Dec 21, 2012

Nasib Kelab Liga Perdana Inggeris di Liga Juara-Juara Eropah

Salam,,


Undian Pusingan kedua 16 pasukan terbaik Uefa Champion League (UCL) 2012/2013 telah pun keluar. Mungkin dah ramai yang tahu. Tetapi persoalannya bagaimanakah nasib dua kelab dari Liga Perdana Inggeris kali ini?  Arsenal dan Manchester United.

uefa champion league, liga juara-juara eropah 2012/2013

Manchester United bakal berdepan cabaran kelab La Liga, Real Madrid. Ambo raso inilah perlawanan tumpuan ramai. Jose Mourinho bakal menghitung percaturan dengan Sir Alex Ferguson. Dua pengurus yang cukup berkaliber dengan rekod kejuaraan yang hebat. Manakala Cristiano Ronaldo bakal kembali bertandang ke Old Traford menentang bekas kelab lamanya itu. Wargghh!! mantap habis. Nantikan saja perlawanan itu.

Satu lagi kelab liga Inggeris, Arsenal. Sering kali terkandas di pertengahan saingan. Kali ini cabaran untuk Arsenal boleh tahan hebat, Bayern Muninch.

Musim-musim sebelum ini, kelab liga Inggeris sering mendominasi saingan UCL ini. Buktinya:

2011-2012: Chelsea juara menewaskan Bayern Munich

2010-2011: Manchester U ke final tapi tewas kepada Barca.

2009-2010: tiada wakil di separuh akhir. Man U dan Arsenal tewas di suku akhir

2008-2009: 3 wakil EPL di separuh akhir. Chelsea, Arsenal dan Man U (tewas di final kepada Bayern Munich). Liverpool terkandas di suku akhir.

2007-2008: Man U berentap dengan Chelsea di final (Man U menang). Liverpool kandas di separuh akhir (tewas kepada Chelsea), Arsenal kandas di suku akhir (tewas kepada Liverpool)



#notaBuruk::Teringin lama nak dapatkan jersi ManU.

Photobucket

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...