Apr 8, 2013

Kenapa Muflis Di Akhirat?

Salam,,


Sedarkah anda apa yang kita cakap dan taip berkenaan orang lain bukan sahaja akan didedahkan pada Hari Pembalasan kelak, tetapi ia bakal menjadikan kita muflis? 

Satu kenyataan yang membuka mata dan hati ambo akan kesan apa yang kita cakap tentang orang lain. Begitu juga tentang apa yang kita tulis. Sama ada di buku, surat khabar mahu pun media sosial seperti blog, facebook, twitter dan lain-lain lagi.

Perhatikan hadith berikut. Daripada Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah s.a.w bertanya:
 “Tahukah kalian siapa orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: “Bagi kami muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun harta.”
Lalu (Rasulullah s.a.w) menjelaskan:
“Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah orang yang datang pada Hari Kiamat dengan (membawa pahala) solat, puasa, zakat, akan tetapi (semasa di kehidupan dunia) dia pernah mencaci seseorang, menuduh seseorang (tanpa bukti), memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan memukul seseorang.
Maka akan diberikan kepada orang yang dia pernah zalimi itu dari pahala kebaikannya sendiri (pahala solat, puasa zakat) dan begitulah seterusnya kepada orang lain yang dia pernah zalimi itu.

Jika telah habis pahala kebaikannya sementara masih berbaki kesalahannya kepada orang-orang yang pernah dia zalimi di dunia dahulu, maka akan diambil dosa kesalahan orang yang dia zalimi itu dan dibebankan ke atasnya, kemudian dia dicampakkan ke dalam neraka. (Shahih Muslim, no 2581)

#KataAmbo:Menulis bukan kerana nama.
Photobucket

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...