Dec 20, 2012

Skuad Bola Sepak Sukan University Asean Menang Gangsa

Salam,,



Dunia Bawah Tempurung ambo agak suram sehari dua ini. Lepas saja Malaysia terkeluar dari saingan piala Aff tempoh hari terus ambo jadi 'down'..

Tapi sukan bola sepak Malaysia mendapat perkhabaran gembira, skuad bola sepak untuk kontingen Sukan Universiti Asean (AUG) 2012 yang berlangsung di Laos telah menang pingat gangsa. Ok lah tu.

Skuad yang dibimbing oleh jurulatih Azman Yussof menewaskan Myammar 3-2 dalam penentuan pingat gangsa. Rekod sebelum ini, AUG 2008 di Kuala Lumpur Malaysia menang pingat perak dan edisi AUG 2010 di Chiang Mai terkandas diperingkat kumpulan.

Syabas untuk barisan pemain dan jurulatih. Belajar pun belajar jugak tapi sukan tetap aktif. Bukan senang nak seimbangkan kedua-dua perkara tersebut.



#notaBuruk::Kalau Malaysia mara ke final Aff, sunyi jalan raya seluruh negara.Sume tengok bola.
Photobucket

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...