Jun 17, 2013

Harga Tiket Bas Express - Naik Lagi

Salam,,

Harga tiket bas naik lagi. Salah siapa? Kerajaan lagi? Atau salah tauke bas yang cuba mengambil kesempatan ke atas pengguna yang sudah sedia maklum terlalu lama tersepit dengan kenaikan harga barang ? Mungkin apabila ditundingkan jari kepada pengusaha bas, maka akan keluar kenyataan balas seperti : " Woit,,tauke bas pun ada anak bini juga nak disara. Gaji pemandu lagi".


Isu kenaikan tambang bas ini timbul sama waktu dengan berita penurunan harga kereta yang "murah" giler. Ditambah pula dengan pelancaran model baru Proton yang ambo dengar bayaran bulanan hanya RM 250. Secara kira-kira mudahnya, situasi ini umpama memansuhkan galakan supaya pengguna menggunakan kenderaan awam.


Namun meskipun harga tambang bas naik, ia sedikit sebanyak tidak memadamkan hasrat ambo untuk pulang ke kampung. Sudah lama tak balik woit!!

Kenaikan sebanyak 30% ini akan dikenakan apabila musim perayaan Aidilfitri nanti. Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) tetap dengan keputusan untuk menaikkan tambang bas ekpress meskipun berdepan penentangan dari banyak pihak. Menurut mereka, kenaikan ini merupakan sebahagian dari semakan semula harga tambang yang biasa dilakukan secara rutin setiap 4 - 5 tahun sekali.


#KataAmbo::Bila Malaysia nak ada kereta api laju macam Jepun?
Photobucket

9 comments:

  1. Susah jugak kan nak puaskan hati semua orang? Harga tiket naik, dan harga kereta turun sedikit, agak2 mana yang lebih menguntungkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpulang pd individu. klau yg mmerlukn kereta, penurunn harga kereta lg baik.
      mcm ambo lebih terkesan dgn kenaikn harga tambang bas..

      Delete
  2. kalau org dari pantai timur memang jauh jarak perjalnan nya kan? memang patut buat keretapi laju nih...

    ReplyDelete
  3. kami pelajar pun kadang2 tertekan .
    tapi redha , lagipun tiket kena book awal2

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol..perjalanan ke pntai timur kena book awal2..klau x balik jln kaki.

      Delete
  4. sebenarnya, harga minyak yg patut turun

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...