Apr 3, 2013

TMJ Lepaskan Jawatan Presiden PBNJ

salam,,

Satu lagi tamparan hebat untuk pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim. Ini berikutan pengunduran presidennya, Tunku Ismail ibn Tunku Ibrahim dari jawatannya selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ).

Berikut petikan kenyataan dari TMJ yang ambo petik dari Sinar Harian.
"Saya, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Makhkota Johor, dengan ini ingin memaklumkan bahawa saya telah membuat keputusan dan mendapat titah perkenan dari DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Darul Takzim, dan juga hasil daripada perbincangan bersama Penasihat Undang-undang Negei Johor, dengan ini, saya meletakkan jawatan saya sebagai Presiden dalam Persatuan Bolasepak Negeri Johor.
Keputusan ini saya buat kerana saya merasakan jika saya "memegang jawatan sebagai Presiden dan pada masa yang sama saya juga adalah Tunku Mahkota Johor, maka amat sukar untuk saya mentadbir urus Persatuan Bolasepak Negeri Johor yang sentiasa terikat dengan undang-undang dan peraturan FAM.
Oleh kerana itu, saya membuat keputusan untuk menjadi dan mentadbir PBNJ sebgai Penaung, serta merta mulai hari ini. Ini kerana mengikut hirarki protokol, saya sebagai Tunku Mahkota Johor adalah selayaknya memegang jawatan sebagai Penaung dalam PBNJ.
Dengan jawatan saya sebagai Penaung, ini akan membuka lebih banyak ruang dan peluang dan juga kelebihan bagi saya mentadbir urus dalam PBNJ termasuklah dalam aspek pengurusan kewangan, kebajikan kakitangan PBNJ dan juga pemain-pemain di samping dapat membuat keputusan yang lebih tepat apabila saya memegang jawatan di peringkat tertinggi dalam persatuan ini. 

Kenyataan penuh di sini.

Jawatan Presiden PBNJ akan disandang oleh Datu Obet bin Tawel, Setiausaha Kerajaan Johor. Perletakan jawatan tersebut bukan bermakna TMJ tidak terikat lagi dengan pasukan bola sepak Johor. Ini kerana TMJ akan bertindak sebagai Penaung berkuat kuasa serta-merta.

Pendapat ambo, mungkin satu kejutan untuk peminat bola sepak Johor terutamanya penyokong Darul Takzim lebih-lebih lagi selepas berita Daniel Guiza dan Samuel Del Nero untuk meninggalkan pasukan JDT itu.

Apa-apa pun itu bukan satu faktor untuk terus melemahkan pasukan berstatus bintang itu. Mungkin dengan pengunduran itu dapat memberi ruang kepada individu yang lebih layak dan memiliki pengetahuan serta pengalaman lebih baik tentang sukan bola sepak.


#KataAmbo::Komitmen sana sini.
Photobucket

4 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...