Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Setelah menunggu penuh minat perkembangan Kontes Panduan Blogger dari blogger Hasrul Hassan, akhirnya ambo putuskan untuk turut serta dalam kontes ini. Selain memeriahkan penganjuran kontes ini, ganjaran yang menanti agak lumayan.
Selain itu, penyertaan dalam kontes ini secara tidak langsung turut menambahkan lagi ilmu ambo mengenai dunia blogging ini. Dalam kata lain, sambil menyelam minum air.
Google Pagerank (PR) ialah apa yang Google gunakan untuk menentukan kepentingan sesuatu laman sesawang (website). Ia adalah satu kaedah untuk menentukan page mana yang akan muncul di enjin carian google (search engine). Jadi lagi baik Pagerank sesebuah website itu, maka lagi tinggi keutamaannya untuk muncul di tangga teratas di enjin carian Google.
Terdapat banyak tip asas untuk menghasilkan entri yang menepati ciri-ciri SEO yang baik. Berdasarkan apa yang ambo pelajari, entri yang menepati cirian SEO mestilah mempunyai kandungan yang relevan dengan tajuk.
Ini kerana enjin carian tidak hanya akan crawl pada tajuk entri yang memiliki kata kunci yang popular sahaja malah turut melihat kata kunci yang ada pada isi kandungan entri sama ada di bahagian awalan-pertengahan- mahupun akhiran.
Selain itu, perlu kata kunci yang dipilih turut perlu diletakkan pada bahagian meta tag dan description. Penggunaan gambar yang relevan dengan entri turut membantu menarik trafik dari enjin carian Google.
Penggunaan tag Heading H1, H2 dan H3 di entri juga amat penting. Ambo sendiri belum arif dan masih kabur tentang penggunaan heading ini. Tetapi jika singgah di mana-mana blog atau website yang berkisarkan SEO pasti akan memberikan keutamaan pada bahagian heading ini.
Juga tidak ketinggalan pautan luar yang relevan dengan kata kunci dalam entri yang kita hasilkan. Jika kita meletakkan pautan yang tak ada kena mengena dengan kata kunci dalam entri, ini boleh di kira sebagai satu penipuan. Secara tidak langsung entri kita tidak mesra SEO dan dianggap tidak berkualiti.
Konklusinya, entri yang menepati cirian SEO memiliki kombinasi tajuk yang tepat dengan kata kunci, menyelitkan kata kunci secara maksima di setiap bahagian entri, meta tag dan description yang menepati kata kunci serta di lengkapkan dengan back-links ke pautan luar atau dalam blog itu sendiri yang mana memiliki tajuk yang hampir sama.
KONTES PANDUAN BLOGGER | Tajaan — OhMedia Network, Eqbalzack.com, RahsiaDuitFree, Aynoranur.com, Queachmad.com, KhairilMazri.com, MKHakimi.com, Dkna.my, Blogfyna.com, JeritPekik.my, Hokangtao.com | Anjuran dan Disediakan — PANDUAN BLOGGER BLOGSPOT MALAYSIA
Terdapat 3 soalan yang dikemukakan secara berperingkat-peringkat dan perlu dijawab dengan tepat. Setelah penat berfikir dan mencari sumber akhirnya berjaya juga ambo menjawab persoalan yang dikemukan. Berikut entri penyertaan rasmi ambo untuk Kontes Panduan Blogger :
Kepentingan Google Pagerank Untuk Blog
Soalan #1:
Apakah yang dimaksudkan dengan Google Pagerank (PR) ? Berikan pendapat anda mengapa ia penting untuk blog anda.
#Jawapan:
Google Pagerank (PR) ialah apa yang Google gunakan untuk menentukan kepentingan sesuatu laman sesawang (website). Ia adalah satu kaedah untuk menentukan page mana yang akan muncul di enjin carian google (search engine). Jadi lagi baik Pagerank sesebuah website itu, maka lagi tinggi keutamaannya untuk muncul di tangga teratas di enjin carian Google.
Selalunya, blog yang mendapat banyak back-link dari blog yang lain, mendapat PR yang tinggi. Ini kerana, Google menganggap blog itu memiliki kepentingan, pengaruh dan dijadikan rujukan disebabkan kualiti yang baik dan terkini. Contoh laman yang mendapat PR yang tinggi seperti Facebook-PR9. Ini kerana kandungan dalam Facebook sentiasa di update, dan terdapat begitu banyak link yang merujuk kepada Facebook.
Berbeza dengan Ranking Alexa, PR di kira baik jika memiliki nilai yang lebih besar. Contoh : Laman yang memiliki PR 4 dikira lebih baik berbanding laman dengan PR 2.
Google Pagerank ini sangat penting untuk blog kerana kebiasaannya blog yang memiliki PR yang tinggi dianggap berkualiti, berkepentingan dan boleh dipercayai dalam konteks kualiti isi kandungan entri-entri yang original, serta pautan-pautan yang baik dalam blog itu.
Memiliki PR yang tinggi juga berpotensi untuk menarik trafik yang tinggi dari enjin carian Google. Jadi tanpa perlu ping sana sini, blog kita tetap mendapat trafik yang stabil dan berterusan disebabkan blog kita memiliki level PR yang tinggi. Peluang untuk menjana pendapatan menerusi blog pun jadi makin cerah apabila PR blog kita tinggi. Kalau tak percaya cuba lawati blog blogger-blogger yang menjadikan blog sebagai sumber pendapatan mereka.

Tip Asas On-Page Search Engine Optimization
Soalan #2:
SEO atau Search Engine Optimization ialah satu cara untuk blog menerima trafik organik. Berikan satu (1) tip asas yang anda tahu untuk sesebuah entri tepati cirian SEO ini.
#Jawapan:
Terdapat banyak tip asas untuk menghasilkan entri yang menepati ciri-ciri SEO yang baik. Berdasarkan apa yang ambo pelajari, entri yang menepati cirian SEO mestilah mempunyai kandungan yang relevan dengan tajuk.
Ini kerana enjin carian tidak hanya akan crawl pada tajuk entri yang memiliki kata kunci yang popular sahaja malah turut melihat kata kunci yang ada pada isi kandungan entri sama ada di bahagian awalan-pertengahan- mahupun akhiran.
Selain itu, perlu kata kunci yang dipilih turut perlu diletakkan pada bahagian meta tag dan description. Penggunaan gambar yang relevan dengan entri turut membantu menarik trafik dari enjin carian Google.
Penggunaan tag Heading H1, H2 dan H3 di entri juga amat penting. Ambo sendiri belum arif dan masih kabur tentang penggunaan heading ini. Tetapi jika singgah di mana-mana blog atau website yang berkisarkan SEO pasti akan memberikan keutamaan pada bahagian heading ini.
Juga tidak ketinggalan pautan luar yang relevan dengan kata kunci dalam entri yang kita hasilkan. Jika kita meletakkan pautan yang tak ada kena mengena dengan kata kunci dalam entri, ini boleh di kira sebagai satu penipuan. Secara tidak langsung entri kita tidak mesra SEO dan dianggap tidak berkualiti.
Konklusinya, entri yang menepati cirian SEO memiliki kombinasi tajuk yang tepat dengan kata kunci, menyelitkan kata kunci secara maksima di setiap bahagian entri, meta tag dan description yang menepati kata kunci serta di lengkapkan dengan back-links ke pautan luar atau dalam blog itu sendiri yang mana memiliki tajuk yang hampir sama.
Ciri Penampilan Blog Yang Baik
Soalan #3:
Adakah anda fikir penampilan blog penting untuk menarik pengunjung menjadi pembaca setia? Berikan pendapat anda penampilan bagaimana yang sesuai untuk tujuan yang dikatakan?
#Jawapan:
Ya. Penampilan sesebuah blog itu memainkan peranan yang penting untuk menarik pengunjung seterusnya menjadi pengikut dan pembaca setia di blog kita.
Penampilan itu, bukan hanya pada susunan widget, warna yang digunakan tetapi turut meliputi penyampaian menerusi entri-entri yang relevan. Selain itu, pendekatan penulis untuk mewujudkan komunikasi 2 hala dengan pembaca juga dikira satu penampilan yang positif.
Sebagai contoh, blog yang memfokuskan kepada memberikan panduan untuk blogger, mestilah betul-betul mengetengahkan entri-entri yang relevan dengan niche blog yang dipilih. Kesediaan untuk memberi respons terhadap komen pengunjung blog akan menarik pengunjung itu untuk datang lagi dan terus jadi pembaca setia.
Begitu juga blog yang membicarakan perihal perniagaan internet. Perkongsian tip-tip yang relevan dengan niche yang dipilih, senantiasa dikemas kini dan memiliki komunikasi yang baik dengan pembaca, pasti akan membuatkan pembaca itu 'fall in love' dengan blog itu. Begitu juga dengan blog yang niche sukan, hiburan, kesihatan mahupun blog peribadi.
Penggunaan widget yang relevan dan tidak mengarut, serta kekemasan susun atur sidebar, widget akan menambahkan lagi seri sesebuah blog. Namun apa guna blog kemas, widget relevan tetapi kandungan entri tak berkualiti dan tak relevan dengan tajuk. Ini akan membuatkan pengunjung yang pertama kali singgah di blog kita merasa hampa.
Seperti kata seorang otai blogger, kasihanilah orang yang menghabiskan duit di cybercafe untuk mencari sumber di internet. Bila klik tajuk yang keluar di enjin carian google, tetapi isi kandungannya langsung tiada sangkut paut. Pasti hampa, membazir masa dan wang. Sejam di cybercafe sudah dicaj RM 2.
KONTES PANDUAN BLOGGER | Tajaan — OhMedia Network, Eqbalzack.com, RahsiaDuitFree, Aynoranur.com, Queachmad.com, KhairilMazri.com, MKHakimi.com, Dkna.my, Blogfyna.com, JeritPekik.my, Hokangtao.com | Anjuran dan Disediakan — PANDUAN BLOGGER BLOGSPOT MALAYSIA
terbaek bro... tak reti aku nak tulis cam ni, aku tulis jwpn ni cam aku duk citer lam entri2 laen.. hehehe
ReplyDeletehahah xde laa..
Deleteada masa free bg kemas sket hhuh!!
Datang ke mari dgn kontes yg sama. Sama2 kita sertai. Saya suko dgn jawapan demo, padat dan tepat. Semoga berjaya nanti. Ada masa singgah ke blog ambo pulok deh.
ReplyDeletegud luck utk demo jgk haha
Deletetahniah bro!! meh2..
ReplyDeletehttp://www.hasrulhassan.com/2013/05/pemenang-kontes-panduan-blogger.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+hasrulhassan+%28Panduan+Blogger+Blogspot+Malaysia%29
Alhamdulillah..tahniah utk bro jgk.
DeleteTahniah bro...dari kawe...walaupon tiada komen yg banyak di sini, tapi jawapan yang anda berikan lelikat hati tuan HH (penganjur kontes ini). Semoga terus berjaya di masa akan datang. Insya Allah...
ReplyDeletethanks..hehe
Delete