Jun 19, 2013

Pengajaran Supaya Gunalah Jejantas

Salam,,,

Sudah tengok video seorang pejalan kaki dilanggar? Serius ambo tergamam apabila melihat kelibat seorang pejalan kaki yang dilanggar oleh sebuah kereta di sebuah jalan 4 lorong. 

Pejalan kaki itu dilanggar ketika cuba melintas jalan raya ataupun lebih tepat lagi lebuhraya sebenarnya. Lebih menyedihkan, kejadian berlaku berhampiran dengan jejantas yang sememangnya dikhususkan untuk pejalan kaki melintas lebuhraya berkenaan. 

Bukan lah niat ambo untuk mengaibkan mangsa yang melintas itu, tetapi perkongsian ini sekadar peringatan untuk kita semua rakyat Malaysia mahupun pekerja-pekerja dari Indonesia, Bangladesh mahupun lain-lain negara. Kebiasaannya yang ambo saksikan, yang gemar melintas di kawasan-kawasan lebuhraya ini pekerja asing.


#KataAmbo::Tak Boleh Bayangkan Apa Jadi Kepada Mangsa Tersebut.

Photobucket

2 comments:

  1. Pergh tercampak macam tu sekali.. Padahal jejantas ada disitu.. Memang pengajaran untuk orang lain supaya gunakan le jejantas untuk melintas.

    ReplyDelete
  2. Hissskkkk...kasihannya hanya gara-gara tidak mahu ikut undang2

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...