Jun 1, 2013

[video] Bukti Siapa Yang Mulakan Insiden di Stadium Darul Makmur

Salam,,

Setelah berdrama dan bersandiwara maka kini tibalah masanya untuk kita melihat siapa yang mulakan kekecohan di Stadium Darul Makmur selasa lalu sehingga menyebabkan terjadinya insiden penyokong masuk padang.

Tengoklah sendiri video ini moga-moga kita boleh menilai, siapa yang bersandiwara dan bermuka-muka. Sudah elok-elok dapat masuk dan duduk dalam stadium tu bukannya tahu jaga adab. Sampai orang yang diluar stadium pun mereka nak provokasi.


Ambo masih tak boleh terima hakikat apabila melihat satu gambar seorang penyokong pasukan dari selatan yang menunjukkan beberapa biji batu yang didakwa dibaling dari luar stadium. Tak pernah lagi terjadi insiden seperti itu. Mungkin pasti ada provokasi yang dilakukan terlebih dahulu oleh pihak yang berada didalam stadium.

Biasalah sudah adat katakan, buat baik dibalas baik. Buat jahat takkan nak lepas macam itu saja. Mungkin tak semua yang teruk. Tapi macam yang terjadi kepada penyokong Kelantan jugalah suatu masa dahulu. Segelintir saja yang membuat onar, tetapi habis seluruh penyokong Kelantan dilabel ganas dan tidak berdisiplin. Mencemar imej bola sepak negara kata mereka.


Diatas itu pula serpihan besi yang didakwa dibalingkan kepada penyokong Kelantan yang hadir di stadium Larkin semasa perlawanan Liga Super yang mana Kelantan tewas 0-2 kepada JDT. Tapi yang gambar ini susah untuk dibuktikan kesahihannya. Boleh jadi betul dan boleh jadi juga sandiwara dipihak penyokong Kelantan sendiri. Jadi abaikan gambar diatas.


Konklusinya, setiap yang berlaku itu tak mungkin akan terjadi jika hanya bertepuk sebelah tangan saja. Satu pihak nyalakan api, satu pihak lagi simbah minyak petrol, maka besarlah apinya.

#KataAmbo::Inilah orang kata, hidup umpama roda.
Photobucket

4 comments:

  1. kalau cerita fitnah ,orang yang sebarkan berkali2 berdosa., :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sbbnya kita kena rujuk byk sumber. Lepas tu nilai dgn sewajarnya tanpa prejudis.

      Delete
  2. penyokong yg terlebih fanatik je akan buat perkara mcm ni...yg kena mereka2 yg penyokong lain yg xbersalah...kerana nila setitik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...rosak susu sebelanga.

      p/s: tlong smbung hehe:)

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...