Apr 12, 2013

Benarkah Undi Kita Dapat Dikesan?

salam,,

Kebanyakan dari kita rakyat Malaysia mungkin telah banyak kali turun mengundi. Namun adakah mereka benar-benar tahu apakah hak-hak mereka sebagai pengundi yang bertanggungjawab menentukan kepimpinan masa depan negara? Dan undi anda adalah rahsia dan tidak boleh diketahui oleh mana-mana pihak.


Kekadang pergi tempat mengundi, cek nama, pangkah dan masukkan kertas undi ke dalam peti undi dan balik tunggu keputusan malam nanti. Itulah rutin setiap 5 tahun sekali. 

Adakah anda benar-benar pasti,  undi kita yang kita pangkah yang dikatakan sebagai rahsia, boleh diketahui oleh pihak lain? Dulu ambo pernah dengar orang yang lebih tua bersembang-sembang mengatakan undi kita sebenarnya boleh diketahui oleh pihak lain. Kiranya, di pihak yang manakah kita mengundi dapat dikesan. 

Jika pengundi, kakitangan kerajaan terutamanya, memangkah di pihak yang membangkang, silap hari bulan kena tukar tempat bekerja. Paling tidak dihantar jauh dari kampung halaman. Sejauh mana kebenarannya ambo tidak pasti. Ambo sekadar melontarkan persoalan untuk difikirkan bersama.

Berikut ada satu video yang cukup kreatif, yang memberikan gambaran ketika di dalam bilik mengundi. Di mana ditunjukkan bagaimana kebarangkalian untuk pihak tidak bertanggungjawab cuba untuk mengetahui undi kita. 


Untuk pengundi yang pertama kali turun mengundi sempena PRU 13 nanti, pastinya boleh menjadikan video ini sebagai panduan. Tahniah untuk pihak yang menghasilkan video kreatif ini. Good Job Broo!!

#KataAmbo:Banyak pulak video 18sx yang keluar dekat-dekat pru ni.
Photobucket

4 comments:

  1. Undi adalah rahsia, apa yg kita pilih adalah rahsia. Tapi utk PRU13 ni guna dakwat kekal.. jadi dapat kesan orang yan tak pergi mengundi. dakwat kekal akan kekal pd jari lebihkurang 3 hari

    Salam

    Baru saja membaca entri Psy - Gentleman | Lirik dan Lagu
    Salam Ukhwah dari Hootoh Tudia
    Hootoh Blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 tak de yg memanipulasikn dakwat kekal tuu

      Delete
  2. Huhuhu. Den rasa undi dapat dikesan sebab dengar cerita orang-orang yang dah boleh mengundi, katanya ada nombor dekat kertas mengundi tu.

    Wallahualam. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. no siri??
      entah laa jang, ada jgk dngor!!huhu

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...