Jan 31, 2012

Obinna Nwaneri Perkuat Pertahanan Kelantan

Pernah beraksi untuk FC Sion di Liga Switzerland

Obinna Nwaneri satu nama yang bakal meniti di bibir penyokong setia The Red Warriors selepas ini.
Tetapi siapakah Obinna Nwaneri ?
Obinna Nwaneri merupakan pemain import terbaru yang menandatangani kontrak bersama pasukan Kelantan. Maklumat ini telah disahkan oleh Tan sri Anuar Musa sendiri menerusi laman facebook beliau.
Kenyataan dari TSAM


Obinna Nwaneri ialah bekas pemain kebangsaan Nigeria di posisi pertahanan dan kali terakhir menyarung jersi kebangsaan Nigeria pada 28 januari 2010 ketika menentang skuad Ghana. Berusia 29 tahun, pemain yang memiliki ketinggian 1.83 meter ini bakal menguatkan lagi pertahanan skuad Kelantan dalam saingan piala AFC kelak. Sebelum ini Obinna mewakili kelab Kazma Sporting Club di liga Kuwait.







Gambar berikut adalah beberapa info tentang Obinna.


notaburuk : rekod lampau pemain itu bukan ukuran. Contoh paling popular?? Fernando Torres.
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...