang lagi penumpang dari sebuah lagi kereta yang berhenti untuk memberikan pertolongan. Info lanjut dan video mengenai kemalangan ngeri di Federal Highway boleh diikuti di laman Oh! Tidak.com.
Lagi video kemalangan yang lebih jelas dan ber'durasi' lebih lama klik sini.
Kemalangan itu seperti mengimbau kejadian yang dilalui ambo 2 tahun yang lalu. Berlaku kira-kira jam 12 tengah malam, juga menghala ke Shah Alam di mana motorsikal yang ambo naiki terbabas dan ambo tertiarap atas lebuhraya persekutuan itu.
Nyaris-nyaris dilanggar motorsikal dari belakang. Tapi nasib baiknya motorsikal itu sempat mengelak dan motor dia pun turut terbalik disebabkan mengelak dari merempuh ambo. Fuhh! Trauma!
Ketika kejadian, keadaan trafik atas federal highway itu bergerak perlahan sebab jem teruk. Jadi kenderaan lain pun tak bergerak laju. Itu yang nasib baik tu.
Sebelum itu, kejadian berlaku semasa ambo dalam perjalanan pulang dari menghadiri satu seminar di Universiti Malaya Kampus Kota dekat Bank Negara kalau tidak silap.
Syukur Alhamdulillah, hanya kecederaan ringan saja. Punca kemalangan, sebab tayar motorsikal ambo sudah haus dan keadaan jalan pula licin lepas hujan. Jadi tengah syok menyelit di celah-celah deretan kereta ambo gagal kawal tayar depan lalu gedebukk jatuh! Memang tepat pada masanya, dan kena pada situasinya.
Jadi nasihat ambo, terutamanya penunggang motorsikal diluar sana yang singgah di blog ambo, hati-hatilah dijalan raya. Kita penunggang motorsikal ni lebih berisiko untuk terlibat dengan kemalangan. Maklumlah roda hanya dua.
#KataAmbo::Fobia tunggang motorsikal malam-malam dan dalam hujan.

Ya Allah..ngeri sungguh ambo dengar. Kadang2 kalau kita berhati-hati pun kalau org lain tak berhati-hati susah jugak kan..
ReplyDeleteBtol tu..atas jln mcm2 bleh brlaku.
Deleteterbaca berita nie kat metro pagi nie, Al-Fatihah buat arwah, hanya Allah yg menentukan segalanya..
ReplyDeleteInnalillahi wa inna ilaihi roji'un
DeleteAstaghfirrulahal'azimm...innalillahi wa inna ilaihi roji'un...al fateehah buat arwah...
ReplyDeletekena hati2 kt jln raya skrg ni. kalau bukan kita yang cuai, pengguna jalan yang lain yang cuai. huhu. takziah kepada mangsa dan keluarga mangsa.
ReplyDeleteeza follow sini. guling-guling kat blog awak^^
This was a lovely bllog post
ReplyDeletewhatsapp goruntulu show
ReplyDeleteshow
JWORE