Jan 16, 2013

Penjelasan KS Bawani Tentang Kes Forum Suara Mahasiswa

Salam,

Tiada siapa sangka isu kebiadaban moderator semasa Forum Suara Mahasiswa akan meletup dan menjadi satu topik hangat di Malaysia. Malah kes ini turut tersiar di Yahoo worldwide news sehari selepas penyebaran video tersebut. Ternyata ramai pihak yang menyebelahi mahasiswi bernama KS Bawani.

Berikut video temubual, bersama KS Bawani yang menceritakan situasi sebenar ketika forum berkenaan berlangsung kepada Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) yang berkunjung ke rumah Bawani di Air Kuning Kampar Perak. Mohon masing-masing yang melihat dapat pertimbangkan tanpa sebarang prejudis.





Selepas isu tersebut timbul, beberapa pihakjuga telah tampil menemui dan menghubungi KS Bawani untuk menyatakan sokongan kepada beliau. Ini termasuklah Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah yang menghubungi mahasiswi tersebut.





#KataAmbo | hanya mahasiswa biasa-biasa saja

Photobucket

6 comments:

  1. Replies
    1. hahaha..inilah namanya menangguk di air yg keruh.

      Delete
  2. dari isu biasa menjadi isu yang sangat besar..

    ReplyDelete
  3. Salam... pagi sabtu.. Akhil

    Hemmm.....tak pasal-pasal budal ni dah glamour

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL