Dec 30, 2012

Kelab Mahal Tumpas


Salam,,

Hah, cuba teka kelab mana yang mahal tu? Bukan ambo nak panaskan line ke apa. Tapi sudah itu tajuk yang dikarang oleh Harian Metro. Harimau Selatan a.k.a Darul Takzim FC tumpas mengejut 1-2 kepada pasukan adik-beradik Johor pada saingan kejohanan pemanas badan Liga Malaysia, Kejohanan Empat Penjuru malam tadi. Tapi sebenarnya masih terlalu awal untuk menilai kekuatan sebenar pasukan yang baru di"renovate' ini.

Sebelum ini pernah terjadi kepada kelab, MPPJ Selangor yang mengeluarkan peruntukan yang amat besar untuk membentuk pasukan ala-ala Chelsea ataupun Manchester City tapi kekangan kewangan dan pudarnya komitmen pihak pengurusan, akhirnya kelab tersebut tarik diri dari Liga Malaysia ketika itu.

Harap kelab yang baru ini, pengurusan terutamanya betul- betul komited untuk memajukan sukan bola sepak  Johor khususnya dan Malaysia amnya.



#notaBuruk::Ambo lagi kagum dengan Johor FC sebelum ni.

Photobucket

4 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...