Nov 22, 2012

Kandungan Perjanjian Gencatan Senjata Gaza 2012

Salam,,


Alhamdulillah, 22 November 2012 merupakan momen mengembirakan untuk penduduk Gaza, Palestin apabila telah termeterai gencatan senjata. Israel a.k.a zionis laknatullah bersetuju untuk menandatangani perjanjian gencatan senjata walaupun pada awalnya enggan berbuat demikian. Satu kemenangan untuk rakyat Gaza dan para pejuang Hamas.

Perjanjian gencatan senjata yang telah dipersetujui oleh Israel dan Palestin ini bermula semalam akan di uji selama 24-72 jam.

Sebab utama penangguhan pengumuman gencatan senjata sejak 3 hari lalu kerana syarat melepaskan sekatan keatas Semenanjung Gaza

Sumber juga menyebut bahawa kerajaan Palestin bersetuju apabila Presiden Mesir menjadi penjamin supaya perjanjian gencatan senjata ini berlaku.

Mesir berjanji akan membuka sepenuhnya sekatan terhadap Gaza walaupun Israel tidak menandatangani kertas perjanjian tersebut.

Persetujan terhasil apabila Israel bersetuju dengan menjadikan Mesir sebagai orang tengah dengan syarat hentikan penyeludupan senjata.

Isi perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui:

1 - Israel akan menghentikan semua bentuk permusuhan dan tindakan ketenteraan di Semenanjung Gaza melalui darat, laut dan udara termasuk pencerobohan dan orang-orang yang disasarkan.

2 - Puak-puak Palestin untuk menghentikan semua operasi dari Semenanjung Gaza ke arah sebelah Israel, termasuk tembakan roket dan serangan ke atas garis sempadan.

3 - Pembukaan sempadan dan memudahkan pergerakan orang dan barangan dan tidak menyekat pergerakan orang atau orang yang disasarkan di kawasan sempadan berkuat kuasa selepas 24 jam berlakunya Perjanjian.

4 - Akan membincangkan apa-apa isu-isu lain jika diperlukan.

Mekanisma pelaksanaan perjanjian gencatan senjata:

1 - menentukan jam sifar untuk persefahaman gencatan senjata yang ditandatangani berkuat kuasa.

2- Mesir menjadi rujukan dan waranti setiap pihak untuk mematuhi apa yang telah dipersetujui.

3 - Komitmen setiap pihak tidak menjalankan apa-apa tindakan yang melanggar perjanjian ini, dan sekiranya terdapat sebarang tindakan yang merujuk kepada perjanjian ini Mesir menjadi rujukan susulan ke atas perjanjian itu.





sumber: aman palestin

#notaBuruk::Alhamdulillah. Kerajaan Palestin isytihar 22 november 2012 cuti umum dan hari kebangsaan

Photobucket

4 comments:

  1. Semoga keaddaan akan jadi w,ebih baik nanti ,amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah..
      Allah pasti membantu hambanya yg berjihad keranaNya

      Delete
  2. Tahniah! anda dimasukkan dalam bloglist fendy

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...