Dec 1, 2012

Keputusan penuh kumpulan A Piala AFF Suzuki 2012

Salam,,


Saingan kumpulan A bagi Piala AFF Suzuki 2012 telah pun berakhir setelah kesemua pasukan dalam kumpulan ini menamatkan perlawanan ketiga peringkat kumpulan.

Berikut ambo kongsi keputusan perlawanan terakhir peringkat kumpulan A. Thailand juara terbanyak Piala AFF bersama-sama Singapura sebanyak 3 kali, berjaya menebus kegagalan 2 tahun lalu apabila menjuarai kumpulan A dan mara ke separuh akhir dengan rekod bersih. Thailand tahun 2012 bukan lagi Thailand yang 2 tahun lepas barangkali. K.Rajagopal perlu take note jika Malaysia mara ke separuh akhir dan bertemu Thailand.

aff suzuki cup 2012, thailand, kumpulan A  AFF  Suzuki 2012,

Mengiring Thailand ke separuh akhir dari kumpulan ini ialah Filipina. Ternyata projek naturalisasi pemain kebangsaan Filipina menjadi. Kali ke-2 berturut-turut dalam sejarah Piala AFF pasukan Filipina a.k.a Azkals (anjing jalanan) memasuki kelompok 4 terbaik kejohanan dwi tahunan ini.


Kedudukan keseluruhan kumpulan A bagi Piala AFF Suzuki 2012 yang memperlihatkan dominasi Thailand yang ternyata memanfaatkan sepenuhnya kelebihan selaku tuan rumah.

kumpulan A, Piala AFF Suzuki 2012, Philipines, Thailand


#notaBuruk::Ralit melayan video-video piala AFF 2010. Tip-top Harimau Malaya main.

Photobucket

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...