Jan 17, 2012

Undilah - English (Namewee Afdlin Shauki Kuli Pete Teo)

Salam sejahtera rakyat jelata..PRU ke-13 semakin terasa bahangnya. Bagi yang sudah melepasi usia 21 tahun sudahkah kamu mendafar sebagai pengundi??
Untuk makluman aku dah pun melepasi angka 21 tahun dan aku belum lagi daftar..hehehe.
Eh..!Bukan!! aku dah daftar rasanya. Sebab my bapak ada minta no. ic tidak berapa lama dulu. Tapi aku tak pula bertanya untuk apa. Mungkin untuk daftar mengundi la tu..alahaii mengundi huhhh!!
Kalau sesapa ada tengok berita arus perdana tentu dapat lihat PM kita, Datuk Seri Najib Tun Razak kesana kemari serata Malaysia menjenguk jentera parti Barisan Nasionalnya. Manakala parti pembangkang, Pakatan Rakyat pun baru mengadakan konvensyen Pakatan Rakyat 2012. Apa agendanya??Dengar cerita nak Bersihkan Malaysia.
Jadi kepada yang sudah terlanjur membaca entri ini, tanya diri kamu sudahkan mendaftar mengundi??
Tunaikanlah tanggungjawab anda. Jika sebelum ini sibuk berdemonstrasi nak tukar kerajaan, nah gunakan nilai satu undi kamu itu..Oppss..jangan fikir aku cuba menghasut. Aku tidak bias kepada mana-mana parti politik.
Bawah ni ada video sedikit ucapan Tengku Razaleigh Hamzah menyeru kamu-kamu semua turun mengundi.
Siap ada lagu lagi nyanyian Afdil Shauki & the geng. Nampaknya tahun ini PRU-13 ada lagu tema. Genre hip-hop lagi. Macam pilihanraya USA aku rasa.




Undilah - MV (Namewee, Afdlin Shauki): A Pete Teo PSA Music Video promoting the vote. Features vocals by Afdlin Shauki, Namewee & Tengku Razaleigh Hamzah and many Malaysians including @Aisehman, Baki Zainal, Bront Palarae, Chelsia Ng, Daphne Iking, Jehan Miskin, Johan F. Khairuddin, Karamjit Singh, Lai Ming, Lee Chong Wei, Nurul Izzah Anwar, Rosnah Abd Rashid Shirlin, Rina Omar, Reshmonu, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Reza Salleh, Tengku Azmil Zahruddin, Tony Fernandes, Wardina Safiyyah, Wee Ka Siong, Yasmin Yusuf, Albert Law, A. Kohilan Pillay, Jason Lo, Mohan, Khalid Samad, Aizat Amdan, Tee Hui Ling, Usha Nandhini, Chia Ting Ting, Nur Farina, Sassi Tharan Rajoo, Nik Nazmi, Tony Pua & David Lai.


Lidah Tersimpul::Tetiba terkena virus "kamu".
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...