Nov 27, 2012

Sorakan Mentaliti Kelas ke-3 Ultras Malaya

Salam,,

Perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF 2012 semalam bukan hanya keputusan pasukan Malaysia kalah 0-3 saja yang kedengaran tetapi sorakan Ultras Malaya yang dikatakan berunsur negatif pun turut menjadi topik dan perkongsian ramai.

ultras malaya, harimau malaya, chant ultras malaya


Dulu ambo kagum dengan semangat team ultras malaya. Teguh bersorak, dan memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan meskipun ketinggalan dan diambang kekalahan.

Seingat ambo Ultras Malaya ni muncul ketika Malaysia menjadi tuan rumah Piala Asia 2007. Bermula dari situ pengaruh ultras menular ke negeri-negeri di Malaysia seperti Ultras Kelate (Kelantan) , Silver State Ultras (Perak), UltraSel (Selangor)..sekadar menyebut beberapa contoh.

Kemunculan kumpulan penyokong tegar a.k.a ultras di Malaysia boleh dikatakan telah membangkitkan gelombang kedua penyokong tegar bola sepak Malaysia.

Ambo sendiri pun pernah berdiri di belakang..tapi tidak masuk ke dalam crowd Ultras Kelate. Ternyata semangat, fanatik dan inisiatif yang dilakukan oleh mereka cukup hebat. Sehinggakan ada yang berkata, "Jangan sembang pasal jiwa bola sepak dengan orang ultras".

Kumpulan-kumpulan ultras ini , yang ambo tahu bergerak secara sendiri dan segala perbelanjaan adalah duit poket sendiri. Jadi tak dapat dinafikan disini, ultras telah berjaya mewujudkan suasana perlawanan bola sepak yang meriah, meskipun perlawanan atas padang kekadang macam hampeh.

Tapi yang tidak menariknya, semalam ketika perlawanan Malaysia vs Singapura kedengaran sorakan yang menganggu gegendang telinga segelintir penonton. Sorakan a.k.a chant yang berunsur negatif yang berbunyi......ahhhh tontonlah video itu dengan mata dan telinga sendiri.


Pesan ambo ultras Malaya perlu tonjolkan nilai yang lebih positif kerana sorakan mereka turut dinilai masyarakat luar, selain aksi pemain kebangsaan di atas padang.

#notaBuruk::Aksi atas padang dah ke laut, luar padang pula mengarut..Seluruh dunia menilai mentaliti rakyat Malaysia.

Photobucket

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...