Dec 13, 2012

Singapura ke final Piala AFF Suzuki 2012

Salam,,

Singapura mara ke akhir Piala AFF Suzuki 2012 | Salah satu tempat untuk aksi akhir Piala AFF Suzuki 2012 sudah pun di tempah oleh pasukan dari kepulauan kecil, Singapura. Pasukan dengan gelaran Lion itu menamatkan cabaran Filipina dengan aggregat 1-0 di stadium Jalan Besar malam tadi. Gol kemenangan Singapura dijaringkan oleh penyerang Khairul Amri.


Untuk rekod, kali terakhir Singapura mara ke akhir adalah pada edisi tahun 2007 dan muncul juara menewaskan Thailand. Singapura pernah menjuarai Piala AFF ini sebanyak 3 kali.

Malam nanti satu lagi tempat pentas akhir bakal direbut Thailand dan Malaysia. Ambo harap pasukan Harimau Malaya kita mampu membenam ego Thailand di bumi mereka dan ke pentas akhir untuk membalas dendam tewas kepada sang singa 0-3 semasa peringkat kumpulan lalu. 

Jika ini terjadi semestinya skrip 2010 kembali berulang, dimana Malaysia tewas dalam perlawanan pertama kumpulan  kepada Indonesia dan bertemu lawan yang sama di final dan menang AFF Suzuki Cup.

#notaBuruk::trauma dengan singa tua.

Photobucket

3 comments:

  1. Muahaha...Nyesal tak tengok malam tadi..

    ReplyDelete
  2. malam ni penentu siapa lawan singapura di final,, belogisam disini #251

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...