Aug 24, 2013

Mangsa Kemalangan Bas Genting Kongsi Saat Cemas

Salam,,

Seorang mangsa yang terselamat dalam kemalangan bas di Genting Highland berkongsi saat-saat sebelum bas yang membawa pelancong dari Genting Highland ke Kuala Lumpur terhumban ke dalam gaung.

Baru kita rakyat Malaysia tahu yang bas tersebut sudah pun dikesan mengalami masalah brek. Tapi sikap pemandu yang tidak memikirkan nyawa dan keselamatan penumpang menyebabkan 37 nyawa melayang.

Ikuti cerita dari mangsa berkenaan yang merupakan mangsa terakhir yang masih hidup yang dikeluarkan dari dalam bas yang remuk teruk.


Rasanya, ini bukan pertama kali kes kemalangan jalan raya di negara kita. Dan kes bas jatuh gaung disebabkan masalah brek ketika menuruni Genting Highland juga bukan pertama kali. Kes yang terbaru ini, yang mencatatkan 37 kematian merupakan nahas terburuk.

Setiap kali berlaku kes sebegini, pastinya akan keluar kenyataan, " Ini kes terburuk". Sudah jadi macam nak pecahkan rekod Malaysia Guinness Book Of Record pula.

Apa yang kita inginkan dan harapkan ialah penyelesaian dari pihak berwajib. Bagaimana kita nak mendidik dan memantau pemandu-pemandu serta syarikat bas ini untuk lebih berhati-hati ketika membawa penumpang. Jangan fikir untung saja.

Sampai bila nak ucapkan " takziah kepada keluarga mangsa", "saya bersimpati kepada keluarga mangsa". Tindakan penyelesaian mana? Sistem AES dulu macam mana? Takkan sekadar nak kaut untung saja.

Ambo baru berniat dan memasang angan-angan untuk ke Genting Highland bersama teman-teman. Tapi kes
yang berlaku ini sedikit sebanyak mengundang rasa berbelah bahagi.

#KataAmbo::Rasanya Setiap Bas Perlu Letak Kamera Untuk Pantau Pemandu!!
Photobucket

Aug 23, 2013

Cukup 5 Saat Saja

Salam,,

Dalam masa 5 saat saja, semua habis di kebas. Senangkan nak buat jenayah di Malaysia sekarang ni. Baik dalam rumah, tepi jalan, mahupun dalam kereta, jenayah ragut dan rompak boleh berlaku dimana-mana.

56 tahun merdeka, ternyata menjadikan kita makin selesa termasuk juga bagi penjenayah. Selesa dan "aman" untuk melakukan jenayah. Nak salahkan siapa? Salahkan polis tak boleh juga. Sebab sudah banyak kes-kes jenayah yang berjaya diselesaikan.


Jadi kita rakyat Malaysia ni janganlah terlampau lalai sangat dengan status amannya negara kita. Jenayah kini ada dimana-mana. Hati-hatilah.

#KataAmbo::Jadi Kaya Pun Susah.
Photobucket

Pemain Kelantan Terlibat Kes Dadah

Salam,,

Tiada angin mahupun ribut tetiba bertiup kencang kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan pemain bola sepak Kelantan. Beberapa hari kebelakangan ini, tersebar berita dari pihak FAM yang mengatakan ada pemain dari pasukan finalist Piala FA 2013 yang tidak lepas ujian doping yang dilakukan selepas perlawanan akhir di stadium nasional Bukit Jalil itu.

Dan hari ini dilaporkan, pemain tersebut datangnya dari kem bola sepak Kelantan. Pemain berkenaan bagaimanapun hanya memanaskan bangku simpanan dan tidak diturunkan dalam aksi final tersebut yang menyaksikan Kelantan menjulang Piala FA selepas menewaskan JDT 1-0.

Jika didapati bersalah, pemain tersebut boleh digantung seumur hidup. Namun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih lagi belum memutuskan hukuman sebaliknya akan memberi peluang kepada pemain itu untuk tampil memberikan penjelasan.


Jika laporan ini benar, dan pemain itu benar-benar bersalah pastinya ia sesuatu yang memalukan bola sepak Kelantan dan mencontengkan arang kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Petikan dari Kelate.net seperti mengesahkan pembabitan pemain simpanan Kelantan dalam kes doping ini.

"Sumber dalaman Persatuan Bola Sepak kelantan yang enggan dikenali berkata, terdapat salah seorang pemain simpanan The Red Warriors dikecualikan daripada sesi latihan, selepas gergasi Pantai Timur itu menjulang Piala FA kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah."
Semestinya, khabar berita ini amat memalukan sukan bola sepak tanah air amnya dan bola sepak Kelantan khususnya. Harapan ambo cuma satu, andai kata kes ini benar biarlah ia menjadi yang pertama dan terakhir. Jangan disebabkan kes-kes seperti ini, pembangunan bola sepak Kelantan yang berada di landasan terbaik kini terjejas.

#KataAmbo::Jadikan Iktibar Untuk Pemain-Pemain Lain.
Photobucket

Aug 18, 2013

Kehangatan BPL 2013/14 Bermula

Salam,,

Rasanya malam ini ramai peminat Liga Perdana Inggeris, Barclays Premier League (BPL) kembali menghangatkan bangku di kedai-kedai mamat bagi mengikuti aksi pasukan pilihan masing-masing. Maklumlah peminat BPL di Malaysia ni agak ramai.

Dan ambo pun turut terkena tempiasnya. Meskipun bukan lah sampai tahap penyokong tegar, tetapi kehangatan BPL musim 2013/2014 tetap membuatkan ambo teruja. Untuk menambahkan lagi keterujaan itu, pastinya persaingan di Fantasy Premier League jadi tumpuan.

Mungkin pada pandangan sesetengah orang, buang masa layan benda tu. Tapi bagi ambo, ia tidak lebih sekadar permainan, yang menguji sejauh mana keupayaan seseorang bertindak sebagai pengurus. Dibawah ini pasukan yang menjadi pilihan ambo untuk ketika ini.



Ambo tak menaruh harapan tinggi untuk team ini, dan mungkin masuk gameweek ke-2 akan ada perubahan pasukan. Jika musim lalu, team ambo berada di posisi 1,000,000 ke atas (dari lebih 2 juta pengurus seluruh dunia), harapnya musim ni ada peningkatan.

Berbalik kepada minggu pertama BPL, pastinya perlawanan Manchester United vs Swansea menjadi tumpuan ambo. Man U malam ini bakal turun pertama kali dibawah bimbingan David Moyes yang mengisi posisi yang dtinggalkan oleh Sir Alex Ferguson.

Sejauh mana Moyes mampu mengemudi Man U? Satu persoalan yang menarik untuk BPL 2013/14 ini.

#KataAmbo:: Tak Banyak Player Top masuk BPL musim ni.
Photobucket

Aug 13, 2013

Peluang Kedua Sambung Belajar ke UiTM Untuk Lepasan Matrik/STPM

Salam,,

UiTM buka peluang untuk pelajar bumiputera yang gagal ke IPTA. Rasanya ramai yang sudah sedia maklum. Mungkin inilah peluang kedua untuk pelajar lepasan matrikulasi ataupun Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang mendapat keputusan kurang memuaskan sewaktu di matrikulasi atau STPM sebelumnya.

Pelajar-pelajar tersebut diberi peluang untuk mengikuti program Diploma di mana-mana kampus UiTM seluruh negara dengan sedikit kelonggaran syarat. Caranya, mereka perlu mengemukakan rayuan menerusi surat rayuan berserta keputusan peperiksaan yang diperolehi dan menghantarnya terus ke pejabat Naib Canselor UiTM Shah Alam.


Perkara ini diumumkan sendiri oleh Naib Canselor (NC) UiTM sendiri, Prof Tan Sri Dr Sahol Hamid. Menurut NC lagi tawaran ini dibuka selepas beliau menerima banyak surat daripada pelajar lepasan program matrikulasi, asasi dan STPM yang merayu untuk mengikuti program ijazah di UiTM selepas gagal memasuki IPTA lain berikutan tidak melepasi syarat dikenakan mengikut sistem merit.

Beliau berkata pelajar dengan kelulusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 2.0 ke atas akan diberi pertimbangan untuk pengecualian beberapa mata pelajaran atau dengan pengurangan beberapa kredit serta mungkin boleh menghabiskan program diploma dengan segera.

Selain tawaran untuk memasuki UiTM, pelajar yang kurang cemerlang dari segi keputusan lalu juga boleh memohon memasuki kolej bersekutu UiTM.

Bagi ambo tiada beza pun belajar di kampus cawangan UiTM ataupun memilih belajar di kolej bersekutu. Lagi pun ramai kenalan ambo merupakan lepasan diploma dari kolej bersekutu kemudian menyambung pengajian peringkat ijazah di kampus UiTM. Dan dapat grad dengan cemerlang, jika kena dengan usaha dan berserta doanya.

Yang penting jangan terlalu memilih universiti yang mana paling berprestij, tapi tanya diri itu sendiri sama ada masih ada minat untuk sambung belajar lagi atau tidak.

#KataAmbo::Ramai yang kurang cemerlang ketika di matrik/stpm tapi tip-top di IPT. 
Photobucket


Aug 5, 2013

Dimana Adik Aisyah ?

Salam,,

Sama ada ini kes perebutan anak antara suami isteri atau kes culik, itu wallahualam. Tetapi sekarang ini tersebar di laman sosial facebook seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang akibat diculik seorang individu.

Kejadian dipercayai berlaku di pasaraya Jusco Rawang. Nak dekat-dekat Aidilfitri yang hanya tinggal beberapa hari lagi, harapnya kanak-kanak yang bernama Aisyah ini selamat pulang ke pangkuan keluarganya dengan selamat.

Dibawah ini gambar suspek yang disyaki menculik adik Aisyah di Jusco Rawang. Mungkin anda yang membaca post ini mampu membantu mengenal pasti individu ini ataupun bersama sebarkan maklumat ini. Muka macam "ulat buku" je mamat ni.


Dibawah ini print screen dari rakaman cctv menunjukkan adik Aisyah dibawa keluar dari Jusco Rawang oleh seorang lelaki. Dipercayai suspek membawa lari Aisyah dengan menaiki kereta jenis Viva Putih bernombor plat BLC 1894


Ayuh bantu ibu Aisyah menjejaki anak beliau. Ambo harap agar ia tidak berkesudahan sebagaimana kes-kes yang dulu. Bersama panjatkan doa dan harapan agar adik Aisyah dapat sama-sama meraikan Aidilfitri di pangkuan keluarga.

#KataAmbo::Meniti Hari-Hari Terakhir Ramadhan.
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...