Dec 12, 2012

Bekas Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja Kembali Ke Rahmatullah

Salam,,

Setiap kali penghujung Ramadhan dan menjelang Syawal, kemunculan beliau di kaca tv pasti dinanti-nantikan. Setiap bait kata-katanya diikuti dengan penuh suspens. Bila beliau habis buat pengumuman di kaca tv semua orang tersenyum gembira. Gembira menyambut hari raya.

Bekas Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja Meninggal Dunia.

Beliau itulah bekas Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, yang meninggal dunia di Hospital Selayang Selangor kira-kira jam 8:30 malam tadi.

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - Bernama

Al-Fatihah untuk Allahyarham semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Takziah kepada kaum keluarga allahyarham.


#notaBuruk::Gunung daik bercabang tiga, Budi yang baik dikenang jua.

Photobucket

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...