Dec 26, 2012

Segmen Bebas Syarat: Entri Terbaik 2012 Untuk Di Review

Salam,,


Tahun 2012 sudah nak habis awok-awok semua. Sekejap masa berlalu. Diam tak diam sudah 2 tahun lebih ambo ber"blogging".

Sebelum tirai 2012 berlabuh, ambo ingin sertai satu lagi segmen " Entri Terbaik 2012 Untuk Di review" kelolaan blogger Jerit Pekik. Setelah diteliti, ada beberapa entri, pada penilaian peribadi ambo adalah terbaik. Bukan nak angkat bakul tapi entri tersebut ambo pilih kerana telah mendapat pageview yang tertinggi untuk blog picisan Bad Storyteller ini.


Entri ini mengisahkan tentang sejarah Ustaz Azhar Idrus belajar ilmu agama Islam dan kini beliau berjaya menjadi
seorang tokoh dakwah yang dikenali ramai dan cukup berpengaruh. Entri bertarikh 11 Februari 2012 ini sehingga sekarang masih menjadi entri paling popular di blog bad storyteller. Tak sangka ramai yang ingin tahu sejarah hidup UAI.


Entri ini juga mendapat pageview yang tinggi dan keyword Innocent of Muslim menjadi keyword paling banyak di cari dalam record blog ini untuk tahun 2012. Entri in ambo coretkan ketika kecoh satu dunia mengenai penerbitan filem yang menghina Rasulullah S.A.W dan seluruh umat Islam bangkit dengan senada suara membantah sikap biadah penerbit terbabit. Ini bukan pertama kali cubaan membangkitkan kemarahan Umat Islam dengan mencetuskan provokasi dengan memburuk-burukkan agama Islam. Nauzubillah.


Rasanya inilah entri yang paling sesuai mengambarkan liku-liku hidup ambo sebagai pelajar dan blogger. Entri ini adalah sebahagian dari penyertaan kontest SEO dari blogger Syaifuddin Alias. Secara peribadi, ambo rasa itulah entri yang paling sesuai untuk mengambarkan perjalanan 2012 ambo meskipun tak merangkumi semua perkara.


#notaBuruk::Hah!! 2012 dah abis??

Photobucket

6 comments:

  1. Perghhh.Demo dua tahun dah berblogging.Ambo baru 2bulan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha..
      bunyi jee 2 tahun tp masih cetek knowlegde psl blogging ni.
      xcukup komitmen lgi utk blogging btol2..

      Delete
  2. wah, dah dua tahun eh.. kejap je masa berlalu.kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah yup skejap sgt..
      tp dua tahun pun masih jauh kene gali selok belok blog ni.
      tq cik shida singgah sini!!

      Delete
  3. pejam celik pejam celik dah nak habis 2012 ..hihi .. tanam azam baru yaa ..good luck :]

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...