Nov 9, 2012

Fakri Saarani sahkan akan sertai Kelab Portugal

Salam,,


Percayakah anda, Fakri Saarani akan sertai kelab Portugal??

fakri saarani, kelab portugal, harimau muda

Dalam pada ramai penyokong bola sepak Malaysia yang kutuk penampilan beliau di atas padang, rupa-rupanya ada pihak luar yang berminat untuk mengetengahkan bakat Fakri Saarani ke liga luar negara.



Selepas Nazmi Faiz Mansor menjadi pemain Malaysia pertama menyertai kelab remaja Biera Mar FC, kini Fakri Saarani akan mengikut jejak yang sama. Fakri, 23 tahun, akan menyertai kelab divisyen 3 Portugal iaitu Atletico Sport Clube Reguengos (Atletico S.C) bermula awal musim depan.


Fakri Saarani mendapat tawaran dari kelab yang berpangkalan di bandar Evora.Portugal pada Ogos lalu, namun terpaksa menangguhkan terlebih dahulu bagi memberi fokus kepada Piala Malaysia ketika itu.

Apabila diajukan soalan mengenai peluang beliau untuk mengisi kesebelasan utama pasukan Atletico SC, Fakri yang mampu bermain di posisi penyerang dan sayap kanan, berharap mampu memberikan persembahan terbaik bagi memikat Paulo Simao, jurulatih kelab Portugal itu.

Fakri yang dalam persiapan bersama skuad kebangsaan untuk kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 nanti, akan berangkat ke Portugal selepas berakhirnya kempen AFF tersebut.

Mampukah Fakri beraksi dengan cemerlang di sana dan seterusnya menangkis keraguan banyak pihak akan bakat sebenar beliau ? Ini kerana ramai yang mempertikaikan mengenai pemilihan beliau dalam skuad kebangsaan.

Selamat maju jaya untuk Fakri Saarani! If you good, you deserves to get this opportunity. 



#notaBuruk::Rezeki Allah nak bagi, tak ada satu tangan mampu menghalang

Photobucket

1 comment:

  1. if u GOOD u deserves to get this opportunity

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL