Showing posts with label komuniti blog. Show all posts
Showing posts with label komuniti blog. Show all posts

Jan 23, 2014

Selamat Tinggal Domain Dot My

Salam,

Rugi. Memang rugi. Itu lah yang mampu ambo katakan. Apabila terpaksa beralih kembali kepada domain blogspot yang asal. Ini semua gara-gara lambat membuat pembayaran untuk domain dot my. Kemudian ubah sana dan ubah sini lalu ter'delete' pautan dot.my.

Aduan yang dikemukakan kepada pihak berkenaan seperti lambat respons. Jadi malas nak fikir panjang tukar balik kepada domain asal blogspot. Lagi pun masa makin suntuk untuk dapatkan balik domain tersebut.

Entah bila lagi akan dapat tawaran domain pada harga yang murah macam tu. Lagi pun email terbaru yang masuk ke inbox ambo memaklumkan perjanjian antara AsiaHost dengan MYNIC untuk projek Youth Domain Projek akan berakhir 25 Januari ini. Jadi harga domain dot.my akan kembali kepada harga asal lepas dari tarikh tersebut. Melainkan bagi blogger yang sudah sedia tertakluk bawah program tersebut masih menikmati harga pembaharuan (renewal fee) yang sama sehingga 2018

Jadi di pendekkan cerita, bermulalah ambo sekali lagi dari bawah. Sekarang misi untuk indeks blog Bad Storyteller ini kepada google webmaster. Kena tarik balik trafik masuk dan perbaiki semua broken link yang sudah punah jahanam.


#KataAmbo: Terkedu. Terkesima.
Photobucket

May 24, 2013

HASRULHASSAN.COM Promosi Blog Baru

salam,,

Sekali lagi blogger yang menjadi mentor kepada ramai blogger baru anjurkan segmen. Segmen ini untuk bantu promosikan blogger baru. Dimana blogger yang memiliki follower kurang 500. Jadi berpandukan syarat itu ambo masih layak untuk turut serta memeriahkan segmen PROMOSI BLOG BARU ini.


Mungkin masih ramai yang singgah di blog ambo ini, Dunia Bawah Tempurung masih belum kenal secara detail diri ambo. Tak mengapalah tak kenal pun, janji anda lebih kenal pendekatan yang ambo ketengahkan dalam blog ini. Kenal blog ambo dan apa yang disampaikan di sini lebih penting rasanya dari kenal ambo yang biasa-biasa saja. Itu pasallah ambo lebih selesa untuk tidak meletakkan gambar sebenar. Bukan untuk menyembunyikan identiti, tetapi rasa lebih ikhlas dan selesa untuk menulis.

Alaa tomei tomeii ~ ~
Tetapi untuk lebih adil, sedikit ambo ceritakan, ambo masih lagi bergelar seorang mahasiswa disebuah IPTA di Shah Alam (dah boleh agak kot hehe), semester depan masuk tahun akhir..In Shaa Allah.

Ambo mula menulis blog sekitar Jun 2010, tetapi ketika itu hanya untuk pembaca jemputan saja. Post entri pun macam syok sendiri (sekarang pun ada lagi kot haha). Kemudian masuk tahun 2012, ambo cuba lebih serius dan teliti dalam menghasilkan entri. Cuba mencari niche dan matlamat blogging yang lebih jelas. Ambo cuba kongsikan sesuatu yang dekat dengan kehidupan peribadi ambo dan dalam masa yang sama turut menjadi tumpuan pengguna internet yang lain seperti live streaming, perkembangan sukan (bola sepak tempatan terutamanya) dan entri bersifat evergreen yang dapat menyumbangkan trafik berpanjangan.

 Itulah rasanya sedikit pengenalan tentang diri ambo dan blog picisan ini.


#KataAmbo::Cerita sini habis sini la erkk!!.
Photobucket

May 19, 2013

Segmen Ke 2 Bloglist 24 Jam Oleh Akupenghibur.com

Salam,,,

Ambo kembali mengambil bahagian dalam segmen blogging setelah kali terakhir untuk pencarian bloglist fuh.my bulan lepas. Kali ini satu lagi segmen menjadi tumpuan ambo. Segmen ini hanya untuk tempoh yang singkat saja - 24 jam tak lebih dan tak kurang.

Klik Banner untuk turut serta.

Hanya 15 blog bertuah saja yang akan dipilih untuk sertai bloglist AkuPenghibur.com ini.

#KataAmbo:Pat-pat siku lipat.....(sambung sendiri!!)
Photobucket

May 15, 2013

Alhamdulillah Menang Kontes Panduan Blogger


Salam,,

Suasana pagi yang sejuk dan redup rasanya memang sesuai untuk kongsikan sesuatu yang bermakna ini. Sekali lagi sejarah baru peribadi tercipta bagi ambo dalam dunia blog ini. Bukan sehari, bukan seminggu dan bukan setahun tetapi memakan masa bertahun-tahun untuk merasa bonus dari dunia blog ini. Alhamdulillah ambo mampu  bertahan. 

Berbekalkan niat menulis blog untuk mengisi masa lapang dan berkongsikan apa yang berlegar disekitar dunia ambo untuk manfaat bersama pengguna internet yang lain, ambo cuba terus dan terus menghidupkan dunia bawah tempurung ini. Why so serious?? Haha..

Baiklah, sebelum ini ambo ada sertai Kontes panduan Blogger anjuran penulis blog Panduan Blogger, Hasrul Hassan (boleh klik sini untuk entri penyertaan). Memang ada impian untuk menang, sebab tawaran hadiah t-shirt dari Oh Media yang begitu cool. Tetapi masih berpijak dibumi yang nyata, kerana masih ramai lagi yang lebih hebat turut serta dalam kontes ini. Jadi hanya sekadar impian dan angan-angan. Tak menaruh harapan langsung untuk menang.


Tetapi, semalam sebaik sahaja balik dari kuliah ( hari selasa kuliah marathon ambo dari pukul 2 petang terus bersambung ke pukul 10 malam.) ambo buka dashboard dan ada komen. Ternyata bukan sebarang komen. Komen tahniah dari rakan blogger membuatkan ambo mengukirkan senyuman dan jeritan ala-ala fobia. Sedang tengok secara langsung Piala AFC, ambo gelak sorang-sorang. Member ingatkan Kelantan dapat  gol!!

Keputusan Penuh Kontes Panduan Blogger.


Untuk rekod ini kali kedua ambo menang kontes. Sebelum ini kontes dari MK Syahir iaitu Hypercontest Ada Apa Dengan MK Syahir? yang mana ambo menang top 4.

Jadi di kesempatan ini, ambo ucapkan jutaan terima kasih kepada barisan penaja dibawah dan penganjur kerana memilih entri penyertaan ambo sebagai pemenang :


Juga tidak ketinggalan tahniah kepada pemenang-pemenang yang lain.
#KataAmbo::감사합니다(gamsahabnida) / ありがとう( Arigato gozaimasu).
Photobucket

Apr 25, 2013

Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My

Salam,,

Saya Ambo dah nekad nak masuk dalam bloglist Fuh.my. Ada sesiapa nak bangkang? Bangkang dari longkang ker? Biarlah apa orang nak kata tetapi memang ambo ikhlas nak masuk dalam bloglist Fuh.My.

Harap tiada yang dengki dan busuk hati. Kalau tak puas hati boleh join sekali. Tarikh tutup 30 April 2013, jadi sempat lagi.

KLIK BANNER DIATAS UNTUK SERTAI :)


Kenapa korang mesti ada dalam bloglist fuh.my? 

  • Purata Page View harian 50,000 SEHARI (so, komfem korang dapat tempias dari trafik fuh.my sekiranya korang berada dalam bloglist fuh.my)
  • Google Page Rank 3 Backlink berkualiti dari fuh.my 
  • Dapat memperkenalkan blog korang kepada blogger-blogger lain 
  • Top referrer akan mendapat Cash/Topup RM30 (mesti lebih 50 referrer)
Ok, ambo dah pun join jadi citer sini jangan habis sini je. Sekali lagi ambo pesan, klik banner diatas dan join Bloglist Fuh.my ini.

#KataAmbo::Fuhh!! lapar burger.

Photobucket

Apr 24, 2013

Kontes Panduan Blogger - Membudayakan Ilmu Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah menunggu penuh minat perkembangan Kontes Panduan Blogger dari blogger Hasrul Hassan, akhirnya ambo putuskan untuk turut serta dalam kontes ini. Selain memeriahkan penganjuran kontes ini, ganjaran yang menanti agak lumayan. 
Selain itu, penyertaan dalam kontes ini secara tidak langsung turut menambahkan lagi ilmu ambo mengenai dunia blogging ini. Dalam kata lain, sambil menyelam minum air.

Terdapat 3 soalan yang dikemukakan secara berperingkat-peringkat dan perlu dijawab dengan tepat. Setelah penat berfikir dan mencari sumber akhirnya berjaya juga ambo menjawab persoalan yang dikemukan. Berikut entri penyertaan rasmi ambo untuk Kontes Panduan Blogger :

Kepentingan Google Pagerank Untuk Blog

Soalan #1:
Apakah yang dimaksudkan dengan Google Pagerank (PR) ? Berikan pendapat anda mengapa ia penting untuk blog anda.

#Jawapan:


Google Pagerank (PR) ialah apa yang Google gunakan untuk menentukan kepentingan sesuatu laman sesawang (website). Ia adalah satu kaedah untuk menentukan page mana yang akan muncul di enjin carian google (search engine). Jadi lagi baik Pagerank sesebuah website itu, maka lagi tinggi keutamaannya untuk muncul di tangga teratas di enjin carian Google.

Selalunya, blog yang mendapat banyak back-link dari blog yang lain, mendapat PR yang tinggi. Ini kerana, Google menganggap blog itu memiliki kepentingan, pengaruh dan dijadikan rujukan disebabkan kualiti yang baik dan terkini. Contoh laman yang mendapat PR yang tinggi seperti Facebook-PR9. Ini kerana kandungan dalam Facebook sentiasa di update, dan terdapat begitu banyak link yang merujuk kepada Facebook.

Berbeza dengan Ranking Alexa, PR di kira baik jika memiliki nilai yang lebih besar. Contoh : Laman yang memiliki PR 4  dikira lebih baik berbanding laman dengan PR 2. 

Google Pagerank ini sangat penting untuk blog kerana kebiasaannya blog yang memiliki PR yang tinggi dianggap berkualiti, berkepentingan dan boleh dipercayai dalam konteks kualiti isi kandungan entri-entri yang original,  serta pautan-pautan yang baik dalam blog itu.

Memiliki PR yang tinggi juga berpotensi untuk menarik trafik yang tinggi dari enjin carian Google. Jadi tanpa perlu ping sana sini, blog kita tetap mendapat trafik yang stabil dan berterusan disebabkan blog kita memiliki level PR yang tinggi. Peluang untuk menjana pendapatan menerusi blog pun jadi makin cerah apabila PR blog kita tinggi. Kalau tak percaya cuba lawati blog blogger-blogger yang menjadikan blog sebagai sumber pendapatan mereka.



Tip Asas On-Page Search Engine Optimization 

Soalan #2:
SEO atau Search Engine Optimization ialah satu cara untuk blog menerima trafik organik. Berikan satu (1) tip asas yang anda tahu untuk sesebuah entri tepati cirian SEO ini.

#Jawapan:


Terdapat banyak tip asas untuk menghasilkan entri yang menepati ciri-ciri SEO yang baik. Berdasarkan apa yang ambo pelajari, entri yang menepati cirian SEO mestilah mempunyai kandungan yang relevan dengan tajuk.

Ini kerana enjin carian tidak hanya akan crawl pada tajuk entri yang memiliki kata kunci yang popular sahaja malah turut melihat kata kunci yang ada pada isi kandungan entri sama ada di bahagian awalan-pertengahan- mahupun akhiran.

Selain itu, perlu kata kunci yang dipilih turut perlu diletakkan pada bahagian meta tag dan description. Penggunaan gambar yang relevan dengan entri turut membantu menarik trafik dari enjin carian Google.

Penggunaan tag Heading H1, H2 dan H3 di entri juga amat penting. Ambo sendiri belum arif dan masih kabur tentang penggunaan heading ini. Tetapi jika singgah di mana-mana blog atau website yang berkisarkan SEO pasti akan memberikan keutamaan pada bahagian heading ini.

Juga tidak ketinggalan pautan luar yang relevan dengan kata kunci dalam entri yang kita hasilkan. Jika kita meletakkan pautan yang tak ada kena mengena dengan kata kunci dalam entri, ini boleh di kira sebagai satu penipuan. Secara tidak langsung entri kita tidak mesra SEO dan dianggap tidak berkualiti.

Konklusinya, entri yang menepati cirian SEO memiliki kombinasi tajuk yang tepat dengan kata kunci, menyelitkan kata kunci secara maksima di setiap bahagian entri, meta tag dan description yang menepati kata kunci serta di lengkapkan dengan back-links ke pautan luar atau dalam blog itu sendiri yang mana memiliki tajuk yang hampir sama.




Ciri Penampilan Blog Yang Baik

Soalan #3:
Adakah anda fikir penampilan blog penting untuk menarik pengunjung menjadi pembaca setia? Berikan pendapat anda penampilan bagaimana yang sesuai untuk tujuan yang dikatakan?

#Jawapan:


Ya. Penampilan sesebuah blog itu memainkan peranan yang penting untuk menarik pengunjung seterusnya menjadi pengikut dan pembaca setia di blog kita. 

Penampilan itu, bukan hanya pada susunan widget, warna yang digunakan tetapi turut meliputi penyampaian menerusi entri-entri yang relevan. Selain itu, pendekatan penulis untuk mewujudkan komunikasi 2 hala dengan pembaca juga dikira satu penampilan yang positif.

Sebagai contoh, blog yang memfokuskan kepada memberikan panduan untuk blogger, mestilah betul-betul mengetengahkan entri-entri yang relevan dengan niche blog yang dipilih. Kesediaan untuk memberi respons terhadap komen pengunjung blog akan menarik pengunjung itu untuk datang lagi dan terus jadi pembaca setia.

Begitu juga blog yang membicarakan perihal perniagaan internet. Perkongsian tip-tip yang relevan dengan niche yang dipilih, senantiasa dikemas kini dan memiliki komunikasi yang baik dengan pembaca, pasti akan membuatkan pembaca itu 'fall in love' dengan blog itu. Begitu juga dengan blog yang niche sukan, hiburan, kesihatan mahupun blog peribadi.

Penggunaan widget yang relevan dan tidak mengarut, serta kekemasan susun atur sidebar, widget akan menambahkan lagi seri sesebuah blog. Namun apa guna blog kemas, widget relevan tetapi kandungan entri tak berkualiti dan tak relevan dengan tajuk. Ini akan membuatkan pengunjung yang pertama kali singgah di blog kita merasa hampa. 

Seperti kata seorang otai blogger, kasihanilah orang yang menghabiskan duit di cybercafe untuk mencari sumber di internet. Bila klik tajuk yang keluar di enjin carian google, tetapi isi kandungannya langsung tiada sangkut paut. Pasti hampa, membazir masa dan wang. Sejam di cybercafe sudah dicaj RM 2.





#KataAmbo: Sekadar yang mampu...Fuhh penat.!
Photobucket

Apr 12, 2013

Segmen 24 Jam by Emas Putih

Salam,

Kesempatan menghirup udara segar tapi sedikit panas di Shah Alam ini, ambo ingin sertai satu segmen yang dikelolai oleh blogger Emas Putih. Dengan tajuk "Segmen 24 Jam by Emas Putih" jadi masih ada masa lagi untuk mana-mana blogger yang ingin turut serta.


Klik banner di atas untuk ke blog Emas Putih.

#KataAmbo: kepala dan jiwa tak cukup synchronize.

Photobucket

Mar 29, 2013

Segmen : 300 Bloggers

salam,,

Wow!! Itulah ekspresi pertama ambo apabila melihatkan tajuk segmen anjuran blogger Paly ini. Ketika ambo menaip entri ini, senarai peserta sudah pun melebihi angka 100. Satu sambutan yang amat menakjubkan untuk segmen kelolaan Paly.

Ambo pun turut tidak mahu ketinggalan menjadi sebahagian peserta yang memeriahkan "segmen : 300 Bloggers"ini.

Klik Banner untuk join.
Meh pakat ramai-ramai jadi sebahagian dari 300 blogger dalam segmen ini yang turut mendapat perhatian blogger otai Ben Ashaari. 

#KataAmbo::Banyak kelebihan blogwalking.
Photobucket

Mar 23, 2013

Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com

salam,,



NAILI SHOPPE : Kedai Online Termurah Di Pasaran

Naili Shoppe merupakan pemborong, pengedar dan penjual pelbagai produk kecantikan, kesihatan, tudung (bawal, labuh, ratu), stoking buluh, shawls serta pelbagai jenis aksesori bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan kawasan sekitarnya.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Naili Shoppe ini ialah D’Herbs, Anugerah, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Nurbeautyline, Fellina, Megah Perawan, CocoaCollagen, Avail, Pamoga - Vida Beauty, Beauty Umairah, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Hijrah, Smartherbs, Pompure, D’Qistee, Produk Sunnah, Jerslin, Jamu Ratu Dara dan banyak lagi.

PEMBELIAN SECARA ONLINE AMAT DIALU-ALUKAN

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :-
Puan Naili : 013-3913 349
Emel  : nailishoppe@gmail.com

Alamat Premis :
Naili Shoppe
T00-UF2, Blok C
Pangsapuri Putra Damai
Jalan P11E Presint 11
Putrajaya

Business Hours :
Isnin – Jumaat ( 10 pagi – 9 malam )
Sabtu – Ahad ( 10 pagi – 8 malam )


Syarat Penyertaan Giveaway
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Like Fanpage NailiShoppe dan Add To Circle Google+ Naili S
  3. Like Fanpage Keledek Pedas dan Add To Circle Google+ Dennis Zill
  4. Buat entri bertajuk Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
  7. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah secara manual.
  8. Giveaway ini akan berlangsung dari 12.01 pagi 23/3/2013 sehingga 11.59 malam 7/4/2013

Hadiah Giveaway - Wang Tunai Berjumlah RM 200.00
  • Pertama : RM 40 X 1 orang
  • Kedua : RM 30 X 2 orang
  • Ketiga : RM 20 X 2 orang
  • Keempat : RM 10 X 6 orang

Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh Naili Shoppe dan Mykeledek dengan kerjasama Mialiana.com


#KataAmbo::tak keluar rumah pun boleh shopping.

Photobucket

Mar 21, 2013

Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang


Ini adalah segmen pertama dari Belog Cik Kumbang.Tujuan Cik Kumbang buat segmen ini adalah untuk memudahkan Cik Kumbang blogwalking & terjah update terkini blog korang yang join segmen nie.Segmen nie inspired by Mia Liana & Cik Farah,sebab Cik Kumbang menggunakan konsep copy&paste coding HTML sahaja untuk join.Mudah kan?

KENAPA KORANG PERLU JOIN?

SEMUA blogger yang join segmen nie akan dimasukkan ke dalam Blog Khas,Bloglist Cik Kumbang di [SINI] untuk sepanjang tahun 2013 ini.Best kan :) Dan yang paling best, Cik Kumbang akan pilih sekurang-kurangnya 10 blog untuk direview di facebook page Belog Cik Kumbang dan 5 blog untuk direview di Belog Cik Kumbang dengan menggunakan random.org !!! Menarik tak? JOM JOIN !!!

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.Follow Belog Cik Kumbang untuk mengetahui update terkini segmen ini.Klik
2.LIKE Fanpage Belog Cik Kumbang.Klik
3.Buat satu entry dengan tajuk Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang.
4.Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish. Untuk copy sila klik di bahagian coding, kemudian tekan Ctrl+C serentak untuk copy dan akhir sekali paste kan ke ruangan HTML korang.
5. Make sure korang tinggalkan link entri korang tu kat ruangan komen NIE & nyatakan kategori blog korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist Cik Kumbang nanti.

TARIKH TAMAT: 20 April 2013.


#KataAmbo::as easy as abc ^_____^

Photobucket

Mar 16, 2013

Menang Top 4 Hypercontest MK Syahir

salam,,


Alhamdulillah, setelah sekian lama menyelami dunia blog, akhirnya ambo mendapat hasil pertama dari dunia blog ini. Meskipun tidak sebesar manapun tetapi siapa nak bagi percuma RM30. Jadi terima kasih tak terhingga kepada penganjur hypercontest Ada Apa Dengan Blog MK Syahir? yang memilih entri penyertaan ambo sebagai antara 4 yang terbaik. Juga terima kasih kepada juri bersama untuk hypercontest ini, Ben Ashaari.

Hypercontest yang memerlukan peserta menilai blog MK Syahir dan memberikan kritikan atau pendapat seikhlas mungkin tentang blog tersebut. Jika ada kekurangan, apakah penambahbaikan yang perlu dilakukan pemilik blog tersebut. Itulah serba-sedikit tentang hypercontest anjuran MK Syahir.

Klik gambar untuk keputusan penuh.
Untuk pengetahuan umum, MK Syahir antara blogger yang aktif menjadi penaja kepada contest anjuran beberapa blogger popular. Jadi alang-alang sudah singgah sini, cuba-cubalah melawat blog beliau di mksyahir.com yang menggunakan tajuk APAKAH?. Manalah tahu ada contest lagi ke?

#KataAmbo::Tersengih sampai sideburn

Photobucket


Mar 14, 2013

Nuffnang Blogbuster Campaign Assigment

Salam,

Sehari tanpa entri terasa bagai ada kekurangan. Nampak sangat sudah ada keserasian dengan dunia blogging. *keserasian atau ketagih?

Beberapa detik sebelum ambo terbitkan entri ini, ambo dapat satu email dari pihak nuffnang yang menawarkan campaign assignment DiGi Easy Prepaid. Pada mulanya agak teruja bila mata tepat menuju perkataan "campaign" kerana menyangkakan akan dapat kempen CPUV . Bukan main lama berangan nak dapat benda tu.

Tapi keterujaan ambo terhenti dengan tanda tanya. Apakah sebenarnya blogbuster campaign ini?

Hi *akhil,
We are pleased to inform you that you have been selected to participate in a Blogbuster campaign based on your survey preference to run Expandable ads. The details of this campaign are as follows:
Campaign Name:
DiGi Easy Prepaid Blogbuster
Submission Deadline:
19 March 2013
Campaign Period:
26 March 2013 to 23 April 2013
If you wish to take part in this campaign, you can do so by logging in to your Nuffnang Dashboard. Click on the additional tab titled "Blogbuster" under "Services" for further information on this campaign. 
Kindly take note of the stated deadline, and we look forward to your submissions!
Untuk menjayakan kempen ini, ambo dikehendaki membuat satu video mengenai kempen yang ditawarkan. Setelah diselongkar dalam laman sesawang nuffnang, lebih kurang macam gambar di bawah kelihatannya.


Jadi mungkin ada blogger-blogger diluar sana yang pernah mendapat tawaran sebegitu rupa, mungkin boleh membantu? hehe!

#KataAmbo::Diselubungi tanda tanya. 

Photobucket

Mar 12, 2013

Pertandingan Tagline Visionnaire

Salam,,


Tahukah anda, remaja merupakan antara penggerak kemajuan negara? Mungkin akan ada yang mempertikaikanya. Alih-alih remaja selalu dikaitkan dengan kegiatan tidak berfaedah seperti melepak, lumba haram (rempit) dan macam-macam lagi tohmahan.

Namun, hakikatnya masih ada remaja diluar sana yang masih berwawasan dan berpandangan jauh. Tapi itulah pandangan tipikal masyarakat kepada remaja..hmmm!

Baiklah, lupakan tanggapan negatif tersebut. Tahukah anda? Ada satu laman sesawang yang memaparkan aktiviti remaja yang berwawasan, berfaedah seperti aktiviti amal dan banyak lagi yang melibatkan komuniti remaja dan belia. Itulah dia VISIONNAIRE.COM.

Laman tersebut baru diwujudkan dan sekarang tengah mencari tagline yang terbaik untuk laman tersebut. Jadi sebagai penyertaan ambo untuk pertandingan itu, ambo ada 2 versi tagline untuk laman Visionnaire.

Tagline 1: VISIONNAIRE PEMACU REMAJA UNGGUL (versi Bahasa Melayu)
Tagline 2: VISIONNAIRE TRIGGERING THE OUTSTANDING YOUTH (versi English)


#KataAmbo::Remaja berjiwa konkrit.

Photobucket

Mar 9, 2013

Segmen RM5 Blog Paly

salam,,


Hujung minggu pertama dalam semester pengajian yang baru. Semangat untuk buat yang terbaik semester ni masih berkobar-kobar. Semangat untuk terus blogging pun tetap bersemarak. Jadi setakat ini, kedua-duanya berjalan dengan lancar. 

Jadi bagi mengisi cuti hujung minggu yang biasa-biasa, ambo ingin sertai satu lagi segmen dari blogger Paly. Tajuk ringkas, penyertaan yang ringkas, syarat-syarat yang ringkas. Jika berminat untuk turut serta, boleh klik banner diatas.

Segmen Tamat: 10hb Mac 2013 @ 11:59PM

#KataAmbo:: Teringin untuk reka satu segmen sendiri, tapi ada sambutan ke??

Photobucket

Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com.

Salam,,


Entri ini untuk penyertaan segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com.


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

#KataAmbo::Jom join ramai-ramai

Photobucket

Mar 2, 2013

Segmen Pantas : Bloglist Edisi Mac

salam,


Hujung minggu yang terakhir untuk cuti semester kali ini sebelum ambo kembali menggalas buku dan nota kuliah. Mengisi kesempatan yang ada, ambo sertai segmen pantas - Bloglist Edisi Mac. Pantasnya segmen ini terserlah kelihatan dari tempoh penyertaan dibuka hanya satu hari iaitu dari 1 Mac 2013 - 2 Mac 2013( 4.00pm) ..uihh pantas.

Sudah lama ambo tercari-cari segmen yang ringkas dan menarik untuk disertai. Harap ambo tersenarai dalam bloglist blog kanvasdakwat.com .

Berminat untuk turut serta meriahkan suasana klik banner pelangi di atas. 

#KataAmbo::Cari network..hehe^_^

Photobucket

Feb 23, 2013

Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com

salam,,



Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

#notaBuruk::Hari yang redup!!

Photobucket

Feb 13, 2013

Segmen:Paly Nak Bagi Topup RM5

Salam,,


Dah agak lama ambo tak sertai apa-apa segmen. Jadi bersempena kekeringan idea dan kemalasan yang menjadi-jadi untuk update blog dunia bawah tempurung ini ambo tekad untuk memeriahkan segmen blogger paly ini.

Syarat yang mudah, dan tak perlu entri panjang-panjang menguatkan lagi tekad ambo untuk sertai "Segmen: Paly Nak Bagi Topup RM5". Cuti masih panjang, sambil goyang kaki tetiba dapat topup free. Wow..syok habis!!

Bagi anda yang tersesat ke dunia bawah tempurung ini, dan ingin turut serta dalam segmen paly ini klik [sini] atau banner diatas.

#notaBuruk::Masih tercari-cari momentum bercuti yang terbaik.

Photobucket

Jan 5, 2013

Segmen Tambah Trafik Tambah Follower 2013

Salam,,

Redakan seketika kehangatan dan demam final exam. Paper final yang pertama yang cukup "mengujakan". Mungkin terlalu awal untuk memulakan persiapan untuk paper final yang seterusnya. Jadi curi sedikit masa untuk sertai segmen dari blogger ikutan ramai Hasrul Hassan, Tambah Trafik, Tambah Follower 2013.


Blog Hasrul Hassan tak lagi asing bagi ambo. Di peringkat awal ambo terjun ke dunia blog, blog bro HH inilah ambo jadikan panduan, dalam mempelajari selok belok dunia blog. 

Banyak tip-tip yang mudah difahami kerana telah diolah dalam bahasa yang mudah sampai ke kumpulan sasaran iaitu blogger baru. Dalam kata lain, blog Hasrul Hassan ini boleh dikatakan sebagai blog pendidikan buat blogger terutamanya blogger baru yang masih mencari tapak..seperti blog Bad Storyteller ini. 

Kepada anda yang baru singgah di Dunia Bawah Tempurung pasti ingin tahu ada apa di blog Badstoryteller (Dunia Bawah Tempurung)? Macam-macam ada. Tapi entri di blog ambo (saya) lebih kepada perkongsian perkara yang dekat dengan kehidupan ambo. Contohnya sukan seperti bola sepak yang melibatkan Liga Malaysia, Pasukan Harimau Malaya dan lain, kehidupan di kampus, info-info semasa, live streaming, dan lain-lain artikel yang menarik untuk dikongsikan dan di olah dari sudut pandangan ambo.

Blog Dunia Bawah Tempurung ini hakikatnya masih bertatih dan banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki. Jadi kritik dan saran senantiasa dialu-alukan agar kekurangan yang terlepas pandang tadi dapat diatasi..


#notaBuruk::All the best untuk semua calon-calon MSMW2013.

Photobucket

Jan 1, 2013

Segmen Tadi dan Semalam

Salam,,


Selamat tahun baru 2013 pembuka bicara. Sekali lagi ambo di undang oleh blogger Paly.my untuk memeriahkan segmen terbaru beliau.."Segmen:Tadi dan Sekarang". 

Sementara dalam proses mengembalikan momentum untuk kembali ke meja study, ambo kongsikan apa yang telah ambo lakukan menjelang tahun baru dan ditahun baru.. Senang cerita dalam tempoh masa 30 Disember 2012 - 2 Januari 2013. 

Untuk pengetahuan khalayak, ehh macam ramai yang baca entri aku ni..Untuk pengetahuan pengunjung blog ambo ni, aktiviti ambo sama saja untuk semalam menjelang tahun baru, hari ini dan insyaAllah esok. Apa lagi kalau bukan study untuk final exam yang makin hampir sesangat.

memandangkan ambo tiada kamera, maka ambo pinjam gambar pak cik google

Agak-agak dah bosan belek-belek nota, klik-klik mouse dan cuci mata dalam talian jap. Pendek kata, 30 minit belek nota, 60 minit cuci mata. Masih tak konsisten.



Malam tahun baru, sambut tahun baru dengan Ustaz Azhar Idrus. Tapi dari dalam bilik saja hahah layan streaming. Agak mustahil untuk terus study di saat bunyi bunga api berdentum sana-sini. Orang lain mungkin boleh, tapi tidak ambo. 



Itulah yang berlaku tadi dan semalam. Nak final exam katakan. Study laa memanjang. Kalau berhenti pun sebab makan, tidur, makan, tidur. Itu pun kalau boleh nak tidur beralaskan buku. Manalah tau segala info-info itu meresap masuk ketika syok tidur.



Sumpah bosan rutin harian ambo beberapa hari ini. Tapi demi masa depan punya pasal serta demi untuk tidak menghampakan ibu bapa, inilah yang terbaik untuk dilalui. Tapi yang paling penting letak niat belajar kerana Allah!



#notaBuruk::Ke mana hala tuju dunia bawah tempurung tahun 2013 nanti??

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...