Dec 13, 2012

Punca Harimau Malaya Kalah


Keputusan Separuh Akhir 2 Piala Aff Suzuki 2012
MALAYSIA  (1) 0 - 2 (3)  THAILAND

Salam,,

Cuba lagi Harimau Malaya..Itulah yang mampu ambo katakan. Hari ini bukan hari untuk Malaysia. 
Sebelum kejohanan lagi keyakinan agak pudar setelah melihatkan kepada prestasi semasa perlawanan persahabatan. Tapi persahabatan tak penting, ranking pun tak penting, kerana prestasi semasa kejohanan itu lagi penting. Tapi apa nak buat 2012 bukan milik Malaysia. 

Sedikit kronologi yang ambo ingin kongsikan:


  • Bermula dengan pemberian padang untuk berlatih macam sawah bendang dan tanpa bilik persalinan. 

  • Dinafikan hak untuk berlatih diatas padang stadium yang menjadi gelanggang perlawanan,.
  • Tindakan pengadil K-pop yang tak rasional melayang kad merah kepada Fadhli Saas. 

  • Sikap King Rajagopal yang terlalu kenal pemain-pemain beliau dan bla..bla..bla dan 1001 alasan lagi yang nak dirumuskan.
  • Dan jangan dilupakan juga secara keseluruhan permainan Malaysia malam ni terukkk.
Hakikatnya Piala Aff 2012 sudah terlepas dari genggaman Harimau Malaya. Tiada guna tunding jari sana sini. Bola sepak Malaysia belum berkubur. Ramai lagi pelapis muda dari skuad Harimau Muda yang dibimbing Ong Kim Swee yang sedang menanti masa untuk diketengahkan. 

Apa pula kisah dalam kem bola sepak selepas ini ? Sama-samalah nantikan.


#notaBuruk::Ambo bukan penganalisis sukan yang bagus.

Photobucket

5 comments:

  1. semua duk kecam pengadil ni sebab dia tidak adil !

    ReplyDelete
  2. kita masih ada taring...jgn risau

    ReplyDelete
  3. Apa nak buat ...aku tengok usaha tapi nasib tak menyebelahi,,huhuhu

    ReplyDelete
  4. Kita menang pada batin walau kalah pada zahir!!!

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...