Dec 5, 2012

Safee Sali Ikat Kontrak Dengan Johor FA

Salam,,

Safee Sali Dipinjamkan ke Skuad Bola Sepak Johor FA | Ura-ura mengatakan Safee Sali bakal ke pasukan Johor musim 2013 akhirnya terjawab. Siap bergambar sakan lagi dengan Tengku Mahkota Johor tu.

Bagaimanapun penyertaan Safee Sali dalam pasukan Johor adalah sekadar pemain pinjaman dari kelab Arema Pelita pasukan dari Liga Indonesia. Sebelum itu pernah timbul spekulasi Safee Sali bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mat Yo dalam kem bola sepak Kelantan. Tapi itu hanya spekulasi saja. Lagi pun pada hemat ambo, Safee tak berapa sesuai menyarung jersi Kelantan. Tiada chemistry kata orang ambo.

safee sali, Tengku mahkota johor, johor FA, harimau selatan

Cuma yang menjadi sedikit pertikaian dan perbualan ramai peminat dan pemerhati sukan, mengenai tindakan pihak pengurusan Johor yang mengikat kontrak pemain kebangsaan yang masih dalam persiapan mengharungi peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012 menentang Thailand.

Menurut pemerhati sukan ini secara tidak langsung boleh mengganggu tumpuan pemain terhadap saingan Aff Suzuki yang sedang berlangsung.

Apa-apapun dengan tarikh tutup pendaftaran 6 Disember khabarnya, pastinya membuatkan pihak pengurusan tidak mahu berlengah mengikat seberapa ramai mungkin pemain bintang untuk pasukan mereka.



#notaBuruk::kuasa uang pak.

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...