Jan 18, 2012

Blackout page of Wikipedia

Terkesima aku seketika bila aku buka page wikipedia gambar lain yang keluar. Gelap dan penuh misteri. Macam-macam pertanyaan dan persoalan terbit di benak pemikiran aku ke mana hilangnya page wikipedia itu??



Terkejut??Tapi kenapa wikipedia 'Blackout'??

Wikipdia sedang memprotes terhadap SOPA dan PIPA dengan menutup Wikipedia English untuk 24 jam, bermula tengah malam 18 januari 2012. Pembaca yang mengunjungi wikipedia English ketika ini tidak dapat membaca jurnal atau ensiklopedia, sebaliknya akan keluar mesej seperti dalam gambar di atas tu..

SOPA? PIPA? Apakah itu?? nama sabun ker..? :))

SOPA dan PIPA mewakili 2 rang undang-undang masing-masing di United States House of Representatives and the United States Senate. SOPA ringkasan kepada "Stop Online Piracy Act," dan PIPA pula huruf akronim bagi "Protect IP Act." ("IP" adalah "intellectual property."@ harta intelek). Kedua-dua rang undang-undang ini adalah usaha untuk menghentikan perlanggaran hak cipta terhadap laman web asing. Namun demikian, bagi pihak Wikipedia, perkara ini sebenarnya melanggar ungkapan percuma dan merosakkan internet. EFF ( The Electronic Frontier Foundation) menyifatkan rang undang-undang tersebut tidak boleh diterima sama sekali dalam dunia dimana internet terbuka, selamat, dan bebas.Untuk maklumat lanjut lagi rujuk sini >>> SOPA & PIPA

Tapi kenapa sampai di'blackout'kan??

Wikipedia menagnbil langkah menutup English Wikipedia buat julung kalinya, kerana mereka bimbang SOPA dan PIPA akan menghalang orang ramai dari mengakses maklumat dalam talian. Masalah ini bukan hanya menjejaskan masyarakat Amerika Syarikat sahaja malah seluruh dunia.


Adakah ini bermakna Wikipedia sendiri melanggar undang-undang hak cipta dan menyajikan kandungan cetak rompak??

Menurut wikipedia itu sama sekali silap. Sesetengah penyokong SOPA dan PIPA menyifatkan mereka yang menentang undang-undang tersebut sebagai tamakkan hak cipta. Tetapi ini dinafikan oleh wikipedia.
Wikipedia sebenarnya lebih arif mengenai hak cipta dan berhati-hati dalam melindungi sebarang pencabulan hak cipta. Wikipedia menghabiskan beribu-ribu jam setiap minggu mengkaji semula dan membuang kandungan yang melanggar hak cipta. Wikipedia amat berhati-hati dalam sebarang penerbitan kerana misi utama mereka adalah berkongsi ilmu pengetahuan secara bebas. Oleh kerana itu, semua wikipedians memberikan sumbangan idea di bawah lesen percuma dan semua bahan yang ditawarkan adalah bebas dilesenkan. Lesen percuma langsung tidak berkaitan dengan perlanggaran hak cipta dan perlanggaran itu sama sekali tidak boleh di terima.

Are u American and live in the United State? What's the best way for you to help?
Mereka yang kat US tu boleh hubungi wakil rakyat masing-masing untuk menyatakan bantahan ini. Kita kat Malaysia ini macam mana pula?? Biarkan saja??
Bagi mereka yang menetap di negara selain US boleh hubungi Kementerian Luar Negeri atau cawangan kerajaan yang berkenaan. Bagi tahu kita menentang SOPA dan PIPA atau rang undang-undang yang sama.( Apa hak kita nak menentang undang-undang negara orang.Bunyinya macam jaga tepi kain negara orang jee..) SOPA dan PIPA ini akan memberi kesan terhadap laman web luar United State dan tindakan terhadap laman web di United State sendiri (seperti mana wikipedia) akan memjejaskan pembaca luar United State sendiri-- seperti mana kita. 
 
Untuk baca lagi terperinci..meh sini >> SOPA and PIPA
Wikipedia pesan bagi tahu kerajaan kita, supaya mereka tahu kita tidak mahu kerajaan mencipta undang-undang anti-internet yang tidak sepatutnya sesuka hati. Buat masa sekarang mungkin tak kot..sebab govern kita sibuk kempen pilihan raya ke-13..hehe)

Lidah Tersimpul::Wikipedia tak ada. Susah la nak buat assignment.

Photobucket






4 comments:

  1. yup. wikipedia tuto 24 jam je, assignment pun tangguh sehari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup benar 24 jam.tp besar nilai 24 jam kalau assignment kena hantar esok.Tp nasib baik semester dah habis..:)

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...