Apr 14, 2013

ATM Calar Rekod Kebal Kelantan Di Kota Bharu

salam,,

Kekebalan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV ternyata langsung tidak menggentarkan pasukan ATM yang turun beraksi penuh semangat untuk mencatat kemenangan 3-1 keatas Kelantan dalam pusingan kedua kempen Liga Super 2013 semalam (13 April 2013).

Dengan tewasnya Kelantan kepada ATM 1-3 semalam, bermakna rekod tanpa kalah untuk dua musim berturut-turut lebur sama sekali. Uihhh terasa macam kalah final!


Ternyata pasukan ATM yang beraksi dengan penuh bertenaga selepas rehat panjang dan ditambah strategi mantap B Sathianathan, memanfaatkan kelemahan pertahanan Kelantan yang turun tanpa tonggak pertahanan Obinna Nwaneri dan ditambah kepenatan mengharungi jadual perlawanan yang padat. Apa-apapu itu bukan alasan!

Kemasukan dua tonggak baru, Dickson Nwakaeme dan Fakri Saarani masih belum cukup membantu jentera depan Kelantan merobek benteng ATM. Belum cukup panas barangkali. Tetapi yang ambo nampak, corak permainan 'long ball' jelas menunjukkan Kelantan terlalu mengharapkan Dickson semata-mata.

Selain itu, kerapuhan benteng pertahanan Kelantan tanpa Obinna, seakan-akan memberikan bayangan, kemungkinan besar untuk Obinna didaftarkan bersama Dickson untuk kuota pemain import Kelantan dalam saingan Liga Super 2013 ketika pintu perpindahan dibuka April ini.

Nantikanlah saja keputusan muktamad dari pihak pengurusan Kelantan nanti.

#KataAmbo::Macam tak biasa kalah..relakkss laa!Sep kito jange pecoh!

Photobucket

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...