Nov 17, 2012

2012 Tahunku Yang Kacak

Salam,,

2012 Tahunku Yang Kacak??

Tahun 2012 hampir ke penghujung. Badstoryteller nak join contest SEO Extravaganza 2012 Tahunku Yang Kacak! Mimpi ke apa ? Untuk makluman semua, contest anjuran Syaifuddin Alias ini akan menilai kekuatan seo sesuatu blog yang semuanya mengunakan keyword yang sama sebagai tajuk serta kreativiti entri yang dihasilkan.

Ok. Berbalik kepada 2012 Tahunku Yang Kacak pula. Banyak kriteria yang menjadikan 2012 sebagai tahun kacak ambo.

2012 Tahunku Yang Kacak Sebagai Pelajar Sepenuh Masa.


Penggal pertama 2012 terlalu banyak dugaan dan tekanan hidup sebagai pelajar yang menjadikan ambo kacak.  Laptop rosak tapi masih buat-buat tenang, sedangkan jiwa krukkk..krekkk..krookkk remuk dan hancur luluh.

Tapi alhamdulillah, mader & pader dan kaum kerabat yang selalu ambo menyusahkan mereka, gantikan yang baru. Jadi dapatlah laptop baru..Laptop untuk student nak buat tugasan universiti [ kononnya ].

Kacaknya 2012 tidak berhenti setakat itu saja. Selain berstatus pelajar sepenuh masa, ambo turut berkerja separuh masa sebagai CSE ( Customer Service Employee ) di Call Service Center Dominos Pizza untuk menambahkan duit poket dan kelihatan lebih kacak di tahun 2012.

Penggal kedua 2012 yang baru bermula dengan lebih kacak. Menjadi sebahagian penganjur acara untuk pelajar baru kejuruteraan cukup menguji kewibawaan. Bersengkang mata sampai lebam mata tak cukup tidur. Bukan setakat itu saja, tahun 2012 juga ambo berpeluang kembali aktif bersukan,.[..elehh baru berapa kali turun main ].

Dan yang lebih penting, semangat untuk terus berjuang dalam menuntut ilmu kembali bernafas. Belajar bersungguh-sungguh, graduate awal-awal, kerja kaw-kaw, hantar mader & pader pergi Mekah pastu minta tolong doakan ambo mudah dapat jodoh..wahhh menggunung kinabalu harapan.weeeiii!!


Senang cerita banyak nawaitu yang tertangguh bertahun-tahun, akhirnya terlaksana tahun ini. Dan InsyaAllah lagi 3 semester selaku pemegang status pelajar sepenuh masa. Moga dipermudahkan Yang Maha Esa..amiin!


2012 Tahunku Yang Kacak Sebagai Blogger Suku Masa



Sebelum tekad untuk sertai contest ini, sebenanya sudah lama, singgah di blog Spuddin.com ini untuk memerhatikan perkembangan contest anjuran beliau. Tapi segan silu untuk sertai kerana sukar menerima hakikat 2012 tahunku yang kacak.

Sebagai blogger [segan nak membahaskan diri ini blogger sebenarnya] 2012 bagai mendatangkan semangat baru untuk terus ber'blog' sejak bermula di tahun 2010 yang hensem.

Untuk rekod ini kali kedua ambo sertai contest berbentuk seo ini dan kedua-duanya di tahun 2012. Pengalaman pertama dalam contest seo ini semasa contest eyriqazz vs denaihati. Contest seo itu anjuran blogger Eyriqazz.com yang terkenal dengan tagline Great Teacher Onizuka dan denaihati.com menerusi tagline hidup untuk memberi.

Blogger picisan yang kerdil lagi aneh  mencelah-celah masuk antara jari-jari yang masyur dalam dunia blog. Berbekalkan pengetahuan yang '0' pasal seo ini menekadkan ambo untuk kamcing dengan google untuk mendalami ilmu blogging terutamanya  search engine optimization (seo) ini. Meskipun tidak menang tetapi pengalaman itu amat mematangkan.

Juga pertama kali dalam sejarah blog dunia bawah tempurung ini direview setelah menyertai segmen anjuran blog menulis dan menconteng.
Boleh dikatakan tahun 2012, ambo lebih teruja meng'update' blog dan mengoptimumkan blog hingusan ini.
Yang lebih penting, lagi ramai blogger olam (orang lama) yang ditemui serta bermacam ragam dan rupa blog yang ada.

Jadi penyertaan untuk "2012 Tahunku Yang Kacak" ini lebih kepada menguji kemampuan dan mendalami lebih lanjut pengetahuan tentang search engine optimization (seo).

*latest updated penaja 2 Disember 2012




#notaBuruk::ternyata gigi kucing diatas lagi putih dari aku punya..ahaha

Photobucket

20 comments:

  1. wahhh... kacaknya. kak mia doakan moga berjaya menjadi pelajar dan pekerja dan blogger dalam satu masa... terbaik...

    ReplyDelete
  2. sebenarnya bro, untuk menjadikan blog lebih mesra SEO, kita harus belajar cara-cara bagaimana untuk meletakkan meta tag dgn betul di dalam blog, rich snippet, gunakan keywords yang betul dan sebagainya. Kalau itu terjadi, maka tak mustahil blog saudara akan di page pertama Google. Terima kasih kerana sudi menyertai contest ini :]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq bro. Tips yg ckup baik dan berguna.
      first time dgr psl rich snippet..
      dah sehari suntuk mendalami benda alah tu heheh..
      ^_^

      Delete
    2. harap dapat alert dgn senarai penaja terbaru

      Delete
  3. SEO contest memerlukan perancangan yang betul supaya mencapai tempat pertama di Google search...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup btol tu.
      Tu yg mencabar dan susah yg amat bg seorang beginner mcm sy..

      Delete
    2. sama-sama kita memperlajari ilmu SEO nie...saya pun beginner juga...

      Delete
  4. betul. masih banyak lagi kena belajar saya ni. semnuanya terer-terer belaka. :)

    ReplyDelete
  5. tahun 2012 anda memang kacak ! gud luck :)

    ReplyDelete
  6. semoga bro berjaya.. aku suka gmbar yg ada kucing tu. haha, entry yg menarik

    ReplyDelete
  7. semoga berjaya dengan contest yang disertai..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...