Salam..
Alhamdulillah kemenangan ke-4 berturut-turut di capai skuad Kelantan. Tahniah untuk pemain-pemain dan barisan kejurulatihan.
Kualiti permainan yang cukup memikat. Itu yang boleh ambo rumuskan dari perlawanan piala AFC 2013 antara Kelantan vs Da Nang. Manakala jumlah jaringan yang besar menambahkan lagi seri kualiti yang ditampilkan.
Kesudahan kemenangan 5-0 menerusi jaringan Dickson Nwakaeme, Indera Putra, Faiz Subri, Dimi Petratos dan kapten Piya melengkapkan malam serba menjadi untuk The Red Warriors. Di bawah ini ambo kongsikan video highlight perlawanan Kelantan vs Da Nang sebentar tadi ( 2 April 2013).
Kemenangan bergaya tadi membolehkan Kelantan memintas Da Nang untuk menerajui tangga teratas Kumpulan G selain mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kumpulan tersebut. Selepas ini Kelantan akan bertandang ke Stadium Chi Lang untuk sekali lagi menentang Da Nang bagi pusingan ke-2 kumpulan G pada 10 April nanti.
Jadi malam ini ambo dan penyokong Kelantan yang lain boleh menarik nafas lega, mengalahkan Bojak Hodak leganya. Cuma harapnya penyokong Kelantan tetap kekal cool dan tidak mengeluarkan kenyataan berbaur angkuh di laman sosial. Jaga momentum selaku barisan pemain ke-12 The Red Warriors supaya dapat menjadi penyokong yang hebat dan berdisiplin.
sumber video: The Red Warriors Malaysia
#KataAmbo:Bojak sudah boleh mencongak plan untuk transfer window April nanti.
Kecemerlangan Kelantan kian terserlah...GKG!!!
ReplyDeleteLaporan Perlawanan: Kelantan 5-0 SHB Da Nang FC | Lima Bintang Lima Gol
mengamuk sakan kelantan ye..hehehe
ReplyDeletetahniah buat kelantan.. tak dapat tengok haritu.
ReplyDeleteHello mate greatt blog post
ReplyDelete