Jan 19, 2012

Ayat puitis dari VC UiTM:: Dato' sahol Hamid

Balik sahaja dari jumpa kawan aku terus online. Update mukabuku. Tetiba terbaca satu post oleh VC uitm, Dato' Sahol Hamid sebagaimana berikut::
KATA-KATA YANG MEMBUAT RAMAI SEBAK

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
Fikir2lah
Barisan ketiga perenggang pertama itu yang rasa macam terpalit keatas batang hidung sendiri. Sebab rakan seperjuangan yang lain semua sudah pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menikmati cuti semester. Tapi aku masih disini.

Tapi aku bukan sengaja untuk tidak pulang tetapi aku rasa aku perlu lakukan sesuatu demi mencari pengalaman hidup untuk merasa pahit, manis dan segala rasa-rasa kehidupan.
Insyaallah beberapa minggu sebelum cuti semester berakhir.. aku akan merasa home sweet home..Wassalam


Photobucket





2 comments:

  1. sejak kebelakangan ni, rajin lak Dato update FB dia kan..
    Sebenarnya datang cari link Spongebob Tercekik yg diperkata-katakan. Tapi tak jumpa lak.
    Banner nampak la kat footer tu.

    Nak ambik banner tuan tanah tak terjumpa gak. So, Spongebob Tercekik letak link dulu je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori cik spongebob.masih dalam proses..
      banner belum disediakan lagi hehe..:))

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...